"And I'll have espresso and... a piece of cappucino flavoured cake. Thank you." Ucap Luna yang menyamar jadi Linda kepada pelayan yang mengambil pesanan mereka.
"Awak suka coffee?" Soalan Adi membuatkan Luna menoleh ke arahnya semula.
"Huh?" Luna terkebil-kebil, otak masih memproses soalan Adi. "Oh! Yes! Saya... saya suka everything with caffeine." Jawabnya.
"Really? Tapi... kafein ni berbahaya juga tahu. Awak tahu tak 100mg of it can take five hours untuk keluar dari sistem badan awak?"
Alis Luna terjongket sedikit setelah mendengar informasi ringkas yang diberikan oleh Adi. Senyuman yang terpalit di bibir disembunyikan di sebalik topeng muka yang dia kenakan.
"Mana awak tahu?" Soal Luna, sengaja.
"Someone told me. Actually, dia bebel kat saya pasal coffee." Adi tertawa kecil apabila teringat semula malam di mana dia berhenti mengambil minuman yang mengandungi peratus kafein yang tinggi.
Dia ingat... apa yang aku beritahu kat dia hari tu? Dia... betul-betul ingat pasal benda kecil tu? Bisik Luna dalam hati sambil merenung wajah Adi yang asyik senyum sendiri seperti makhluk dibuai cinta.
"Siapa... dia yang awak maksudkan tu?"Soal Luna lagi. Entah apa jawapan yang dia harapkan.
"Adalah. Rahsia. Mana boleh beritahu." Balas Adi, menjongketkan bahunya sambil tersenyum herot.
Luna tidak memaksanya untuk memberikan jawapan yang tepat. Sebaliknya, dia turut tersenyum seperti Adi. Sekurang-kurangnya, dia tahu siapa yang Adi maksudkan.
Pelayan tadi kembali semula ke meja mereka bersama pesanan yang telah dibuat. Usai saja melakukan kerjanya, dia terus berlalu pergi. Sepotong kek berperisa cappucino Luna renung. Mata tidak berkedip.
Macam mana aku nak makan? Kalau aku buka mask aku, mesti dia tahu aku bukan Linda. Dahi Luna berkerut seribu.
"Makanlah kek tu. Asyik direnung aje." Tegur Adi, hairan.
Luna menarik baseball cap yang dia kenakan agar menutup wajahnya daripada pandangan Adi. Perlahan-lahan, mask yang menyembunyikan sebahagian besar wajahnya dia buka lalu dia letakkan pada meja. Sudu kecil yang datang bersama sepotong kek dia capai. Menyuap kek itu ke dalam mulutnya.
"Sedap?" Tanya Adi, tersenyum.
Luna mengangguk tanpa mendongak. Satu-satunya benda yang melindungi wajahnya daripada penglihatan Adi hanya bahagian depan topi yang dia kenakan saja. Kalau dia mendongak walau sedikit pun, pasti rahsianya akan terbongkar.
"Sedap sangat ke kek tu sampai awak dah tak nak tengok saya lagi?" Tegur Adi, sekadar usikan saja.
Kek yang baru saja ditelan tersangkut di kerongkong. Matanya berair. Terbelahak. Cawan berisi espresso disorong oleh Adi agar mendekati Luna. Luna menyambar secawan espresso itu dan meneguknya tanpa teragak-agak.
"AHHH!" Jeritnya apabila kehangatan secawan espresso itu menyengat lidahnya.
Pegangannya pada cawan terlepas dan cawan yang berisi kopi panas itu jatuh menyembah ribanya sebelum melantun ke lantai. Kehangatan yang terasa lidah kini turut terasa di bahagian ribanya.
Luna bingkas bangun dari kerusi yang dia duduki. Sebelah tangan menekup mulut. Dengan tidak sengaja, dia mendongak dan matanya bertembung dengan sepasang mata milik Adi.
YOU ARE READING
Jodoh In Disguise
Short StoryJodoh In Disguise, seseorang yang tidak menyenangkan pada awalnya tetapi dialah jodoh pada akhirnya. Luna, gadis yang kaku dan serius sepanjang masa. Tapi semua itu hanya pada luaran saja. Dia terpaksa mengekalkan imej itu kerana sebab yang dia send...