dua puluh lapan-

153 16 1
                                    

Minra terjaga daripada lenanya . Perlahan-lahan dia cuba bangun daripada pembaringan . Kepala digelengkan beberapa kali menidakkan perkara yang dia baru sahaja mimpi tadi .

Dia mimpi Jimin mati .

Ya , Jimin mati .

Dia menoleh ke sebelah kirinya . Melalui lampu tidur yang dibuka malap itu , dia dapat lihat raut wajah Jimin yang pucat tetapi masih tenang ketika tidur .

" Awak tak boleh mati.. " Minra bersuara perlahan agar tidak mengejutkan suaminya yang enak dibuai mimpi itu .

Jam di dinding dia tatap . Jarum jam menunjukkan pukul 4:25 pagi . Dia mengeluh kecil .

Dia mencapai gelas yang berisi air kosong di meja kecil sebelah kanannya dan minum sedikit . Memang rutin setiap kali sebelum tidur , dia akan standby siap-siap untuk basahan tekak apabila bangun tidur .

Usai minum , dia meletakkan kembali gelas itu ke tempat asal . Selimut diselak sedikit sebelum tapak kakinya berhati-hati menjejak lantai . Telefonnya yang sedang dicas itu dia ambil .

Lantas , dia bangun dari katil sambil tangannya sebelah kanan memegang pinggang . Dia kemudiannya duduk di study table yang berhadapan dengan katilnya dan Jimin .

Minra mencapai sebuah buku nota hitam dan pen di rak sebelah kanan lalu diletakkan di atas meja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Minra mencapai sebuah buku nota hitam dan pen di rak sebelah kanan lalu diletakkan di atas meja . Dahinya diurutkan sedikit . Rambutnya diraup kebelakang . Sekali lagi , dia mengeluh .

" Betul ke apa aku nak buat ni ? "

Kepalanya digelengkan beberapa kali sebelum berkata , " Ah , betul punya . Aku buat ni untuk Jimin juga "

Buku nota dibuka , penutup pen yang berdakwat hitam itu juga dibuka . Dia menarik nafas dalam sebelum mula menulis sesuatu .

Selesai sahaja menulis , dia menutup semula penutup pen dan meletakkannya ditepi . Dia mengoyakkan muka surat yang sudah penuh dilengkapi tulisan itu dengan berhati-hati supaya tidak mengeluarkan sebarang bunyi .

Sampul surat yang disimpan di rak sebelah kiri pula dia ambil . Nota yang ditulis tadi dia lipat sebelum dimasukkan ke dalam sampul surat . Di atas sampul surat itu juga dia tuliskan sesuatu .

Habis sahaja kerja-kerjanya tadi , kesemua barang yang diambil tadi diletakkan di tempat asal kecuali suratnya .

Telefonnya yang terletak elok disebelah kiri dia capai . Nombor seseorang dia dail dan kemudian dilekapkan di telinga . Setelah 3 kali membuat panggilan , akhirnya suara garau dan serak-serak basah kedengaran di talian .

" Ugh.. agak agak lah kalau nak call pagi-pagi buta pun.. bising je . aku tengah tidur— "

" Diam and listen to me.. carefully "

⌜c⌟ 𝘸𝘪𝘵𝘩 𝘺𝘰𝘶. » 𝘱𝘫𝘮Where stories live. Discover now