|| DONUTLAND ||
Siapa sokong JiKook?😆
.
.[Hyunji pov]
Aku terasa bosan di dalam kelas hari ni. Entah kenapa tak tahu. Dengar lagu, kang kantoi pulak. Nak fokus?
Aku mengantuk erm.
Sudahlah Minha tak datang. Katanya kena pergi Myeondong sebab uncle dia baru balik ke Korea.
Maklumlah. Dah 5 tahun menetap di bumi Amsterdam. Mestilah nak jenguk-jenguk uncle dia tu. Kot la ada souvenir dari Amsterdam.
Ehh jap jap. Aku sebut jenguk an tadi? Teringat pulak nama betul si Jungkook tu.
Tapi, aku pelik. Diorang hilang ke mana pagi tadi? Aku turun sarapan je, diorang dah lesap. Takkan jalan-jalan sekitar sini? Tahu ke selok-belok kat sini?
Ahh abaikan! Pandai datang, pandailah blah.
Kuang ajo nye aku EHEK EHEK.
"Okay. Kita berhenti sampai sini. Pastikan siap assignment yang saya bagi ni esok. Understand!?" Soal Prof. Daniel tegas.
"Alright!"
Sejurus itu, semua mahasiswa dan mahasiswi keluar dari dewan kuliah ini. Siapa yang tak suka bila kelas dah habis?
Aku mengemas barang-barangku lalu dimasukkan ke dalam beg sandang. Beg sandang kugalas sebelah. Aku pandang Taehyung yang berada di sebelah.
Eh? Mana mamat ni? Lesap dah?
Hamboii macam cheetah eh dia lesap. Dahlah tinggalkan aku. Huhuhu taguna punya alien takda insurans. Kata nak buat asignment kat rumah aku. Tup tup dia yang hilang dulu.
Aku lepaskan keluhan kecil. Terus saja aku melangkah keluar dari dewan kuliah ini. Kaki kuatur keluar dari bangunan ini.
Aku pandang ke arah laman utama Bangtan University ini. Ramai orang berkerumun di situ. Ada artis datang ke?
Siapa? BTS? EXO? WANNA ONE? GOT7? Huishh kalau ada semua tu aku nak pergi. Mintak autograf.
Keh keh keh.
Aku menuju ke arah laman utama university ini. Terlalu ramai sehinggakan aku tidak nampak apa yang menariknya di sini.
"Oit! Kau apasal?"
Suara garau seseorang itu membuatkan aku menoleh ke sebelahku. Hah! Ada pun si alien nih. Aku ingatkan balik dah.
Taehyung kulihat sedang rancak mengunyah donut coklat. Eh? Mana mamat ni dapat?
"Weyh, asal tu?" Soalku kepadanya.
"Ada orang jual donut. Sedap weyh! Kau pergilah beli. Aku chow tadi pun sebab donut ni. Hehehe..." Taehyung tersenyum kambing.
Aku pandang Taehyung atas bawah. Dia blah cepat-cepat sebab donut ni? Taikkk anda!
Aku terus saja mencelah masuk ke dalam orang ramai di sini. Doakan aku bernafas lagi ye. Sesak woii.
Akhirnya, aku sudahpun berada di hadapan sekali setelah bersusah-payah mencelah di celahan orang ramai.
Terkejut bukan kepalang aku dibuatnya. Macam nak terkeluar je biji mata aku sekarang ni. Mulut tak payah cakap. Badak pun lepas nak masuk.
Jimin.
Jungkook.
APA YANG DIORANG BUAT DEKAT SINI SIALLL!!??
"Haa mari mari! Mari dapatkan donut tersedap dekat Korea ni! Ada banyak perisa, tapi tak banyak dah. Haa meh la beli!" Ujar Jungkook ala-ala melelong baju.
Bukan main lagi berdulang-dulang donut dekat atas meja panjang ni. Tapi, tinggal dua dulang. Satu Jungkook pegang. Satu lagi Jimin pegang.
Mana diorang dapat semua donut ni duhh!? Banyak siottt.
Aku bercekak pinggang. Jimin yang perasan akan kewujudanku terus saja riak wajahnya berubah sekelip mata. Macam takut + terkejut.
