"Bila awak muncul dalam hidup Adi, saya perasan yang dia selalu senyum sendiri. Dia... dia nampak happy sangat."
"Macam mana kalau dia tipu aku?" Bisik Luna sendirian.
Sejak pagi tadi, telefonnya tidak pernah terlepas dari genggamannya. Asyik dibawa ke mana-mana saja. Seakan-akan sedang menanti panggilan dari seseorang.
Muak juga bila berjam berlalu, masih juga tiada panggilan daripada orang yang membuatkan ternanti-nanti. Skrin telefon dipandang sekali lagi. Jangankan panggilan telefon, pemberitahuan dari akaun media sosialnya pun tiada. Sunyi semacam saja.
Kuku jari Luna gigit tanpa dia sedari. Kakinya pula asyik digoyangkan saja. Jarum pada jam dinding dikerling setiap lima saat. Lepas tu, mulalah mengeluh.
Tiba-tiba, dia menghumban telefonnya pada sofa. Mendengus geram. Gigi diketap. Buku lima digenggam.
"Wake uplah Luna! Dah terang-terang dia tak suka kat kau, kau masih juga nak percaya cakap orang lain?!" Jerkahnya. "Berbaloi ke kau nak jadi gila macam ni disebabkan seorang lelaki aje? Berbaloi ke?!"
Alih-alih, dia dikejutkan dengan pesanan ringkas yang baru saja dia terima. Lantas tangannya mencapai telefonnya yang berada pada permukaan empuk sofa berwarna hijau pastel.
Rais: Dia ada kat recording studio sekarang. Kalau awak dah habis fikir, datanglah sini.
Luna menggigit bibir. Dah habis fikir ke belum ni?
"Seronokkan bila dapat berbual dengan kawan lama macam ni." Ujar Sasha, sudu dan garpu yang dia pegang perlahan-lahan diturunkan ke bawah.
"Mestilah seronok. Bukan selalu dapat berbual macam ni." Adi bersetuju. "Kau dah habis makan ke? Shall we go now?" Soalnya sebaik saja menyedari Sasha tidak lagi menjamah makanan pada pinggannya.
"Wait. Um... pasal apa yang aku cakap tadi, aku tak tahulah kalau that feeling dah tak ada. Aku... aku tak pasti tapi... aku harap kau tak stop contact aku lagi sebab that stupid confession." Luah Sasha, gementar.
Adi menjongketkan keningnya. "Aku..."
"Aku bukannya harapkan apa-apa daripada date kita ni. Aku cuma... macam aku cakap tadilah. Seronok bila dapat berbual dengan kawan lama macam ni. So, aku harap kita bolehlah teruskan berkawan and tak kekok dengan each other." Cantas Sasha.
Adi mengukirkan senyuman pada bibirnya. Lama berkenalan, itulah kali pertama dia nampak Sasha gementar sehingga tergagap-gagap. Terhibur jugalah.
"Aku tak ada cakap pun aku tak nak berkawan dengan kau lagikan? So, chillah!" Balas Adi dengan selamba.
Sasha tertawa kecil. Lega.
"Di!" Panggil Evan
"Hm? Kenapa?" Adi tersentap dari lamunannya.
"Kau tak ada kerja ke? Takkan tak ada artis lain yang kau nak manage? Asyik berkepit dengan aku aje." Evan menyuarakan fikirannya.
YOU ARE READING
Jodoh In Disguise
Short StoryJodoh In Disguise, seseorang yang tidak menyenangkan pada awalnya tetapi dialah jodoh pada akhirnya. Luna, gadis yang kaku dan serius sepanjang masa. Tapi semua itu hanya pada luaran saja. Dia terpaksa mengekalkan imej itu kerana sebab yang dia send...