Bab 20

2.1K 163 2
                                    

"Ra-Rais..."

          "Kenapa awak tipu?" Soalnya, melabuhkan punggung pada bangku bersebelahan dengan Luna.

          Pondok perhentian bas itu sunyi seperti selalu. Hanya lampu kereta saja yang tidak berhenti memancar ke jalan bertar. Kawasan bandar, mestilah banyak kereta yang lalu-lalang tak kira siang atau malam.

          "Pass! Next question, please." Seloroh Luna, hujung lengan baju digunakan untuk mengesat air mata yang bertakung di tubir mata.

          "Kenapa awak tak sudi nak keluar dengan saya?"

          Mulut Luna terlopong sedikit. Dia menoleh ke sisi. Wajah Rais yang tanpa sebarang emosi dia pandang dengan lama. Nafas panjang dihembuskan.

          "Bukan... bukan tak sudi. Saya..." Lidah menjadi kelu.

          Tiba-tiba, Evan meledakkan tawa. Luna memerhatikannya dengan kening yang bertaup. Perasaan keliru dan hairan bercampur-baur. Belum sempat dia bertanya, Evan sudah terlebih dahulu bersuara.

           "Saya gurau ajelah. Janganlah serius sangat."

           "Bergurau?"

           "Hm. Awak ni no funlah! Asyik serius aje." Mulutnya dicebikkan.

           "Oh. Sorry." Luna menggaru kepalanya, tersengih. "Dah lama ke awak kat sini?"

           "Tett! Wrong question! Sila cuba lagi." Evan menghayunkan kakinya ke depan dan ke belakang seperti kanak-kanak.

           "Berapa lama dah awak berdiri kat belakang saya?" Tanya Luna, berharap dia bertanya soalan yang tepat kali itu.

          Evan berhenti daripada menghayunkan kakinya. Pandangan ditalakan ke arah jalan raya yang terbentang luas di depan mata.

          "Saya selalu ada kat belakang awak. Cuma awak aje yang tak perasan." Bisik Evan, mengeluh kecil.

          Luna terkebil-kebil mendengar jawapan Evan. Dia dapat merasakan jawapan yang diberi oleh Evan ada maksud yang tersirat tetapi agak sukar untuk dia rungkaikan.

          "Tapikan, kenapa awak boleh tersuka Adi eh? Saya tengok korang berdua bukannya rapat mana pun. In fact, saya rasa kita lebih rapat kalau nak banding dengan awak dan dia." Hurai Evan dengan panjang.

          "Su-suka Adi?! Ma-mana ada! Awak merepek apa ni? Sejak bila pula saya suka dia? Sa-saya tak ada cakap pun saya suka dia. Kenapa awak tiba-tiba cakap saya suka dia pula?" Luna menggelabah.

          "'Action speaks louder than words' by... someone famous, maybe?" Evan menjongketkan keningnya, melihat ke arah Luna sebelum mereka meleraikan tawa. "Okay. Saya tak tahu siapa yang come up with that saying." Tambahnya, menggaru kepala.

          "Meh, its okay." Balas Luna, menjongket bahu dengan bersahaja.

          "So, kenapa awak boleh tersuka dia?" Evan mengulang semula soalannya.

          "Mana adalah! Serius, saya tak suka dia! Langsung!" Luna masih dengan penafiannya.

          Evan menganggukkan kepalanya. Mengejek Luna sebenarnya.

          "Okay. Whatever you say." Balas Evan walaupun dia langsung tidak mempercayai kata-kata Luna.

          "Rais, stop it!" Jari dituding ke muka Evan.

          "Okay..." Nyanyi Evan.

          Satu pukulan manja hinggap di bahu Evan. Dia memegang bahunya, mengadu sakit tetapi masih tidak serik mengusik Luna yang mula bertukar menjadi tomato. Habis merah pipinya kerana malu. Makin asyiklah Evan mengusiknya setelah melihat reaksinya itu.




Hidangan yang dimasak oleh Luna untuk makan malam dijamah sedikit saja oleh Adi. Seleranya hilang entah ke mana sejak kebelakangan itu. Fikiran terganggu menjadi punca agaknya.

          Pinggan yang kotor dia biarkan di singki dahulu. Cadangnya, selepas bersiar-siar dan menghirup udara segar nanti, barulah dia membasuh pinggan yang bertimbun di dapur.

          "Rais, stop it!"

          Jeritan seseorang itu membuatkan mata Adi melilau. Mencari dari mana datangnya suara itu. Tertanya-tanya. Lebih-lebih lagi apabila nama yang disebut oleh empunya suara itu dia kenali.

          "Okay..." Nyanyi suara yang lebih garau pula.

          Adi terus berjalan beberapa ke hadapan dan berhenti apabila figura dua orang yang sedang duduk di pondok perhentian bas mencuri perhatiannya. Penglihatannya yang masih elok membolehkan dia mengecam wajah salah seorang daripada mereka.

          "Luna?" Dia mengerutkan dahinya.

          Baru saja dia hendak memanggil nama Luna dengan lantang, suara garau empunya jejaka yang duduk di sebelah Luna menghentikannya. Dia tidak dapat melihat wajah jejaka itu memandangkan dia membelakanginya.

          "Rais, stop it!"

          Nama yang disebut oleh Luna tadi membuatkan Adi kaku di tempatnya. Seperti patung porselin yang hanya mampu memerhati mereka dari jauh.

          "Evan." Nama itu terlepas dari mulut Adi. "Dalam banyak-banyak tempat, bus stop juga jadi tempat korang date?" Dia tertawa sinis, kepala digelengkan. "Haih, kenapalah korang berdua sesuai sangat? Looks like I'm really late this time. Tapi tak apalah. Disebabkan kau kawan aku, aku biarkan kau menang kali ni. Take care of her. You better take care of her. Kalau tak, aku pecat kau. Kau faham tak ni?" Ujar Adi tidak berjela meskipun hakikatnya Evan terlalu jauh untuk mendengar ugutannya itu.

          Dia memalingkan badannya daripada menghadap ke arah pondok perhentian bas. Berpatah balik ke arah pangsapuri. Tangan diselukkan ke dalam poket seluar. Mencerap bintang di langit.

          "Ah, segar pula udara malam ni! Langit pun cantik. Untunglah ada date malam-malam macam ni. Bukan selalu cuaca bagi kerjsama macam ni." Omelnya sendirian.




"Ada-ada ajelah awak ni!" Kata Luna, mulut dicebikkan.

          "Eleh, ingat awak comel ke kalau buat muka macam tu?" Usik Evan lagi, tiada hentinya.

          "Suka hati aje nak kata orang hodoh!" Getus Luna.

          Evan tertawa kecil. Sedang Luna membebel darihal sesuatu, Evan menoleh ke belakang. Dia sempat melihat seseorang sedang berjalan menuju ke arah pangsapuri sebelum hilang dari pandangan mata. Segaris senyuman terukir di bibir Evan.

          "Tengok apa tu?" Sentak Luna.

          Evan kembali menoleh ke arah Luna. Kepala dia gelengkan sambil tersenyum. Luna pun meneruskan bebelannya yang tergantung tadi. Evan hanya mampu menadahkan telinga saja.

———

Nak update satu chapter lagi tapi battery phone low pula. Rasanya klau nak edit lagi, tk sempat update kut. So, I'll try to update tomorrow. Of course la pukul 3 pagi 😂

Jodoh In DisguiseWhere stories live. Discover now