" S-sayang.. "
" Rara.. "
Minra mencelikkan matanya apabila terdengar suara yang serak basah menerpa gegendang telinganya . Matanya digosok-gosok sedikit .
" J-jimin ?" Minra bangun daripada baringnya dan pegang wajah Jimin .
" A-awak dah sedar ?" Mata Minra berkaca . Dia sungguh gembira dan bersyukur sekarang ini .
Jimin membalas senyuman Minra walaupun dia berasa begitu lemah .
" Syukurlah.. " Tubuh Jimin dia dakap erat .
Sungguh dia rindu suaminya itu .
Setelah beberapa minit dalam posisi itu , Minra turun dari katil dan menekan punat di sebelah katil Jimin untuk panggil doktor .
Jimin cuba untuk gerakkan tangannya agar dapat pegang tangan Minra , tetapi entah mengapa tangannya rasa begitu lemah .
" Awak.. s-saya nak pegang tangan awak.. " bicara Jimin perlahan .
Minra menekup mulutnya . Hati dia luluh , dia hendak menangis .
Takkanlah.. tak mungkin .
Pintu bilik wad Jimin dibuka seseorang . Mereka berdua menoleh ke arah pintu .
" Ah , Seokjin hyung.. " ujar Jimin lalu dia tersenyum .
" Kau dah sedar rupanya.. "
Seokjin membalas kembali senyuman Jimin dan kemudian dia memandang Minra yang berada di sebelahnya .
" Kau tunggu luar sekejap ya ? "
Tanpa banyak tanya , Minra turutkan sahaja permintaan Seokjin .
Kerusi yang disediakan betul-betul dihadapan wad Jimin itu dia duduk . Kepala disandarkan pada dinding dan perutnya yang masih kempis itu diusap .
" Baby.. appa dah sedar . patut ke omma bagitahu dekat appa pasal baby ? hurm.. " tanya dia sendiri pada anak di dalam kandungannya . Dia tersengih sendiri .
Tak sampai beberapa minit , Seokjin keluar dari wad Jimin . Serta-merta Minra berdiri .
" Rara , aku nak cakap something " ujar Seokjin tanpa sempat Minra membuka mulut .
" Okay , apa dia ?"
Minra tertunggu-tunggu . Dilihat sahaja Seokjin yang mengeluh nafas berat .
" Lepasni Jimin kena pakai kerusi roda dan.. hanya tangan kanan dia je yang boleh berfungsi buat masa ni "
Minra menutup matanya . Dia tahan sahaja air matanya yang ingin jatuh . Sudah diagak olehnya perkara ini akan berlaku .
" Dia.. lumpuh ? "
Seokjin mengusap belakang lehernya; rasa bersalah . " Ya.. "
" T-tak boleh rawat dia ke ?"
" Aku akan cuba.. yang termampu "
Minra jatuhkan pandangan ke lantai . Dia cuba untuk tidak menangis .
" Ah.. Rara . apa kata kau bagitahu Jimin pasal ni ?" Seokjin berkata dengan nada ceria lalu menyentuh perut Minra .
Sengaja dia ingin buat Minra tersenyum .
Minra mengangkat kepalanya memandang Seokjin . Dia tersenyum kecil .
" Ya.. kau betul . aku patut bagitahu dia . Thank you Seokjin "
YOU ARE READING
⌜c⌟ 𝘸𝘪𝘵𝘩 𝘺𝘰𝘶. » 𝘱𝘫𝘮
Fanfiction" Aku takde pape relay pun ngan kau . Ni yang nak kawal aku ni pahal ? " - Son Minra " Kalau macam tu , jadi girlfriend aku ? " - Park Jimin ✿ ✿ ✿ sταrτ ; 15/12/2017 εηd ; 15/12/2018