BAB 16
Encik Said mendekati menantunya yang sedang duduk di kerusi rotan di luar rumah. Lamunan Khairul terganggu apabila terasa bahunya disentuh lalu matanya teralih pada susuk badan yang sedang duduk di sebelahnya.
“Oh, ayah. Maaf Khairul tak perasan ayah,” kata Khairul.
“Khairul, ayah nak minta maaf sebab tidak percayakan kata-kata Khairul dulu. Malah, ayah juga tergamak menampar Khairul dan mengusir Khairul keluar dari rumah ayah. Ayah sangat menyesal atas perbuatan ayah pada Khairul. Betul kata Khairul dan Izwani.
Tak sangka si Faiz tu keldai dadah. Semalam, Faiz telah ditangkap polis kerana disyaki mengedar dadah. Ayah menyesal kerana hampir saja ayah memusnahkan masa depan anak kesayangan ayah,” sebak Encik Said.
Khairul memeluk tubuh lelaki tua itu.
“Khairul pun nak minta maaf juga kerana telah melarikan anak ayah dan memisahkan seorang anak dengan ibu bapa kandungnya. Maafkan Khairul, ayah,” balas Khairul.
Belakang Khairul ditepuk dengan perlahan.
“Kalau bukan disebabkan Khairul, pasti anak ayah sedang merana ketika ini. Terima kasih Khairul kerana menjaga dan menerima anak ayah sebagai isteri Khairul,” pelukan dilepaskan.
“Sebenarnya, anak ayah yang telah melarikan Khairul tau. Khairul risau dia bertindak di luar jangkaan jika Khairul tidak lari bersama dengannya. Jadi, Khairul pun hanya ikut plannya saja,” jujur Khairul.
“Ayah faham. Faham sangat dengan perangai anak ayah tu. Suka sangat bertindak di luar pemikiran kita. Kadang-kadang, pening juga kepala nak melayan dia. Macam mana Khairul tahan dengan sikapnya?” ragu Encik Said.
Khairul mula menggosok belakang lehernya.
“Sebenarnya, sudah lama Khairul suka dengan anak ayah tu. Cuma, Khairul tak berani nak melamar dia sebab Khairul tahu dia tidak sukakan Khairul. Khairul takut jika Wani menolak lamaran Khairul. Tapi, dengan izin Allah, kami disatukan akhirnya,” senyum Khairul membayangkan wajah isterinya.
Bahu Khairul dipeluk erat oleh Encik Said.
“Macam mana Khairul pasti yang anak ayah tu akan menolak lamaran Khairul? Mungkin dia juga ada hati dengan Khairul?” usik Encik Said.
Kata-kata ayah mertuanya membuatkan Khairul berfikir panjang. Betul ke Izwani akan menerima lamarannya? Betul ke Izwani tidak akan melarikan dirinya jika dia yang datang meminang Izwani?
Fikiran Khairul terganggu apabila terdengar suara Izwani dari pintu rumah.
“Dekat sini rupa-rupanya ayah dan abang. Puas Wani cari tadi. Dah malam ni. Kenapa masih duduk di luar ni? Mak dah bising tu sebab kelibat ayah dan abang masih tidak nampak sejak keluar pergi surau tadi. Masuklah sekarang,” bebel Izwani.
Itulah namanya ibu mengandung. Sikapnya selalu berubah-ubah. Encik Said dan Khairul hanya mendengar bebelan itu sebelum masuk ke dalam rumah.
Selepas mengunci pintu rumah, Khairul merangkul pinggang isterinya menuju ke bilik mereka. Badan mereka rebah di atas katil. Khairul memandang wajah isterinya. Sesekali, tangannya naik untuk mengusap pipi dan rambut isterinya itu.
“Kenapa ni, abang?” pelik Izwani dengan sikap Khairul itu.
“Sayang cintakan abang tak?” soal Khairul, tajam memandang mata isterinya.
“Mestilah sayang cintakan abang. Takkanlah sayang tak cintakan abang. Abanglah satu-satunya lelaki yang ada di dalam hati sayang tau,” lebar senyuman Izwani sambil memeluk pinggang suaminya.
YOU ARE READING
[C] Apartment
RomanceMengisahkan tiga pasangan yang baru berkahwin tanpa kerelaan hati dan tiada perasaan cinta, tinggal bersama-sama di sebuah pangsapuri (apartment) sewa yang mempunyai tiga buah bilik, ruang tamu, ruang solat serta dapur yang agak selesa. Mereka mempu...