BAB 5
Selesai semua tugasan, Sofea dan Airina meminta diri untuk solat Zohor. Izwani pula sudah duduk di atas sofa di ruang tamu.
Lama Izwani termenung sebelum dia mengeluarkan sekeping gambar dari kocek bajunya. Gambar itu dijumpainya semasa dia mengemas beg pakaiannya.
Izwani tenung gambar itu lama. Tiba-tiba air matanya mula mengalir. Sofea dan Airina yang baru selesai solat berjemaah di ruang solat terdengar tangisan Izwani.
Selepas menanggalkan telekung, mereka duduk di sebelah Izwani. Sofea berada di kanan Izwani manakala Airina berada di sebelah kiri Izwani.
“Kenapa awak menangis ni, Wani?” soal Sofea sambil mengusap belakang Izwani.
“Wani..rindukan mak dan ayah Wani,” teresak-esak Izwani.
Mata Airina dan Sofea tertumpu pada sekeping gambar yang dipegang oleh Izwani.
Kelihatan wajah ceria Izwani dan di sampingnya terdapat seorang lelaki tua dan seorang perempuan tua. Mungkin itu ayah dan ibu Izwani.
“Kenapa Wani tak pergi jumpa mereka?” tanya Airina.
“Sebab Wani dah derhaka pada mereka,” jawab Izwani, masih teresak-esak.
“Maksud Wani?” terkejut Airina mendengar kata-kata Izwani itu. Begitu juga dengan Sofea.
Izwani mula bercerita kisahnya yang berlaku beberapa hari yang lepas.
***************
“Ayah nak kamu kahwin dengan Faiz, anak Razak tu. Mereka datang merisik kamu tadi,”
“Apa ayah cakapkan ni? Ayah tahu tak yang Faiz tu pengedar dadah? Ayah sanggup tengok anak ayah ni makan duit haram tu?” bantah Izwani.
Ayah Izwani terus menampar pipi Izwani. Tergamam Izwani apabila dilakukan sebegitu.
“Mana kau tahu yang dia pengedar dadah, hah?! Tak baik kau fitnah tau, Wani. Tahu tak menfitnah tu ibarat makan darah daging saudara sendiri?! Ayah tak pernah ajar kamu menfitnah orang!” sungguh kecewa ayah Izwani dengan perangai anaknya itu.
“Abang, sudahlah tu,” pujuk ibu Izwani.
“Keputusan ayah muktamad! Minggu depan kau akan kahwin dengan Faiz tu! Jangan kau nak menconteng arang pada muka ayah, faham?!”
Izwani mula menangis teresak-esak di dalam dakapan ibunya. Ibu Izwani setia memujuk satu-satunya anak perempuannya itu.
Pada malam itu, Izwani terus menghubungi Khairul, kawan baiknya.
“Assalamualaikum,”
“Waalaikummussalam. Khairul, tolong saya,” Izwani masih mengalirkan air matanya.
Mendengar suara Izwani yang teresak-esak, Khairul mula berasa risau.
“Kenapa ni, Wani? Kenapa awak menangis ni?”
“Tolong saya, Khairul. Ayah saya nak kahwinkan saya dengan si Faiz tu. Tolong saya, Khairul,” makin kuat tangisan Izwani.
“Faiz?! Pengedar dadah tu?! Melampau si Faiz tu berlakon di depan ayah kau sampai dia berjaya mengaburi mata dia. Tak apa, Wani. Esok saya cuba pujuk pakcik. Awak jangan risau ye,”
“Emm. Terima kasih, Khairul,”
“Tak ada hal lah. Saya kan kawan baik awak dunia akhirat. Dahlah. Jangan menangis lagi. Habis hodoh muka Wani nanti. Bukan setakat Faiz, hantu pun tak nak kat awak kalau tengok muka tu,” kata Khairul dengan diiringi gelak-tawanya.
YOU ARE READING
[C] Apartment
RomanceMengisahkan tiga pasangan yang baru berkahwin tanpa kerelaan hati dan tiada perasaan cinta, tinggal bersama-sama di sebuah pangsapuri (apartment) sewa yang mempunyai tiga buah bilik, ruang tamu, ruang solat serta dapur yang agak selesa. Mereka mempu...