Bab 6

2.1K 47 0
                                    

BAB 6

“Selepas kami bertembung dengan kawan lama Khairul, dia mengajak Khairul untuk bekerja dengannya di Kota Damansara.

Malah, dia juga nak bantu kami mencari rumah sewa memandangkan Khairul pernah membantunya semasa mereka berkenalan.

Semasa dalam perjalanan ke rumah ni, tiba-tiba ada sebuah kereta melanggar motor Khairul dari belakang. Kami berdua terjatuh tapi Khairul sempat melindungi saya.

Jadi, saya hanya cedera ringan sahaja. Yang saya sedihnya , Khairul sanggup melindungi saya walaupun dia tahu yang dia akan cedera. Puas saya memujuknya untuk ke klinik.

Akhirnya, orang yang melanggar kami tu membawa kami ke klinik kerana saya sudah menangis dan berteriak di situ. Sebab itu mata saya merah semasa kita berjumpa,” panjang lebar Izwani bercerita.

“Wani berteriak di depan orang ramai?! Wah! Beraninya Wani,” tergamam Airina.

“Saya risaukan Khairul. Sebenarnya, Khairul cinta pertama saya tau. Tapi, korang jangan beritahu dia pula,” muka Izwani sudah mula merah.

“Cinta pertama?!” terkejut Airina dan Sofea.

“Jadi, Wani dapat kahwin dengan cinta pertama sendiri? Seronoknya,” kata Airina dalam nada yang agak cemburu.

“Saya pun pernah jatuh cinta pandangan pertama dengan penyelamat saya. Tapi, saya tak tahu siapa dia,” mengeluh Sofea.

“Penyelamat? Dia selamatkan Sofea dari apa?” soal Izwani.

“Semasa saya masih belajar di sekolah menengah, ada sekumpulan lelaki ganggu saya. Mereka ajak saya berseronok katanya. Saya kata tak nak tapi mereka mula menarik tangan saya.

Saya menjerit meminta tolong. Tidak lama tu, ada seorang jejaka yang kacak muncul dan terus menyelamatkan saya. Dia belasah semua lelaki tu tau.

Selepas tu, dia terus beredar je. Saya harap saya dapat berjumpa dengan dia untuk mengucapkan terima kasih,” tersenyum Sofea sambil bercerita.

“Cemburu pula suami Sofea nanti,” ujar Airina.

“Jangan risau. Sofea akan sentiasa setia dengan suami Sofea kerana dia juga pernah melindungi Sofea sampailah sekarang,” tiba-tiba sahaja wajah Sofea berubah menjadi muram.

“Kenapa ni, Sofea?” soal Izwani sambil mengusap belakang Sofea.

“Ceritalah pada kami,” kata Airina.

“Sebenarnya, Sofea juga sama dengan Wani. Kami berdua dipaksa kahwin,” Sofea mula membuka ceritanya.

***************

“Apa?! Anak Abdul Hisham tu nak kahwinkan anak dia dengan anak kita?” terkejut Datin Rasnah apabila mendengar berita dari mulut suaminya.

“Anak dia yang hodoh tu? Yang ada kesan terbakar pada muka dia tu? Tak ingin Sarah nak kahwin dengan dia, papa,” bantah Sarah.

“Kalau tak kahwin, syarikat papa akan bankrupt. Apa yang perlu kita buat sekarang?” tegas suara Dato’ Khalid itu.

[C] ApartmentWhere stories live. Discover now