Bab 8

2.5K 183 4
                                    

Luna berbaring pada katilnya. Rumah besar milik keluarganya itu terasa lebih sunyi setelah kepergian datuknya. Mamanya menetap di tanah asing manakala adik-beradiknya yang lain pula masing-masing sudah berkeluarga dan menetap bersama keluarga mereka. Tinggal dia saja yang masih di situ.

          Siling bilik berwarna putih yang diukir dengan corak bunga yang timbul dia renung dengan lama. Hanyut dalam fikiran sendiri. Kedua-dua tangan direhatkan pada perutnya. Mata tidak dikerdip.

          Dia mengimbau semula kejadian petang tadi. Tatkala dia kehilangan keseimbangan badannya dan hampir terjatuh, terasa sepasang tangan memegang kedua-dua bahunya. Membantunya di saat dia paling memerlukan.

          Macam superhero pula. Hm... superhero? Tak sesuailah. Kalau my hero... lagi sesuai!

          Luna menggigit bibirnya. Menahan diri daripada tersenyum dan tersengih seperti kerang busuk. Bukannya ada orang yang nak intip dia tersenyum seorang-seorang pun tapi entahlah. Dengan diri sendiri pun terkadang malu.

          "Saya Rais Evan."

          Segaris senyuman manis milik jejaka yang dikenali dengan nama glamournya iaitu Rais Evan masih segar dalam ingatan Luna. Inikah perasaan meminati seseorang? Inikah yang dikatakan fangirling?

          Angau boleh. Jangan esok, lusa bilik penuh dengan poster Rais Evan sudah. Elok-elok bilik nampak kemas, tiba-tiba nampak macam bilik stalker pula.

          "Actually it's Rais Evan. Tapi saja letakkan Evan kat depan. Dah nama pun nama glamour, kan?"

          "Agak-agak, selain daripada aku, ada lagi tak yang tahu pasal nama sebenar dia?"

          Luna menggigit kuku tanpa dia sedari. Terlalu asyik dengan alam fantasi sendiri yang dipenuhi dengan jejaka tampan dan berbudi bahasa itu.

          Tiba-tiba, Luna bangun dan duduk seperti dia dikejutkan sesuatu.

          "Macam mana kalau akulah satu-satunya orang dalam dunia ni yang dia beritahu nama sebenar dia?!"

          Bantal dia peluk seerat yang mungkin sambil membenamkan kepalanya ke bantal itu. Jeritannya tenggelam namun masih kedengaran. Setelah kehabisan nafas, barulah dia mendongak semula. Riak wajahnya yang teruja berubah masam.

          "Tapi... kitorang baru aje jumpa, dia dah beritahu pasal nama sebenar dia. Tak mustahil juga kalau dia buat macam tu kat semua perempuan yang dia jumpakan?" Nyata Luna. "Maksudnya..." Pelukannya mula longgar. "...aku tak adalah istimewa mana pun kat dia."

          Bibir dicebikkan. Merajuk dengan siapa entah.




Semalam Adi menelefon Luna. Memintanya agar datang lewat sedikit ke kerja kerana ada pengunjung yang akan datang ke rumahnya. Nak buat apa, Adi tak beritahu. Belum sempat Luna bersetuju untuk menolak masa kerjanya yang akan menyebabkan dia pulang lewat ke rumah, Adi terus mematikan panggilan. Terpaksalah dia akur saja.

          Sedang Luna menyediakan makan malam, Adi dan Dhia sedang bergurau-senda di ruang tamu. Saling mengejek zaman kanak-kanak satu sama lain. Sejuk hati Luna melihat kasih sayang di antara mereka berdua. Cemburu jugalah sebab tak pernah berpeluang nak bermanja dengan abangnya kerana beza umur mereka berdua yang mencapai sepuluh tahun.

          Ketika Luna menjejak umur sepuluh tahun, abangnya sudah memasuki universiti. Pulang ke rumah juga jarang sekali. Tahun Luna menamatkan zaman persekolahannya, abangnya pula bernikah dan pindah ke negeri lain. Manalah sempat nak merasa manja-manja dengan abang sendiri.

Jodoh In DisguiseWhere stories live. Discover now