Habis terlepas dulang donut yang dia pegang tu atas meja. Tapi, tak kuat mana pun terhempas.
"Yahhh! Korang buat apa kat sini!?" Soalku geram.
Jungkook pandang aku. Dia tersenyum manis. Sebelah tangan dilambaikan ke arahku.
"Hai!" Ujar Jungkook dengan muka tidak bersalahnya.
Aku menjegilkan mataku ke arah Jungkook. Jimin pula sudah menunduk. Taehyung menghampiriku.
"Kau kenal diorang ke?" Soal Taehyung.
Aku pandang Taehyung sekilas. Mataku masih lagi memandang mereka tidak puas hati.
_____________
"Mana korang dapat donut-donut tu huh!?" Soalku sambil bercekak pinggang.
"Err... Erm... Weyh, Jenguk! Gitaulah dia." Jimin menyenggol lengan Jungkook yang sedang mengeluarkan dulang-dulang dari dalam sebuah kereta.
Kereta apa? Audi TT. Aku tak tahulah mana diorang dapat kereta tu. Entah-entah main rembat je. Haihhh.
"Hyunji... aku masuk dulu eh? Nanti kau cerita kat aku." Ujar Taehyung.
Aku hanya membalas dengan anggukkan. Pandangan kuhalakan ke arah Jungkook dan Jimin kembali.
"Mana korang dapat donut-donut tu?" Ulangku.
Jungkook pandang aku dengan wajah selambanya. "Kitorang curi."
Aku membulat mataku. "Korang curi!?"
"Lalu si bodoh pun percaya. HAHAHAHAHA!!" Jungkook ketawa terbahak-bahak. Diikuti Jimin.
Aku tayang muka bengis ke arah mereka. Kuang ajo mainkan aku. Kaki nak kaki?
"Elok-eloklah!"
"Kitorang buat sendirilah. Fikir namja tak pandai buat donut?" Balas Jungkook selamba.
"Elehhh. Kalau buat, bilanya korang buat? Bukan main tidur berdengkur lagi semalam..."
"Hah, yang tu kau tak payah tau. Secret~" ujar Jimin pulak.
Ehh eh selalunya Jimin ni jenis pendiam dan malu gitu. Hari bi berani pulak cakap macam Jungkook?
Wahh hebat! Jimeng udah berani gaisss. Berikan tepukan gemuruh buat Jimeng anak Joget! Woo!!👏👏👏
"Suka hati koranglah. Hah, lagi satu. Kereta siapa korang rembat?" Soalku. Lupa pulak pasal kereta tu.
"Kereta kamilah. Gold Credit Card kan hadooo." Ujar Jungkook sambil menayangkan Gold Credit Card miliknya.
Harey. Mentang-mentanglah ada. Berlagak kau eh. Eyy eyy. Masuk longkang jangan tanya aku kenapa.
"Dah, dah! Masuk dalam. Hah, kalau boleh buatlah donut kat aku. Hehehe nak merasa jugak..." ujarku sambil mengerdip-ngerdipkan mataku tanda merayu.
Jungkook dan Jimin tayang muka mintak penampar. "Tengoklah kalau rajin." Balas Jimin.
"Soyeon unnie! Nak snek! Bawak masuk dekat library! Masehhh!" Laungku lalu aku terus melangkah masuk ke dalam rumah.
Pintu bukak sendiri ler. Soyeon unnie tengah kemas dapur kot. Biarlah. Macamlah aku tak biasa bukak pintu sendiri.
Fikir gue anak raja? Nak bukak pintu sendiri tak boleh? Ohh sorry. Aku bukan orang macam tu. Ngehh hehew😆
[End Hyunji pov]
TBC🍩
Terasa ingin menaip panjang2. Tapi, ntah la. Silap langkah sudah. Erm, takpe ah. Biar panjang sikit cerita ni. ☺✌
YOU ARE READING
☆ミ Donutland ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗
عشوائيWelcome to Donutland sayangku! Dapatkan pelbagai jenis donut, hati ehh ehh bukan hati XD " Kita dekat mana ni? Aku takut la... " " Kita dekat dalam perut kau. " . . ©2018