BAB 3
“Assalamualaikum,”
“Waalaikummussalam. Alhamdulillah korang dah sampai. Jemput duduk,” pelawa Izwani.
Khairul duduk bersebelahan dengan Hakim manakala Rahimi duduk di sebelah Khairul. Izwani sedang sibuk mengisi nasi pada setiap pinggan.
Airina pula sedang meletakkan semangkuk kari di atas meja manakala Sofea sedang menuangkan air ke dalam cawan.
Selesai tugasan, mereka duduk di hadapan pasangan masing-masing.
Meja makan tersebut muat untuk diduduk dengan lapan orang memandang terdapat lapan buah kerusi di situ.
Khairul membaca doa makan sebelum mereka mula makan. Lauk pada pinggan suami mereka sudah dipenuhi lauk yang diisi oleh isteri masing-masing. Isteri mereka mula gementar apabila melihat suapan pertama sang suami.
“Macam mana? Sedap ke?” soal Sofea pada suaminya.
Mata sang isteri setia memandang suami masing-masing.
“Sedap. Pandai korang masak,” puji Rahimi.
“Betul tu,” sokong Khairul sambil menganggukkan kepalanya.
Hakim hanya mengangkat kedua-dua keningnya beserta anggukan kepalanya. Sofea faham maksud tersebut di mana suaminya berpuas hati.
“Alhamdulillah,” serentak Airina, Sofea dan Izwani.
“Tak sia-sia kita pergi Giant tadi,” gembira Izwani.
Matanya memandang Airina dan Sofea yang sedang memandangnya.
“Korang bertiga ni cepat betul jadi rapat. Tak sampai 24 jam pun lagi,” kagum Rahimi.
“Kalau nak tahu, kami bertiga sama umur tau. Sebab itu kami rapat,” jawab Izwani.
“Mungkin kita bertiga ni kembar yang terpisah kut,” kedengaran gelak-tawa mereka selepas mendengar seloroh Airina.
“Mustahillah. Wani ni anak tunggal tau. Saya sudah ada dengan dia sejak dia berumur lima tahun,” bantah Khairul.
“Ish awak ni. Itu pun nak beritahu. Jangan hancurkan kebahagiaan kami tau,” geram Izwani, namun masih mengawal nadanya.
“Baguslah korang bertiga sudah rapat. Korang asal dari mana ni?” soal Rahimi.
“Saya berasal dari Kelantan, manakala suami saya berasal dari Pahang,” jawab Sofea.
“Kami berdua berasal dari Johor,” ujar Khairul.
“Oh. Kami pula berasal dari Perak,” kata Rahimi pula.
“Encik Rahimi dan Encik Khairul kerja apa?” soal Sofea.
“Saya kerja di kilang kawan saya di depan Mc Donald sana,” jawab Khairul.
“Saya pula kerja di syarikat yang ada di lorong nak masuk ke Mc Donald tu,”
“Oh. Dekat sajalah dengan syarikat abang Hakim. Jadi, bolehlah korang pergi kerja dengan menaiki satu kereta sahaja. Boleh jimat duit minyak,”
Sofea memberi cadangan sambil memandang suaminya yang masih belum bersuara itu.
Semua mata mula memandang Hakim yang hampir selesai makan itu.
“Mulai esok, korang tumpang saja dengan saya,” akhirnya Hakim mula bersuara.
“Terima kasih, kawan. Tidaklah saya risau jika hujan nanti,” senyum Khairul sambil memeluk bahu Hakim.
Seronok Sofea, Izwani dan Airina melihat perubahan hubungan di antara suami mereka. Nampaknya, rancangan mereka berjaya untuk mengeratkan hubungan yang regang itu.
YOU ARE READING
[C] Apartment
RomanceMengisahkan tiga pasangan yang baru berkahwin tanpa kerelaan hati dan tiada perasaan cinta, tinggal bersama-sama di sebuah pangsapuri (apartment) sewa yang mempunyai tiga buah bilik, ruang tamu, ruang solat serta dapur yang agak selesa. Mereka mempu...