Bab 15

2.1K 156 6
                                    

Adi duduk bersendirian di ruang tamu. Memandangkan semester Dhia sudah bermula, Dhia tidak lagi tinggal bersamanya. Heninglah rumah itu tanpa mulut lasernya.

          Peristiwa tadi tidak berhenti dari menganggu fikiran Adi. Tadi merupakan kali pertama dia bersua muka dengan Linda tetapi entah mengapa dia yakin gadis yang keluar dengannya bukanlah Linda. Masih ada keraguan namun dia juga yakin sepasang mata gadis itu serupa dengan mata Luna. Takkanlah kebetulan saja?

          Siapa kau sebenarnya?





Sejam setelah meet and greet Evan bermula, Luna baru tiba di tempat kejadian. Menurut Evan, dia akan menghantar seseorang untuk memberikan tiket kepada Luna tetapi setelah lama menunggu, orang itu tidak kunjung tiba. Akhirnya Luna memutuskan untuk pergi ke situ saja. Manalah tahu dia terserempak dengan Evan.

          Luna menghampiri pengawal yang mengawal bahagian pintu hadapan dewan.

          "Boleh saya berjumpa dengan Ra... maksud saya, Encik Evan?" Soalnya kepada pengawal tersebut.

          "Cik ni siapa ya?" Tanya pengawal tersebut.

          "Saya..."

          "Luna?" Sapa seseorang dari jauh.

          "Encik Adi." Luna tidak terkejut dengan kehadirannya memandangkan Adi dan Evan memang rapat. Lebih mengejutkan lagi sekiranya dia tidak hadir untuk menyokong sahabatnya itu.

          "Tak apa. Dia dengan saya." Beritahu Adi kepada pengawal tersebut. "Jom." Adi berpaling kepada Luna sebelum mengatur langkah masuk ke dalam dewan itu.

          Luna mengerutkan dahinya. Layanan yang diberikan Adi sama saja seperti biasa. Mungkin kelmarin dia tak cam muka aku kut? Baguslah kalau macam tu. Luna menghembus nafas lega.

Dewan hingar-bingar dengan sorakan para peminat Evan Rais yang rata-rata terdiri daripada para gadis. Ramai yang rupawan tetapi matanya tidak berhenti melilar mencari kelibat seorang gadis yang istimewa baginya.

          Evan tunduk memandang ribanya. Senyuman kelat terpalit di bibir. Gadis yang dia nantikan langsung tidak kelihatan. I guess I'm not that special. Evan mengeluh sinis.

          Setelah menarik nafas dengan dalam, dia kembali mendongak dan pandangannya serta-merta ditalakan ke arah pintu masuk. Seorang gadis berbaju kelabu berdiri di belakang para peminat yang semakin teruja menarik perhatiannya.

          Mata mereka bertemu. Teragak-agak, gadis berbaju kelabu itu melambai tangannya ke arah Evan. Senyuman lebar Evan kembali terpahat di wajah.

          "Okay so for the next song, saya nak dedikasikan kepada seseorang. You see, that someone is very special to me. Mungkin ramai yang tak tahu, but truthfully, saya... saya pernah takut nak bercakap dengan orang. Maybe that's the reason I didn't have a lot of friends." Evan tertawa. "Selama ni, I thought... saya aje yang pernah rasa macam tu and trust me, it's awful. Recently, saya terjumpa that someone and it turns out, she's... she's just like me." Evan menghadiahkan senyuman ikhlas kepada gadis berbaju kelabu tersebut. "So, Luna... this song is for you."

          Luna tergamam di tempatnya. Bunyi petikan gitar memenuhi segenap ruang. Adi yang sejak tadi berdiri di sebelah Luna turut tergamam.

          It's just another night and I'm staring at the moon

          Saw a shooting star and thought of you

          I sang a lullaby by the waterside and knew

          If you were here, I'd sing to you

          Bibir Luna perlahan-lahan mengukirkan senyuman kecil. Adi menoleh ke arahnya. Merenungnya dengan lama tatkala dia sedang menikmati nyanyian Evan.

          So open your eyes and see

          The way our horizons meet

          And all of the lights will lead

          Into the night with me

          Adi memandang Luna dan Evan bersilih ganti.

          And I know these scars will bleed

          But both of our hearts believe

          All of these stars will guide us home.

          Kenapa pula dia nak menyamar jadi Linda sedangkan dia dah Evan? Bodohlah kau ni Adi. Adi tertawa kelat.

          Senyuman Luna semakin lebar. Dia mula menepuk tangannya dan sekali-sekala, dia tertawa. Gembira yang amat sehingga terlupa tentang Adi yang sedang berdiri di situ dengannya.

          Comel juga kalau dia senyum. Kan bagus kalau dia boleh selalu senyum macam ni. Tak adalah macam robot. Too bad I'm not the reason for that smile. Adi mengeluh panjang. Dia memandang Evan buat kali terakhir kemudian meninggalkan tempat itu.

          Lagu yang dinyanyikan oleh Evan itu diakhiri dengan sorakan dan tepukan gemuruh. Evan menganggukkan kepalanya berkali-kali. Mulut pula tidak berhenti mengucapkan terima kasih.

          Evan menalakan pandangannya ke arah Luna semula. Luna menunjukkan isyarat ibu jari. Evan membalas pujian itu dengan kenyitan mata yang membuatkan Luna tertawa sambil menggelengkan kepalanya.

          Sebab ini ke dia nak aku datang? What a surpise!





Adi tidak sempat melintas jalan untuk ke tempat meletakkan kenderaan apabila sebuah kereta berhenti di hadapannya dan menghalang jalan. Dia berundur selangkah ke belakang apabila pintu kereta itu dibuka dan seorang gadis keluar dari dalam perut kereta.

          Adi menjongketkan keningnya. "Linda?"Tegur Adi.

          Gadis tersebut menoleh ke arahnya. Lama dia merenung Adi dan secara tidak langsung menambahkan lagi syak wasangka Adi tentang identiti gadis yang keluar dengannya kelmarin. Takkan baru sehari dah lupa aku kut? Bisik Adi dalam hati.

          "Kita baru aje jumpa kelmarin, takkan dah lupa kut?" Serkap Adi.

          "Kelmarin?" Gadis mengerutkan dahinya. "Oh! Adi!" Dia segera menanggalkan kaca mata hitamnya. "Sorry. I can't see well with this." Kaca mata tersebut dia angkat sambil tersenyum.

          "Tak apa." Balas Adi. "Buat apa kat sini?"

          "I have a shooting here in an hour." Jawabnya. "So, how are you?" Dia kedengaran seperti gementar.

          "Okay, I guess. Apa kata kita berborak kejap sementara awak tunggu shooting awak mula?" Cadang Adi.

          "Um, I don't know. I kena tukar baju then make up..."

         "Sepuluh minit pun tak boleh?" Cantas Adi.

          Linda berfikir sejenak. Akhirnya dia mengangguk. Bersetuju dengan cadangan Adi.

          "Shall we?"

———

I know I shouldn't have drink two cups of coffee within an hour. meh, past is past. miss me? hehe acah je tu.

Jodoh In DisguiseWhere stories live. Discover now