Bab 13

2.1K 167 2
                                    

Kedatangan Puan Dahlia, mama kepada Adi di pejabat hari itu tidak dapat dijangka. Tiba-tiba muncul depan mata. Macam ahli sihir pula. Datang nak bincang pasal apa? Apa lagi kalau bukan topik tipikal. Nak bincang pasal menantulah.

          "Adi percayalah cakap mama. Calon mama ni bukan calon sebarangan tahu? Dia ni walaupun nama dah terpahat sebagai artis popular Malaysia, rendah diri bukan main lagi tahu? Reti masak, boleh jana pendapatan sendiri, boleh..."

           "Hm." Cantas Adi, malas nak mendengar lecture Puan Dahlia pagi-pagi lagi.

           "Hm? Apa maksud hm tu? Hm nak fikir atau hm iyalah?"

           "Hm. Iyalah." Balas Adi tanpa sebarang perasaan.

           "Betul ni?!" Nada Puan Dahlia naik satu oktaf, teruja bukan main lagi.

           "Hm. Betul." Jawab Adi dengan riak wajah yang sama.

           "Alhamdulillah! Terima kasih ya Allah kerana..."

           Adi memerhatikan saja gelagat mamanya itu. Kepala digelengkan. Nak sangat ada menantu agaknya.




Pagi itu, seperti biasa Luna bergerak ke rumah banglo mewah milik seorang selebriti Malaysia. Sepanjang dia bekerja di situ, dia tidak pernah bertembung dengan empunya banglo mewah itu. Satu-satunya informasi yang dia ketahui tentang pemilik rumah itu ialah pemilik rumah itu terkenal dalam bidang lakonan.

           Luna masuk ke dalam banglo tersebut dan menutup semula pintu. Tiba-tiba, seorang wanita melompat di depannya dan mengacukan batang penyapu ke mukanya. Mengancam keselamatannya.

          "Kau siapa?!" Tanya wanita tersebut, paranoid.

          "Saya Luna. Pembantu rumah ni. Selamat berkenalan." Luna cuba untuk menenangkan postur badannya agar tidak kelihatan terlalu... robotik.

          "Oh. Sorry. Lupa pula ada maid kat rumah ni." Nyata wanita tersebut lalu menurunkan penyapu yang dipegangnya. "Linda." Dia memperkenalkan dirinya. "Luna, Linda. Huruf depan nama dah sama. Tinggi pun dah sama. Macam twins pula." Linda tertawa tetapi tawanya tiba-tiba mati. "Twins!" Dia menekup mulutnya.

           "Dah kenapa pula dengan minah ni?" Luna menelan liur.

          


"Tolonglah!" Linda merayu. "Please? Untuk beberapa jam aje pun." Pujuknya lagi.

          "Menyamar jadi Cik Linda tak termasuk dalam perkhidmatan yang saya tawarkan. Perbuatan tu juga termasuk dalam mencuri identiti orang lain." Balas Luna, tegas saja.

          "Are you being serious right now?" Linda bercekak pinggang.

          "Ada nampak saya macam tengah bergurau ke?" Balas Luna selamba.

          "Wah! Gardener tu selalu beritahu saya yang awak ni serius memanjang. Bila dah berdepan macam ni, baru tahu yang awak ni lagi dingin dari Gunung Everest." Komen Linda sambil menggelengkan kepalanya. "Okey! How about this! Saya up gaji awak tiga percent!"

           "Sepuluh." Luna mengangkat kedua-dua tangannya.

           "Lima. "

           "Sebelas."

           "Enam?"

           "Dua puluh."

           "Okey, okey! Sepuluh peratus. Saya up gaji awak sepuluh peratus!" Linda akhirnya mengaku kalah.

          "Pleasure doing business with you." Luna tersenyum puas. "Tapi... macam mana nak buat date Cik Linda tak kenal saya?"

          Linda meletakkan jari telunjuknya di hujung bibir. Berfikir. Tiba-tiba, dia menjongketkan keningnya. Tersenyum herot memandang Luna.

          "I may have the solution." Katanya.




Luna memakai topeng muka dan baseball cap untuk menutupi wajahnya dari pandangan orang ramai sebelum melangkah keluar dari perut kereta yang dipandu oleh pengurus Linda lagi. Belum sempat dia mengatur langkah masuk ke dalam kafe yang sepatutnya menjadi tempat pertemuan Linda dengan teman temu janjinya, seseorang menyapanya.

          "Are you Linda?"

          Luna serta-merta menoleh ke arah datangnya suara itu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Adi berdiri hanya beberapa kaki saja dari tempat dia berdiri. Takkanlah lelaki tu Adi pula? Mampuslah aku kalau dia kecam aku! Luna menelan liur.

          "Ma-macam mana a-awak tahu?" Tanya Luna yang menyamar sebagai Linda.

          "Senang aje nak detect awak. Awak aje yang cover muka dengan topi and mask." Nyata Adi lalu tertawa kekok.

           "Oh! Sorry! Sa-saya takut peminat saya ke-kenal saya." Balas Luna, cuba untuk kedengaran meyakinkan tetapi tidak dapat mengawal diri daripada tergagap-gagap.

            "Tak apa. Saya faham." Adi menganggukkan kepalanya. "Anyway, saya Adi." Dia menghulurkan tangannya.

            "Adi.... Putra?" Seloroh Luna.

            Sebenarnya, dia ingin membuat lawak hambar itu sejak kali pertama dia bertemu Adi lagi tetapi waktu itu, keadaannya tidak mengizinkan. Ada baiknya juga dia menyamar menjadi Linda. Dapatlah dia suarakan apa yang dia ingin suarakan terhadap Adi sejak dulu lagi.

            "Adiansyah." Balas Adi, tersenyum manis. "Linda... Martopo?" Seloroh Adi pula.

            "Amboi!"

            Mereka berdua tertawa bersama. Secara tidak sengaja, mata saling bertaut. Kenapa mata dia... macam familiar eh? Soal Adi dalam hati.

            "So, shall we get in?"Ajak Luna, tersipu malu.

            "Sure."

———

i need some sleep. goodnight to me, good morning to u 😂

Jodoh In DisguiseWhere stories live. Discover now