Sambil menerangkan tentang susunan pentas kepada Evan, tangan Adi juga tidak berhenti bergerak. Evan pula berkali-kali menganggukkan kepalanya. Kadang-kadang, kepala juga digaru kerana rimas dengan Adi yang mulutnya memuntahkan kata-kata bagaikan machine gun. Cakap perlahan sikit tak boleh ke?
"So, okey?" Tanya Adi di akhir penjelasannya tentang struktur pentas itu nanti.
"Okey." Balas Evan dengan muka selamba.
"Okey, good."
Ibu jari dinaikkan, tanda bagus. Evan mengalihkan pandangannya ke arah para pekerja yang sedang menyiapkan pentas. Gugup masih ada walaupun sudah beberapa kali dia melakukan persembahan di hadapan khalayak ramai.
"Eh!"
Adi membuat bunyi. Kepala Evan serta-merta berpaling ke arah Adi semula. Berkerut dahinya melihat Adi menyelukkan tangan ke dalam poket celananya dengan riak hairan.
"Kenapa?" Tanya Evan.
"Pinjam phone kau kejap. Aku rasa phone aku tertinggal kat rumahlah." Jelas Adi.
Tanpa berlengah, Evan terus menghulurkan telefon miliknya kepada Adi. Nombor didail lalu telefon dirapatkan ke telinga.
Habuk pada rak buku Luna bersihkan. Tidak meninggalkan walau sedikit pun pada permukaan kayu itu. Jantungnya berdegup pantas apabila dikejutkan dengan deringan nyaring telefon.
Dia mengeluarkan telefonnya tetapi nada dering itu bukan nada dering telefonnya. Lantas dia mengimbas seluruh kamar kerja Adi itu. Mencari di mana punca pencemaran bunyi tersebut.
Pandangannya jatuh pada skrin telefon yang menyala terletak pada meja kerja Adi. Dia mengangkat telefon itu dan melihat nama pemanggil.
"Evan?"
Serentak dengan itu, panggilan dimatikan. Dia mengeluh lega. Baru saja dia hendak meletakkan telefon itu pada meja semula, telefon itu berdering sekali lagi.
"Oh, mak kau!" Latahnya.
Dia menekup mulutnya. Melihat keadaan sekeliling. Nasib baiklah tiada orang di rumah ketika itu. Kalau tak, habis penyamarannya terbongkar.
Luna menarik nafas dengan dalam lalu menekan butang jawab.
"Hello?"
Suaranya serius walaupun wajahnya berkerut kerana tertanya-tanya siapa punya telefon yang tertinggal di situ.
"Luna! Aku ni!" Sapa pemanggil.
"Encik Adi... ansyah?" Jawabnya, ragu-ragu.
"Hm. Boleh tak kau hantar phone aku? Phone aku tertinggallah." Pinta Adi.
"Encik Adi... ansyah letak phone encik kat mana?" Tanya Luna.
Kedengaran tawa Adi bergema di corong talian. Pasti dia sedang menggelengkan kepalanya ketika itu.
"Dah tu phone yang kau pegang tu siapa punya?"
Luna menjarakkan telefon tersebut daripada telinganya. Baru perasan yang telefon itu bukan miliknya tetapi milik Adi.
"Oh." Hanya itu yang mampu dia ucapkan.
"I'll text you the address." Kata Adi lalu menamatkan panggilan.
Luna memandang skrin telefon Adi. Terkebil-kebil. Dikejutkan sekali lagi dengan getaran telefonnya. Nampaknya dia baru saja menerima pesanan ringkas yang mengandungi alamat suatu tempat.
"Dari mana pula dia dapat nombor aku ni?" Soal Luna kepada diri sendiri.
Alamat yang diberi oleh Adi itu membawa Luna ke ballroom sebuah hotel yang terletak di pusat bandar. Sebaik saja melangkah ke dalam bilik itu, dia menjengket untuk mencari Adi. Maklumlah, dia pun tak adalah tinggi macam hantu galah. Dah tu, ramai pula manusia dalam ballroom tu.
"Eh!" Dia separa menjerit apabila hilang keseimbangannya.
Belum sempat dia terjatuh, kedua-dua bahunya digenggam kemas oleh seseorang. Kepala dia tolehkan ke sisi. Terkejut apabila ada yang sempat menyambutnya.
"Cik tak apa-apa?" Tanya empunya tangan itu sebelum melepaskannya.
Luna cuba untuk berlagak selamba walaupun hatinya sudah menggila. Sebenarnya, dia tidaklah terlalu mengenali selebriti di Malaysia tetapi nama jejaka di hadapannya itu sering meniti di bibir masyarakat Malaysia sejak dua bulan yang lalu. Mustahil untuk dia tidak mengecam wajah lelaki itu.
"Cik ni... Cik Luna, right?" Tanya jejaka itu seakan-akan dia mengenali Luna.
Luna mengangguk perlahan. Dia sendiri tidak tahu bagaimana selebriti seperti jejaka itu mengenalinya.
"Saya Rais Evan." Beritahu jejaka itu lalu menunjukkan segaris senyuman manisnya.
"Rais Evan? Bu-bukan Evan Rais?"
Setelah menyedari dia terlepas cakap, Luna segera menampar perlahan mulutnya. Suka hati dialah nak letak nama apa sekalipun. Sibuklah kau ni! Dia memarahi diri sendiri.
"Actually it's Rais Evan. Tapi saja letakkan Evan kat depan. Dah nama pun nama glamour, kan?" Balas Evan dengan bersahaja. "Cik Luna nak cari Adikan?" Tanya Evan.
Luna suka dengan sifat berbudi bahasa Evan itu. Kalau nak dibandingkan dengan Adi yang menggunakan perkataan kau, aku saja memanjang.
"Dia ada hal tadi. Tak apa. Cik Luna pass phone dia kat saya ajelah. Biar nanti saya yang bagi kat dia." Evan menghulurkan tangannya.
Tanpa teragak-agak, Luna memberikan telefon Adi kepada Evan tetapi dalam masa yang sama, mengelakkan pertembungan mata. Bukanlah apa, cuma malu. Tak sangka pula dia ni lebih kacak bila dah ada depan mata.
"Saya pergi dulu. Take care. Jumpa lagi."Kata Evan lalu melangkah pergi dari situ.
Luna mengetap bibirnya. Aku jumpa Evan Rais! Aku jumpa Evan Rais! The Evan Rais! Jeritnya dalam hati.
———
Have a good day :)
YOU ARE READING
Jodoh In Disguise
Short StoryJodoh In Disguise, seseorang yang tidak menyenangkan pada awalnya tetapi dialah jodoh pada akhirnya. Luna, gadis yang kaku dan serius sepanjang masa. Tapi semua itu hanya pada luaran saja. Dia terpaksa mengekalkan imej itu kerana sebab yang dia send...