"Aku rasa part ni, kalau kau tambah like acoustic guitar sound is better kut. Sebab..."
Perbualan Adi dan Evan terencat apabila pintu studio rakaman diketuk. Lantas mereka berdua menoleh ke arah pintu. Tombol pintu dipulas dan seorang gadis masuk ke dalam.
"Sampai pun!" Getus Adi, tersenyum lebar.
"Luna." Evan tidak menjangka kedatangan Luna ke studio rakaman itu. "Awak buat apa kat sini?" Soalnya, memandang Adi dan Luna bersilih ganti.
Kotak kecil berwarna merah muda Luna tunjukkan ke arah Evan.
"Saya bawa kek red velvet yang Encik Adi minta." Jelas Luna dengan singkat.
"Alamak, terlupalah pula! I actually have a date in twenty minutes!" Getus Adi, bingkas bangun dari kerusi.
"A date? Kau... ada date?" Sola Evan berjela.
"Yup! A blind date. Aku dah lambat dah ni. Aku pergi dululah!" Dia menepuk bahu Evan.
"Macam mana dengan kek ni? Nak saya buang?" Tanya Luna, menghalang jalan keluar.
"Er, kau makan ajelah kek tu! Evan, kau suka kek red velvetkan? Eloklah tu! Korang sharelah kek tu. Aku... aku pergi dulu. Bye!" Sempat lagi dia menghadiahkan senyuman kepada Luna sebelum meninggalkan studio tersebut dan menutup semula pintu.
Luna tunduk memandang kotak berisi kek baldu merah yang Adi suruh dia beli tadi. Mengidam katanya. Alih-alih, dia terus jalan. Jamah sikit pun tak. Mesti blind date tu penting sangat. Bisik Luna dalam hati.
"Buat apa tercegat kat situ? Duduklah." Evan menepuk kerusi yang diduduki oleh Adi sebelum dia beredar.
"Oh! Okay." Luna akur lalu duduk pada kerusi tersebut. "Awak record lagu awak kat sini ke?" Soalnya sambil memerhatikan studio rakaman itu.
"Hm. Tapi tak semuanya. Bila ada orang guna studio ni, saya guna terpaksa guna studio yang lain." Jelas Evan dengan selamba. "So, shall we eat?" Dia mula teruja apabila membayangkan rupa kek dalam kotak yang dibawa oleh Luna itu.
"Oh, okay!" Dia segera mengeluarkan kek tersebut dari dalam kotak. "Tapi, sudu tak ada pula." Beritahunya.
Evan memotong kek bersaiz sederhana itu kemudian menggunakan tangannya untuk menyuap kek ke dalam mulut. Krim yang menghiasi kek membuatkannya kelihatan comot. Luna tertawa melihatnya.
"Problem solved." Balas Evan, menari-narikan keningnya. "Hm, sedap juga kek ni. Beli kat mana?" Soalnya.
Tanpa mereka sedari, Adi masih lagi berdiri di hadapan pintu studio rakaman itu. Memerhatikan gelagat mereka berdua melalui tingkap kecil pada pintu. Senyumannya jelas menunjukkan dia terpaksa gembira melihat Luna dan Evan bersama. Manalah berdaya nak kawal perasaan. Kalau kecewa, tetap kecewa juga.
Petikan jari di depan mata membawa Adi kembali berpijak di dunia realiti. Jauh dari alam imaginasinya. Anak mata ditalakan ke arah wanita yang sedang duduk di hadapannya.
"Sorry. Saya... saya tak... I just have a lot going on in my mind right now." Adi meminta maaf, mengeluh.
Wanita rupawan di hadapannya itu membalas dengan senyuman yang mampu mencairkan hati sesiapa saja yang memandangnya. Tetapi tidak Adi kerana hatinya sudah beralih ke tempat lain.
"Tak apa. You mesti busy sangatkan? But you still make time and go out with me. So sweet!" Balas wanita tersebut dengan manja.
