Sticky note berwarna merah muda yang ditampal pada fail di atas meja kerja Adi renung. Lima minit berlalu dengan pantas tetapi tidak sekali pun dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Perlahan-lahan, tangannya menghampiri fail dan mencabut sticky note yang tertampal padanya.
Tulisan berangkai dan bercelaru itu dia lihat. Tiada emosi dipaparkan di wajahnya. Kosong.
Hari dia memarahi Luna kerana menyentuh fail di atas meja kerjanya masih segar dalam ingatan. Meski sudah dimarahi, Luna masih lagi menyusun fail-fail yang berselerak di situ. Tak lupa juga menampal sticky note pada setiap satunya.
"Degil." Adi tertawa kelat.
Jari-jemari dia genggam erat. Meronyokkan sticky note yang ditinggalkan oleh Luna. Satu-persatu sticky note dia ronyokkan sehinggalah semuanya berakhir dalam laci meja kerjanya untuk diabaikan.
Tiba-tiba, pintu kamar kerjanya dikuak. Luna masuk ke dalam sambil tertunduk. Dia pegun di tempatnya setelah menyedari kehadiran Adi di situ.
"Nak apa?" Tanya Adi, dingin.
"Saya nak bersihkan bilik ni." Jawab Luna, sama dingin dengan Adi.
"Tak payah." Bantah Adi. "Kau bersihkan bilik lain aje."
"Saya dah bersihkan semua bilik. Tinggal bilik ni aje yang belum."
"Kau boleh tak keluar? I need some time alone." Pinta Adi.
Luna tergamam mendengar permintaan Adi. Nada suaranya berubah dari dingin menjadi lebih tidak bermaya.
"Encik Adi kurang sihat ke? Saya boleh sediakan ubat..."
"Tak payah. Aku okey. I'm always okay." Cantas Adi, tersenyum kelat.
"Sometimes, it's okay to be not okay." Pesan Luna sebelum berpaling dan berjalan menuju ke arah pintu untuk meninggalkan bilik itu seperti yang Adi minta.
"Mulai esok, kau tak payahlah masuk bilik ni lagi. Tak payahlah susun semua fail-fail ni. Aku boleh buat sendiri." Pesan Adi pula sebelum Luna menutup semula pintu.
Luna tidak membantah dan menghormati permintaan Adi. Lagi pula, bilik itulah satu-satunya ruang peribadi Adi. Mestilah kurang selesa bila ruang peribadi dicerobohi orang lain.
Adi menyandar pada kerusinya. Jari mengurut dahi. Keluhan panjang kedengaran.
Sup ayam di dalam periuk Luna kacau sambil mengelamun.
"Eh!" Luna separa menjerit apabila hilang keseimbangannya.
Belum sempat dia terjatuh, kedua-dua bahunya digenggam kemas oleh seseorang. Kepala dia tolehkan ke sisi. Terkejut apabila ada yang sempat menyambutnya.
"Cik tak apa-apa?" Tanya empunya tangan itu sebelum melepaskannya.
Dia tersenyum kecil. Kali pertama dia bertemu Evan, semuanya indah. Ditambah lagi dengan sikap Evan yang peramah dan berbudi bahasa. Kalau boleh, dia mahu putar masa dan kembali ke hari yang mempertemukan mereka berdua. Mesti dia gembira.
"Saya Luna, pembantu rumah Encik Adiansyah."
"P-pembantu rumah?! Kau buat apa kat sini?! Kau tak nampak ke rumah aku bersih?! Kau nak bersihkan apa lagi?!" Jerkahnya seperti Luna melakukan kesalahan yang melampau. "Kau blah sekarang! Sebelum aku panggil polis, baik kau blah sekarang!" Jari dia tuding ke arah pintu sambil mengarahkan Luna untuk meninggalkan rumahnya.
"'We all have insecurities of one kind or another, but it's hardly any excuse for bad manners or bad behaviour' by Marilyn Monroe." Luna memetik kata-kata selebriti terkenal yang dianggap legenda itu.
"Merapu pula." Dia tertawa sinis sambil mencekak pinggang. "Kau keluar sekarang!" Dia bertindak dengan menarik tangan Luna dengan kasar.
Senyuman yang terpalit di bibir berubah kelat. Betapa berbezanya Evan dengan Adi.
"Ah!" Luna menarik sebelah tangannya dan melihat jarinya yang merah kerana menyentuh periuk yang panas tanpa dia sedari.
"Kau okey tak ni?" Adi muncul di dalam dapur.
Luna menurunkan kedua-dua tangannya. Berlagak seperti dia tidak kesakitan akibat daripada menyentuh periuk itu. Walaupun riak wajah Luna berubah dari berkerut seribu menjadi serius dalam sekelip mata, Adi tidak tetap mempercayainya.
Adi menarik hujung lengan baju Luna dan memaksa dia untuk mengikutinya ke singki. Kepala paip diputar dan air mengalir turun. Dia meletakkan jari Luna yang hampir melecur itu di bawah paip untuk dibiarkan air sejuk menyentuhnya.
"Kau benci sangat ke kat aku?" Adi tiba-tiba bersuara tetapi matanya kekal pada jari Luna.
"Kenapa pula saya nak benci Encik Adi?"
"Sebab kau tak ada reason nak suka kat aku."
Aku tak boleh bagi sepuluh sebab untuk suka kat kau tapi aku boleh bagi seratus sebab yang kukuh untuk benci kau. Tapi kenapa jantung aku masih berdegup dengan laju setiap kali kau pandang aku? Walaupun pandangan kau sinis, dingin, sarkastik all the time, kenapa aku masih ternanti-nantikan kau untuk notice perasaan aku? Kenapa aku tak boleh nak benci kau?
"Kau bawa balik ajelah lauk yang kau dah masak tu. Aku ada dinner dengan blind date aku malam ni." Adi bersuara apabila Luna diam membisu.
Blind date? Again? Luna menahan diri daripada mengeluh sinis. Tiba-tiba, telefonnya berdering. Dia mematikan paip kemudian mengeluarkan telefonnya. Adi sempat mencuri pandang ke arah skrin telefon Luna yang tertera nama Evan sebagai pemanggil sebelum Luna menjawab panggilan.
Adi berpaling dari Luna dengan niat ingin meninggalkan dapur itu. Dia kembali menoleh ke belakang apabila terdengar Luna tertawa kecil sambil berbual dengan Evan di corong talian.
Bila kau nak senyum, gelak dengan aku macam kau senyum, gelak bila kau dengan dia? Dia mengeluh panjang dan meneruskan langkah pergi.
———
better tell ur crush u like him/her. kut la suka sama suka, bole la kawin hahaaggahahahahahahahaha ok takde. gurau je.
YOU ARE READING
Jodoh In Disguise
Short StoryJodoh In Disguise, seseorang yang tidak menyenangkan pada awalnya tetapi dialah jodoh pada akhirnya. Luna, gadis yang kaku dan serius sepanjang masa. Tapi semua itu hanya pada luaran saja. Dia terpaksa mengekalkan imej itu kerana sebab yang dia send...