Lutut Adi masih bergegar lagi walaupun sudah beberapa minit berlalu sejak mereka meninggalkan permainan roller coaster. Luna kembali ke tempat Adi sedang duduk dengan sebotol air mineral.
"Nah!" Hulur Luna.
Adi mengambil botol itu dan meneguknya sehingga tinggal separuh saja.
"Tadi bukan main lagi cakap besar. Tak takutlah konon. Last-last dia yang melalak kat atas nak minta turun." Luna menggelengkan kepalanya.
"First of all, saya pun manusia and I'm allowed to be scared. Second of all, awak tu yang tak normal. Sepatutnya, manusia kena menjerit, melalak, melolong kat atas tu tapi awak... tsk, tsk, tsk! Macam tak takut mati pun." Komen Adi pula.
"First of all, there is no such thing as second of all." Luna membetulkan tatabahasanya. "Dah, cepatlah! Kita try game lain pula." Sambungnya.
"Kejaplah. Tak larat nak berdiri ni." Adi tergelak sendiri.
"Apalah awak ni!" Luna turut tergelak. "Meh sini saya tolong." Luna menarik hujung lengan baju Adi.
Adi memaksa diri untuk bangun dan cuba untuk menghentikan lututnya daripada terus terketar-ketar. Buat malu aje.
"Nak main game apa lagi?" Tanya Adi.
"Hm... tu!" Luna menuding ke arah permainan yang dilengkapi dengan kereta yang bersaiz lebih kecil saling melanggar satu sama lain.
Mereka berdua menaiki kereta yang berlainan. Permainan dimulakan dan para pemain masing-masing cuba untuk mengawal stereng. Bunyi kereta saling berlanggaran tidak ada hentinya.
Tiba-tiba, kereta Luna dilanggar dari belakang. Dia menoleh ke belakang dan mendapati Adi sedang tersengih-sengih. Nampak sangat dia yang langgar kereta Luna.
"Okay! This means war!" Jerit Luna dan memusing stereng keretanya.
"Okay, okay, okay! Sorry, sorry! Sorrylah!" Jerit Adi pula sambil melarikan diri daripada Luna.
Puas mengejar, akhirnya dendamnya terbalas jua. Kereta Luna bertembung dengan bahagian tepi kereta Adi. Tetapi dia yang mengadu sakit kerana kesan Inersia. Adi mentertawakannya.
"Oh! Gelak ya? Nak kena ni!" Ugut Luna.
Maka, perang pun berlanjutan.
Sejam berlalu dengan pantas. Adi berpeluk tubuh di hadapan permainan rumah berpuaka. Dari riak wajah saja sudah boleh tahu yang dia tidak berpuas hati tentang sesuatu.
Luna mencuit bahu Adi. Tersengih-sengih. Adi menghadiahkan jelingan tajam kepadanya sebelum menoleh ke arah lain.
"Alah, sorrylah! Bukannya sengaja pun." Luna mencebikkan bibirnya.
"Sengaja ke tak sengaja, itu saya tak kisah. Yang saya kisah, awak tolak saya tahu? Awak tahu tak otak saya hampir kena makan oleh zombi tu? How could you sacrifice me?" Adi meletakkan tangannya pada dada, acah-acah terasa hati.
"Ek eleh, mamat ni! Bukan zombi betul pun. Macam kunyit betullah!" Komen Luna.
"Apa dia?" Adi menoleh ke arahnya.
"Oh, sorry! Saya tercakap kuat-kuat eh? Ingatkan saya tengah bermonolog tadi." Balas Luna, pura-pura tidak sengaja menyuarakan fikirannya.
"Pura-pura tak sengaja pula. Suka-suka aje panggil orang kunyit." Rajuk Adi semakin menjadi-jadi.
"Whatever!" Balas Luna lalu meninggalkan Adi.
YOU ARE READING
Jodoh In Disguise
Short StoryJodoh In Disguise, seseorang yang tidak menyenangkan pada awalnya tetapi dialah jodoh pada akhirnya. Luna, gadis yang kaku dan serius sepanjang masa. Tapi semua itu hanya pada luaran saja. Dia terpaksa mengekalkan imej itu kerana sebab yang dia send...