Adi sekadar menunjukkan segaris senyuman saja kepada wanita tersebut. Sukar untuk dia menunjukkan minat yang lebih apabila dalam fikirannya hanya dipenuhi wajah gadis lain saja.
Kek baldu merah yang dibeli oleh Luna sudah hilang suku daripadanya. Walaupun kek itu merupakan kek kegemaran Evan, agak sukar untuk dia menghabiskan semuanya. Lagi pula, Adi yang mengidam kek itu. Seharusnya dialah menjadi penyudah kek itu. Nasib baiklah Evan bertimbang rasa orangnya.
"Apa tu?" Luna menudingkan jarinya pada skrin laptop, tertanya-tanya.
"Oh! Actually, saya dengan Adi tadi tengah gubah lagu. Setakat ni cuma ada beat aje. As for the lyrics, saya belum tulis lagi." Jawab Evan.
Luna mengangguk faham. Kagum apabila mendengar Evan mengubah lagu sendiri. Bukan semua orang mampu berbuat demikian.
"Awak nak dengar tak?" Pelawa Evan.
"Eh, boleh ke? Tak apa-apa ke? Macam mana kalau saya kena saman nanti?" Luna jadi tidak senang duduk.
"Kena saman dah kenapa pula?" Evan tergelak. "Nah!" Dia menghulurkan earphone kepada Luna.
"Betul ke ni tak apa-apa?" Soal Luna lagi, ingin mendapatkan kepastian.
"Betul." Evan menyumbat sebelah pasang earphone ke telinganya. "Pakailah." Beritahunya kepada Luna pula.
Tanpa berlengah, Luna akur. Butang main ditekan oleh Evan dan rentak lagu yang dimulakan dengan bunyi petikan gitar menyapa gegendang telinga. Lama-kelamaan, Luna mula hanyut dengan alunan lagu itu walaupun tanpa lirik.
Evan memandang wajah Luna. Pada mulanya, dia hanya ingin melihat reaksi Luna yang jujur saja tetapi tanpa dia sedari, dia terlupa tentang tujuannya itu. Senyuman yang terpalit di bibir Luna membuatkan dia turut tersenyum. Seakan-akan dijangkiti.
"Wah! Awak yang gubah..." Luna menoleh ke sisi.
Ayatnya tergantung apabila matanya dan mata Evan bertaut buat suatu jangka masa yang lama. Senyuman yang sama masih terukir di bibir Evan manakala pada wajah Luna pula tertulis perkataan terkejut.
"Cantik." Evan bersuara, memecahkan keheningan studio rakaman itu.
"Hah?" Mulut Luna terlopong sedikit.
"Dia... dia kata aku cantik?" Monolog Luna.
"Lagu ni." Evan mengalihkan pandangannya ke arah lain. "Saya rasa setakat ni, lagu ni cantik sangat." Dia kembali memandang Luna tetapi kali itu, pandangannya kelihatan bersahaja.
Dup dap dup dap dup dap. Hati Luna bagaikan menggila apabila Evan memandang tepat ke anak matanya.
"Don't you agree?" Tanya Evan, sekali lagi memecahkan dinding kesunyian di antara mereka berdua.
"Oh!" Luna tersentak semula ke dunia realiti. "Ha'ah . Cantik. Cantik sangat." Dia menganggukkan kepalanya berkali-kali sambil mengelak daripada memandang Evan.
Evan tertawa kecil. Mudah terhibur dengan gelagat Luna yang cepat sangat gabra.
———
I wish i can write all day but life doesn't work like that. anyway, 21st of december saya balik kg which is kat sri aman, sarawak. I'll update smua chapter before tarikh tu okay?
YOU ARE READING
Jodoh In Disguise
Cerita PendekJodoh In Disguise, seseorang yang tidak menyenangkan pada awalnya tetapi dialah jodoh pada akhirnya. Luna, gadis yang kaku dan serius sepanjang masa. Tapi semua itu hanya pada luaran saja. Dia terpaksa mengekalkan imej itu kerana sebab yang dia send...