14- Tak Wujud?

277 53 3
                                    

|| DONUTLAND ||

[Hyunji pov]

Mataku dibuka luas. Dari baring, aku duduk. Nafasku turun naik. Aku pandang sekeliling. Satu bilik. Warna putih sahaja. Nampak gaya aku dekat hospital. Sebab ada mesin denyutan nadi apa kebenda tu.

Aku teringatkan nama seseorang.

Jimin.

Kelihatan omma dan appa masuk ke dalam bilikku. Omma menghampiriku. "Hyunji! Kamu dah sedar pun. Dah sebulan kamu koma."

Omma terua memeluk tubuhku. Seketika kemudian seorang doktor masuk ke dalam wadku ini. Dia memeriksa keadaan. Aku pula sudag bingung.

Koma? Aku koma? Dah sebulan? Takkan aku koma lepas-lepas Jimin dengan Jungkook dah balik ke Donutland tu?

"Omma, Jimin dengan Jungkook mana? Diorang ada kat rumah ke?" Soalku setelah doktor itu selesai memeriksa keadaanku.

Wajah omma dan appa bertukar hairan. Berkerut-kerut dabi mereka apabila mereka memandang antara satu sama lain.

"Jimin? Jungkook? Siapa pulak tu diorang tu?" Soal appa pelik.

"Alaa. Yang tinggal dengan kita tu la. Diorang datang dari Donutland. Omma dengan appa jangan la buat-buat lupa..." balasku.

Omma dengan appa ketawa kecil. Apa yang kelakarnya omma, appa??

"Hyunji, kamu ni mengigau ke apa? Sedar-sedar dari koma terus jadi macam ni. Donutland? Mana ada tempat tu. Haih kamu ni..." omma mengusap lenganku perlahan.

Aku mimpi ke? Eh tapi tak! Betul diorang wujud. Muncul dekat almari aku kot. Omma dengan appa pun kenal diorang sebab terkantoi tu. Takkan la omma dengan appa tak ingat?

"Omma! Appa! Hyunji tak tipu. Betul diorang ada datang rumah kita haritu. Tumpang tinggal dengan kita. Takkan dah lupa?"

"Haish! Mengarutlah. Mana ada Jimeng dengan Jenguk tu datang rumah kita. Taehyung ada la..." ujar appa sambil memandang skrin telefon bimbitnya.

Ehh jap jap! Appa sebut apa tadi? Jimeng? Jenguk? Tu bukan nama betul Jimin dengan Jungkook ke?

"Appa cakap apa tadi? Jimeng? Jenguk?" Soalku.

"Appa lupa nama diorang. Dengar tu je appa sebut je la. Hehehe..." terang appa.

Aku be like 😑. Appa, tulah nama betul dioranglah. Appa dengan omma ni ingat ke tak?

Aduhh! Aku yang pening sekarang ni. Diorang wujud ke tak? Ke, wujud masa aku koma? Serabut, serabut! Bunian ke hape huh diorang tu?? Ayooo apa aku ni. Fikir sampai ke situ pulak.

____________

Aku menyusun buku-bukuku lalu dimasukkan ke dalam beg sandang. Selebihnya aku hanya memeluk buku itu erat. Kakiku melangkah keluar dari dewan kuliah ini.

Taehyung dengan Minha takde. Diorang dating. Hahahha. Couple jugak diorang tu. Jodoh gamaknya. Aku ni? Single je la yang mampu.

Tch. Siapa je yang nak dekat aku? Umur dah 23. Nak habis degree dah. Jodoh? Belum sampai. Dengan siapalah yang aku akan kahwin nanti. Kalaulah Jimeng tu wujud.

Jimeng? Jimin? Ahh sama je. Cuma nama Jimeng tu dekat Donutland. Kat sini Jimin.

Bukk!

Aku seperti terlanggar seseorang. Buku-buku yang ku pegang itu jatuh bertaburan. Terus saja aku menunduk untuk mengutip bukuku yang jatuh itu.

Apabila aku ingin mencapai satu buku, tiba-tiba saja ada satu tangan yang memegang buku itu dulu. Aku mendongak untuk memandang gerangan siapakah yang menolongku mengutip bukuku yang jatuh ini.

Terkejut bukan kepalang aku dibuatnya. Adakah ini mimpi lagi?

"J-jimin..." ujarku perlahan.

Lelaki itu mendongak setelah kesemua bukuku yang jatuh dikutip lalu diserahkan kepadaku. Dia memandangku pelik buat seketika.

"Eo? Mana awak tahu nama saya?" Soalnya.

Ahh mungkin pelanduk dua serupa. Kalau tidak, takkanlah dia tanya soalan sebegitu. Kan?

"By the way, are you okay?" Soalnya lembut.

Aku mengangguk perlahan. "Saya okay. Thanks... And, sorry. Muka awak sama macam muka kawan saya. Nama dia pun Jimin. So, tadi saya ingat awak ni dia. Salah orang rupanya..." terang Hyunji sambil tersenyum kekok.

Lelaki yang bernama Jimin itu hanya tersenyum menampakkan barisan giginya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Lelaki yang bernama Jimin itu hanya tersenyum menampakkan barisan giginya. Handsome. Mata sepet. Comel macam Jimeng. Dengan rambut orennya. Single lagi tak?

Ehh! Apa yang kau merepek ni Hyunji? Haish!

"Apa-apa pun, jom berkenalan? I'm Park Jimin." Jimin menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

Hyunji hanya menyambut huluran itu. Walaupun pada mulanya dia teragak-agak.

"Choi Hyunji imnida."

Tbc🍩

Hahahah. One more chap lagi. Then habislah cerita Donutland ni.🤗 Memang pendek and merapu byk. Sbb buat cerita ni pun saja2. Hehe vote and comment la ye 💕

☆ミ Donutland ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Where stories live. Discover now