Bab 14

1.5K 50 1
                                    

BAB 14

“Sofea sayang, bangun,” Hakim mengerakkan tubuh Sofea yang terlentang di atas katilnya.

“Emm..,” Sofea enggan membuka matanya.

“Bangunlah, sayang. Mari kita pergi jalan-jalan,” ajak Hakim.

“Ayang mengantuklah, bang. Bagilah ayang tidur. Abang pergi jelah kerja tu,” balas Sofea dengan nadanya yang malas situ.

“Abang ambil cuti hari ni, sayang. Lepas solat Jumaat, abang terus ke sini semata-mata nak berjumpa dengan kekasih hati abang ni. Tapi, sayang pula tak layan abang. Ni yang nak merajuk ni,” sedih Hakim.

Sofea perasan Hakim yang sedang merajuk itu lantas memeluk leher Hakim yang sudah terbaring di sebelahnya. Sofea meletakkan kepalanya di atas dada bidang Hakim.

“Janganlah merajuk, abang. Marilah tidur dengan ayang. Ayang pun rindukan bau abang ni,” kata Sofea yang masih belum membuka matanya.

Hakim tergelak kecil. Memang sah isterinya mengandung walaupun belum membuat pemeriksaan dengan hanya melihat perubahan sikap Sofea itu.

Akhirnya, Hakim turut terlena di samping isterinya.

***************

Pada malam itu, Rahimi mengajak isterinya untuk keluar makan. Di sebuah restoran, Rahimi menarik sebuah kerusi untuk isterinya. Airina tersenyum sebelum duduk di atas kerusi itu. Selepas Rahimi duduk di hadapan Airina, wajah Rahimi mula berkerut. Tangannya menyelak setiap koceknya.

“Kenapa, abang?” pelik Airina.

“Ya Allah. Abang tertinggal dompet abang di dalam kereta. Abang pergi ambil sekejap. Sayang tunggu abang kat sini ye,” selepas mengucup dahi Airina, Rahimi terus keluar dari restoran itu.

Airina melihat di sekelilingnya. Tidak ramai pelanggan ketika itu. Tiba-tiba matanya tertumpu pada susuk badan yang dikenalinya. Airina memberanikan dirinya sebelum bangun dan mendekati lelaki itu.

“Assalamualaikum,” sapa Airina.

“Waalaikummussalam,” lelaki itu memandang Airina.

“Encik masih ingat saya lagi tak? Saya Airina. Sayalah yang dipaksa kahwin untuk melangsaikan hutang adik saya tu. Encik yang jadi peguam saya dan suami saya, kan?” soal Airina untuk kepastian.

“Mestilah saya ingat. Kamu berdua amat penting bagi saya,” senyuman terukir pada bibir lelaki yang berusia itu.

“Maksud encik?” pelik Airina.

“Daddy! It’s hers?” tiba-tiba muncul seorang wanita mendekati Airina dan peguam itu.

Di belakang wanita itu terdapat seorang lelaki yang kemas berkot hitam. Mungkin suami kepada wanita itu.

“Yes. Beautiful, right?” senyum peguam itu.

“Finally! We meet, my sweety,” wanita itu terus memeluk Airina sambil mengucup kedua-dua pipi Airina.

Airina mula bingung. Siapa mereka sebenarnya?

“What’s your name, my sweety?” soal wanita itu.

“Nama saya Nur Airina, datin,” gugup Airina.

Sengaja menjawab dalam Bahasa Melayu. Sini Malaysia jadi perlulah bercakap dalam Bahasa Melayu.

“Oh, come on. Just call me, mummy and call him, daddy..,” kata wanita itu sambil tangannya menunjuk ke arah lelaki yang berdiri di sebelahnya.

“And call him, grandpa, ok sweety?” sambung wanita itu.

[C] ApartmentWhere stories live. Discover now