dua puluh lima-

152 14 3
                                    

Minra masuk ke dalam wad yang menempatkan suaminya itu .

Waktu sudah larut malam dan kesemua orang yang melawat Jimin sudah pulang ke rumah masing-masing .

Bunyi bip pada mesin degupan jantung Jimin sahaja yang kedengaran pada waktu itu .

Kerusi di sebelah katil Jimin dia duduk . Dengan perlahan-lahan dia mencapai tangan Jimin dan genggamnya dengan kemas .

" Jimin.. "

Minra memandang wajah Jimin sedih .

" Dah 2 minggu awak terlantar kat sini tak sedarkan diri.. saya rindu awak . lagi-lagi senyuman awak "

Kemudiannya dia mengucup tangan Jimin lalu diletakkan pada pipinya .

" Saya harap awak sedar balik.. tak kisah lah kalau awak sedar dalam keadaan apa sekalipun , saya akan tetap sayang awak . saya cuma nak awak sedarkan diri je– welk "

Minra yang rasa nak termuntah itu terus masuk ke dalam tandas .

Dia betul-betul rasa mual tapi taknak muntah pun . Penat dia tunggu dihadapan sinki .

Dia melihat mukanya di dalam cermin . Dan di benak pemikirannya muncul sesuatu . Minra menekup mulut .

" Tah tah.. "

Dia terus keluar dari tandas dan ambil pregnancy test yang berada di dalam begnya .

Dia memang dah ada lama dah . Tu pun Jimin belikan sebagai persediaan awal .

Dia masuk ke dalam tandas balik dan check .

Selesai sahaja kerjanya , dia basuh tangannya dan tunggu keputusan daripada pregnancy test itu .

" P-positive..? "

Minra menekup mulutnya dan tiba-tiba dia menangis .

Dia segera keluar dari tandas dan duduk kembali di kerusi sebelah katil Jimin .

" A-awak.. saya.. pregnant ! awak akan jadi appa ! Jimin , cepatlah sedar ye.. nanti kita jaga dia sama-sama "

Minra memeluk Jimin yang terlantar itu . Erat .

+++

" Rara ?"

Seokjin menggoncang tubuh Minra yang baring di atas sofa itu .

Minra membuka matanya perlahan-lahan dan bangun daripada baringan . " Ah , Jin.. nak apa ?"

Plastik makanan dihulurkan pada Minra . " Ni aku belikan makanan "

" Takpe ah . aku tak lapar " Minra menolak lembut tangan Seokjin .

Kemudian Seokjin hulur kembali kepada Minra . " Ra , kau masih nak berkeras ke walaupun kau dah berisi sekarang ?"

Wajah Seokjin dia pandang . " Ha ? M-macam mana kau tahu aku dah berisi ?"

Tangan kiri Seokjin menyeluk poket kot doktornya . Kemudian satu pregnancy test dikeluarkan dan ditunjukkan pada Minra .

" I found this " kata Seokjin dan kemudian dia tersenyum manis .

" Tahniah " sambungnya lagi .

Minra balas senyuman Seokjin tetapi segaris sahaja kemudian dia ambil huluran plastik makanan daripada Seokjin itu dan letak di tepinya .

⌜c⌟ 𝘸𝘪𝘵𝘩 𝘺𝘰𝘶. » 𝘱𝘫𝘮Where stories live. Discover now