Bab 10

2.1K 49 0
                                    

BAB 10

“Sayang, sebenarnya, kisah hidup sayang, abang sudah tahu semuanya,” terkejut Airina apabila Rahimi berkata begitu.

“Maksud abang?”

“Bagaimana kisah cinta ibu dan ayah ayang dilarang oleh nenek dan atuk ayang. Malah, mereka juga yang menyebabkan mereka kemalangan. Semuanya abang tahu,”

“Macam mana abang tahu?” soal Airina.

“Abang tahu dari penyiasat abang. Abang ada upah penyiasat supaya kita takkan diganggu. Lagipun, adik lelaki ayang pun tahu juga,” tersentak Airina.

“Aiman tahu? Tapi, macam mana? Abang ceritakan pada dia ke?”

“Bukan abang. Dia kata dia terbaca diari ibunya yang berada di bilik ayang. Abang ada berjumpa dengan dia bulan lepas. Dia suruh abang jaga ayang baik-baik sementara dia masih di pusat pemulihan.

Abang tanya dia sama ada dia nak berjumpa dengan ayang ke, tapi dia menggelengkan kepalanya.

Dia kata, biarlah kakak bahagia di samping orang yang dapat membahagiakannya,” air mata Airina mula mengalir.

Rahimi mengusap bahu Airina.

“Lagi satu, kalau ayang nak tahu, atuk ayang telah meninggal dunia minggu lepas akibat serangan jantung. Nenek ayang pula dimasukkan ke dalam hospital kerana terlampau terkejut.

Selepas kematiannya anaknya, kini suaminya pula yang meninggalkannya,” Airina mula mendiamkan dirinya.

“Nenek kat hospital mana?” soal Airina.

“Nenek di Hospital Kuala Lumpur. Ayang nak melawat dia ke?” balas Rahimi.

“Abang boleh temankan ayang pergi lawat nenek ke?”

“Abang boleh tunaikannya. Tapi, abang ada satu permintaan juga ni,”

Rahimi dan Airina saling berpandangan.

“Apa dia, abang?”

Pelik Airina melihat senyuman suaminya itu. Seperti senyuman gatal. Airina tersentak apabila tali baju tidurnya dilurutkan ke bawah oleh Rahimi.

“Ayang pakai macam ni, nafas abang sudah tak teratur tau,”

Rahimi berbisik ke telinga Airina. Air liur Airina terasa sukar untuk ditelannya.

“Sayang sudah bersedia ke?” soal Rahimi melihat wajah isterinya yang sudah pucat itu.

Perlahan-lahan, Airina menganggukkan kepalanya.

***************

“Ayang, mak dan ayah abang nak jumpa dengan ayang,” terlopong mulut Izwani apabila Khairul berkata begitu.

“Kenapa mereka nak berjumpa dengan ayang?” soal Izwani.

“Abang sudah beritahu mereka yang abang sudah berkahwin dengan ayang. Jadi, mereka kata mereka nak jumpa dengan menantu sulung mereka,” jujur Khairul sambil membelai rambut Izwani.

“Mereka marahkan ayang ke sebab melibatkan abang dalam perkara ni?” gusar Izwani.

“Tak adalah. Mereka lagi suka tau bila dapat tahu bahawa ayang ialah menantu mereka,”

Izwani mula mendiamkan dirinya. Benar ke mereka akan menyukai menantunya ini?

“Tapi, kalau kita berjumpa dengan mereka, bermakna ayang akan pulang ke kampung halaman ayang di mana ibu bapa ayang tinggal di situ,”

“Ayang masih belum bersedia lagi untuk berjumpa dengan mereka, abang. Mesti mereka benci dengan anaknya ni,” air mata Izwani mula mengalir.

“Ibu bapa mana yang akan benci anak dia sendiri, sayang? Walaupun mereka benci sekalipun, masih terbit juga rasa sayang mereka pada anak sendiri.

[C] ApartmentWhere stories live. Discover now