01 - Donut ft. Jikook

898 71 23
                                    

|| DONUTLAND ||

|| DONUTLAND ||

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

JiKook aww~❤

.
.

"Jimeng! Jom main bola?" Soal seorang kanak-kanak namja kepada rakannya itu.


"Erm... malas la. Lagipun, kau asyik sepak jauh. Jenuh aku kena ambil." Balas kanak-kanak yang bernama Jimeng itu.


"Hok alohhh. Sebab tu je kau tak nak main?"


Jimeng mengangguk. "Gi la main sorang-sorang, Jenguk..."


Baru sahaja Jimeng ingin masuk ke dalam rumahnya, satu benda bulat tepat mengenai kepalanya. Jimeng mengusap kepalanya itu sebelum berpaling ke belakang.


Jenguk membuat peace ✌ ke arah Jimeng. Wajahnya seakan-akan tidak bersalah.


"Yahhh, Jenguk! Kau cari pasal ke apa!?" Marah Jimeng.


Jenguk menjelirkan lidahnya👅ke arah Jimin. "Werkk! Meh la kejar!"


Jenguk menampar-nampar punggungnya ke arah Jimeng. Fikir lawa ke bontot kau, Jenguk? Wtf.



Jimeng tidak tunggu lama. Terus saja dia mengejar Jenguk yang sudah mula membuka langkah seribu. Terkekek-kekek dia mentertawakan Jimeng.



Anda jahat!


"Jenguk anak Jengket!! Sini kau!" Jimeng sedaya upaya mengejar langkah Jenguk yang macam cheetah tu.


Tahulah Jenguk tu tinggi lagi dari Jimeng. Mentang-mentang kaki panjang, laju benor dia pecut.


Nasib kaulah, pendek.


Ehh ehh Jimeng. Hehehe tersyasyul pulak wkwkwkwk😂


Hampir saja Jimeng tercium belakang Jenguk. Tiba-tiba sahaja si Jenguk brek secara mengejut. Sempat jugak Jimeng brek kecemasan. Kalau tak, tercium sudah belakang Jenguk itu.


Jimeng memandang Jenguk pelik. Mamat ni dah kenapa tengok ke kiri? Ada awek cun ke apa??


"Oit! Kau tengok apa?" Jimeng menyenggol bahu Jenguk.


"Rumah ni kan, lain macan je. Cuma rumah ni je diperbuat daripada kayu. Yang lain semua donut." Jenguk menunding jari ke arah satu rumah yang diperbuat daripada kayu.


Jimeng melihat ke arah rumah yang ditunjukkan oleh Jenguk  itu. Benar. Kali pertama mereka melihat rumah kayu itu.


"Weyh, jom masuk?" Ajakkan Jenguk itu dibalas dengan gelengan dari Jimeng.


"Alaa... Jomlah. Kita tengok ada apa kat dalam rumah tu."



"T-tak nak... Aku takut! Lagipun, kan dia ada tulis 'Dilarang Masuk'." Balas Jimeng sambil memeluk tubuhnya.


Jimeng ni memang penakut. Jenguk pulak jenis cool je. Tak takut apa pun. Padanlah anak orang berpangkat besar dekat Donutland ni.


Tapi tu la. Jimeng jenis ikut peraturan. Jenguk ni ikut suka hati dia je. Macam sekarang. Dah tahu tak boleh masuk, dia nak masuk jugak.


Suap kasut ni dalam mulut baru tahu.


"Suka hati kaulah. Aku masuk dulu." Ujar Jenguk. Terus saja dia berlari masuk ke dalam rumah kayu itu.


Jimeng pula sudah teragak-agak sama ada hendak masuk ataupun tidak. Sudahlah dia takut dan risau. Risau jika terjadi apa-apa pada kawan karibnya itu.


"Err... Aduh! Nak masuk ke tak?"


"Haishh! Masuk jelah. Jenguk!! Tunggu akuuu!" Jimeng terus berlari masuk ke dalam rumah kayu itu.


Dia tercari-cari kelibat Jenguk. Mana dia pergi? Bisik Jimeng sendirian. Macam hantu pulak, masuk-masuk je hilanh terus bayangan Jenguk tu.


Sedang dia sibuk mencari kelibat Jenguk, ada tangan menampar bahunya. Hal itu membuatkan Jimeng menjerit.


"OMMAAAA!!!"


"Woi, Jimeng!"


Jimeng menoleh ke belakang.  Jenguk rupanya. Dia mengurut dadanya. Hampir tercabut jantungnya sebentar tadi. Ingatkan hantu manalah yang pegang bahu dia tadi.


"Ish! Kau ni, buat aku terkejut je...!" Jimeng menampar lengan Jenguk.


Jenguk buat-buat tidak tahu saja. Jimeng yang penakut. Tu yang dia fikir bukan-bukan bila masuk dalam rumah kayu ni.


"Weyh, ada pintulah lat situ. Jom tengok ada apa kat dalam." Sekali lagi Jimeng ditinggalkan oleh Jenguk.


Eh ehh. Mentang-mentanglah si Jimeng ni penakut. Bukan main laju dia eh.


Sebaik saja tiba di hadapan pintu yang dikatakan oleh Jenguk itu, Jenguk terus saja memulas tombol pintu hitam.


Apa yang mereka nampak hanya kegelapan. Ya. Tiada apa-apa. Hanya warna hitam.


"Jimeng, jom masuk."


Belum sempat Jimeng berkata apa, Jenguk terlebih dahulu menarik tangan Jimeng masuk ke dalam. Serta-merta, mereka seperti masuk ke mesin masa.


Mereka tiada lagi di Donutland.

.
.

"Kita dekat mana ni? Aku takutlah..." ujar Jimeng apabila diperhatikan keadaan di sekelilingnya.


Hanya yang mereka nampak, banyak baju yang tergantung dengan hanger. Agak sempitlah di situ. Kerana ruangan di situ tidaklah besar mana.


"Kita dekat dalam perut kau." Ujar Jungkook.


Jimeng tayang muka terkejut. Dia memegang perutnya. "Eo? Perut aku? Tapi, perut aku kat sini..."


Bukk!



Kepala Jimeng dipukul Jenguk. "Bengap! Memang taklah kita ada dekat dalam perut kau. Erghh!"


Jimeng mencebik. Diusap perlahan kepalanya yang dipukul oleh Jenguk itu. Cian dia. Asyik kena buli je. Tahulah Jenguk ni kasar orangnya.


"Weyh, weyh! Apasal aku rasa tinggi semacam je?" Soal Jenguk sambil memandang ke arah kakinya.


Bukan main panjang lagi kaki dia. Jimeng turut merasai perubahan itu. Apa yang sudah terjadi.


"Arghhh! Penatnya hari ni!"


Suara seseorang itu membuatkan Jimeng dan Jenguk terdiam.





TBC🍩

Aipp aipp jgn kecam aku sbb nama diorang tu✌ Haa! Nama tu aku buat neri K takde copy. Kalau tersama tu, maaf la ye. Gue gune otak je pilih nama tu☺

☆ミ Donutland ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Where stories live. Discover now