BAB 9
5 bulan sudah berlalu sejak ketiga-tiga pasangan itu tinggal serumah. Sikap Hakim, Rahimi dan Khairul mula berubah. Mereka mula banyak termenung menyebabkan isteri mereka berasa runsing.
Usikan manja isteri pula hanya dibalas dengan senyuman sahaja. Maka, bermulalah mesyuarat di antara isteri-isteri semasa ketiadaan suami di rumah itu.
"Saya berasa aneh dengan perangai Abang Hakim baru-baru ni," Sofea memulakan perbincangan mereka.
"Mereka banyak mendiamkan diri daripada biasa. Selalunya, ada saja mereka mengusik tapi kini tidak lagi," sokong Airina.
"Adakah disebabkan mereka tidak dapat memberi nafkah batin pada kita?" terkedu Sofea dan Airina mendengar kata-kata Izwani.
"Takkanlah dia nak bagi kat pangsapuri ni. Malulah nanti dengan suami orang," muka Airina sudah berona merah.
Begitu juga dengan muka Sofea dan Izwani.
"Jadi, apa yang perlu kita lakukan sekarang? Esok sudah hari Sabtu," tanya Airina meminta cadangan.
"Mungkin kita perlu berbincang dengan mereka secara muka ke muka?" cadang Sofea.
"Ataupun kita goda mereka dengan baju tidur yang kita beli tempoh hari tu. Mesti tergoda punya," selamba Izwani.
"Malulah nak pakai baju tu. Sudahlah jarang, pendek pula tu," Sofea menekup mukanya kerana malu.
"Jadi, apa yang perlu kita lakukan?" soal Izwani.
Mereka bertiga mendiamkan diri sambil berfikir.
"Saya pernah baca buku yang bertajuk 'Wasiat Suami Isteri' yang ditulis oleh Ustaz Zainuddin Karman. Katanya sebagai seorang isteri, kita kena memenuhi semua permintaan suami asalkan ianya tidak bercanggah dengan agama. Mungkin betul apa yang dikatakan Wani, mereka ingin memberi nafkah batin kepada kita?" kata Airina.
"Tapi, abang Hakim tak pernah minta pun," pelik Sofea.
"Mungkin mereka segan juga dengan kewujudan pasangan lain," ujar Izwani pula.
"Jadi, macam mana ni?" Airina semakin runsing.
"Ting!"
Telefon Sofea, Airina dan Izwani serentak berbunyi menandakan mesej masuk. Lalu dicapai telefon masing-masing sebelum membuka mesej tersebut. Terbeliak mata mereka membaca mesej tersebut.
Sayang, kemas baju untuk 1 malam. Esok kita pergi jalan-jalan dan tidur di luar
- Abang Sayang (Hakim)
Sayang, esok kita pergi Pantai Morib dan tidur sana. Sediakan baju sekali
- Abang Kesayangan (Rahimi)
Sayang, esok malam kita tidur di hotel. Abang nak bawa sayang ke tempat menarik
- My Hubby (Khairul)
Sofea, Airina dan Izwani serentak memandang antara satu sama lain. Terlopong mulut mereka.
"Na..Nampaknya, memang betul mereka nak beri nafkah batin ni," kata Izwani.
Masing-masing menelan air liur mereka sebelum masuk ke dalam bilik mereka untuk mengemas dan memasukkan baju sendiri dan suami ke dalam beg.
Barang-barang keperluan lain turut dimasukkan ke dalam beg tersebut. Baju tidur yang dibeli mereka tempoh hari tidak lupa untuk dibawa sekali.
Keesokkan harinya, Hakim dan Sofea bertolak awal sebelum yang lain. Seusai solat Subuh, Hakim dan Sofea terus bertolak. Apabila jam menunjukkan pukul 7 pagi, Rahimi dan Airina pula yang bergerak dan akhir sekali, Khairul dan Izwani bertolak pada pukul 7.30 pagi. Hakim dan Khairul menaiki kenderaan sendiri manakala Rahimi menyewa sebuah kereta.
YOU ARE READING
[C] Apartment
RomanceMengisahkan tiga pasangan yang baru berkahwin tanpa kerelaan hati dan tiada perasaan cinta, tinggal bersama-sama di sebuah pangsapuri (apartment) sewa yang mempunyai tiga buah bilik, ruang tamu, ruang solat serta dapur yang agak selesa. Mereka mempu...