Pelayan kafe meletakkan minuman yang telah dipesan oleh Adi dan pasangan blind datenya hari itu. Jus lobak untuk pasangannya dan secawan coklat panas untuk Adi.
Laporan kaji cuaca mengatakan hari itu akan hujan sepanjang hari. Kedinginan dari luar membuatkan Adi ingin membasahkan tekak dengan minuman yang hangat.
"Cantiknya cuaca hari ni." Gadis yang duduk di hadapan Adi memecahkan kesunyian antara mereka. "I don't know why tapi I lagi prefer cuaca macam ni. Sejuk, cloudy. What about you?" Soalnya.
Adi menoleh ke luar tingkap. Hujan turun menyembah bumi dengan lebat sekali. Awan yang redup dan titisan hujan mengingatkannya tentang sesuatu.
"Aduh, macam manalah aku boleh terlelap? Kan dah lambat dah." Omel Adi.
Jam tangan asyik ditilik seakan-akan waktu boleh berputar dan membawanya ke beberapa jam yang lalu. Sebenarnya dia sepatutnya berjumpa dengan seseorang tetapi dia terlelap dan sudah sepuluh minit lambat ke perjumpaan itu.
"Aduh, hujan pula! Takkan nak naik balik ambil payung?" Dia menghentak kakinya, kesabaran semakin menipis. "Ah, lantaklah!"
Dalam kiraan tiga, dia terus berlari meredah hujan. Nasib baiklah keretanya diparkir betul-betul di hadapan lobi. Enjin kereta dihidupkan dan dia terus mengundur ke belakang kemudian memandu ke arah jalan keluar dari perkarangan pangsapuri.
Dia menoleh ke kanan untuk melihat sekiranya ada kereta yang datang ke arahnya. Apabila dia menoleh ke kanan, matanya tidak mahu beralih ke arah lain. Walaupun yang menerangi jalan hanya lampu di bahu jalan saja, dia dapat melihat wajah Luna dengan jelas.
Luna bangun dari tempat duduk di pondok perhentian bas dan maju ke hadapan. Tangan dia panjangkan. Titisan hujan jatuh ke tapak tangannya. Senyuman merebak di wajah. Gembira dengan cuaca itu meskipun dingin.
Kan bagus kalau kau selalu senyum macam ni.
"Sunny. I prefer sunny days." Jawab Adi setelah lama berdiam diri. "I don't like rainy days." Sambungnya.
"Kenapa? Let me guess, you have your first heartbreak masa hujan turun?" Tekanya.
Adi tertawa kecil. Kelat.
"Something like that." Jawab Adi, tersenyum pahit.
Cahaya malap dari skrin komputer riba menerangi bilik tidur Luna. Petir sambar-menyambar di luar turut menghasilkan cahaya yang menerobos masuk ke dalam biliknya serta guruh berdentuman yang membuatkan degupan jantung bertambah secara mendadak.
Rasa takut yang bersarang di hati dia tolak jauh-jauh. Harap-haraplah bekalan elektrik tidak akan terputus malam itu.
"Macam nak hujan aje." Kata Adi, menoleh ke luar tingkap rumahnya.
Guruh berdentuman. Kepulan awan gelap menyembunyikan bintang dan bulan. Kejap lagi hujanlah agaknya.
"Kau nak main ke kau nak renung langit tu?" Evan menyentap Adi dari lamunannya.
Adi kembali menoleh ke arah mereka bertiga. Evan, Dhia dan juga Luna.
"Nak mainlah. Turn siapa pula lepas ni?" Tanya Adi.
Permainan Who Am I mereka masih lagi berlangsung meskipun sejam sudah berlalu. Tak sangka pula mental Evan, Adi dan Dhia masih kuat walhal Luna pasti membocorkan satu jawapan bagi setiap pusingan.
"Weh, tak acilah pegang phone!" Jerit Adi kepada Evan, tidak berpuas hati.
"Aku nak check DM aku aje kut." Balas Evan, menjauhkan telefonnya dari Adi.
"Phone down, bro! Tak acilah. Mana kitorang tahu kalau kau nampak reflection words tu kat phone atau tak!" Rungut Adi.
"Kecohlah. Aku check kejap aje pun." Evan sama keras kepala.
Luna memerhatikan Evan dan Adi bersilih ganti sebelum pandangannya kekal ke wajah Adi yang berkerut seribu. Mulutnya tidak berhenti mengomel menyuruh Evan menukar kad yang dilekat pada dahi.
Macam budak-budak. Luna mengeluh sinis.
Pandangannya secara tidak sengaja beralih ke arah pintu bilik. Di sebelah pintu, terdapat penggantung kot tetapi satu-satunya barang yang digantung di situ hanya jaket berhud saja. Jaket berhud milik Evan.
Bahu Luna digenggam kemas oleh Evan. Walaupun dia yang seharusnya dilindungi, dia membiarkan Luna masuk ke dalam kereta dahulu. Begitu juga jaket berhud yang seharusnya menyembunyikan wajah Evan kini menyembunyikan wajah Luna pula. Luna akur saja dan masuk ke dalam kereta.
Setelah itu, barulah Evan masuk ke dalam kereta. Pintu ditutup tetapi jeritan para peminat masih lagi kedengaran. Evan menghembus nafas lega. Luna pula masih lagi menahan nafas dan melihat bahunya yang masih berada dalam pegangan Evan.
"Awak okey ke?" Tanya Evan sebaik saja kereta yang mereka naiki meluncur pergi dari situ.
"Hm." Balas Luna.
Evan segera melarikan tangannya setelah menyedari yang dia masih memegang bahu Luna. Luna melontarkan pandangannya ke jalan raya di hadapan. Tangannya menggengam hujung baju. Gementar.
"Kenapa awak tarik saya ikut awak sekali? Macam mana kalau peminat awak get the wrong impression?" Dia menyuarakan kebimbangannya.
"Wrong impression? Contohnya?"
"Macam mana kalau peminat awak fikir saya ni kekasih awak ke atau..."
"Kenapa? You don't want to date me?" Cantas Evan, kening dijongketkan.
"AHHH!" Luna membenamkan mukanya ke tapak tangan. "Manalah aku tahu!" Jeritnya lagi. Tertekan.
Kerusi beroda menjadi tempat Evan melabuhkan punggungnya. Dia berpusing mengikut arah jam di kerusi tersebut. Pen berdakwat cair dia ketuk pada lengan kerusi.
Waktu dia melihat Adi berlalu pergi dari pondok perhentian bas tempat dia dan Luna bersembang tidak ingin meninggalkan fikirannya. Begitu juga apabila Adi menyuruh Luna datang ke studio rakaman kemudian meninggalkan mereka berdua. Semuanya tidak terasa seperti satu kebetulan saja. Terasa seperti Adi sengaja ingin membuat dia dan Luna bersama.
Dia mengeluh. Takkan aku nak biar plan aku gagal?
———
Uh-oh, what plan?
YOU ARE READING
Jodoh In Disguise
Short StoryJodoh In Disguise, seseorang yang tidak menyenangkan pada awalnya tetapi dialah jodoh pada akhirnya. Luna, gadis yang kaku dan serius sepanjang masa. Tapi semua itu hanya pada luaran saja. Dia terpaksa mengekalkan imej itu kerana sebab yang dia send...