|| DONUTLAND ||
Tak sabar MAMA in Hong Kong. Yang Japan punya pun dh gempak. Inikan Hong Kong. Lagilah❤💕
.
.
Hyunji sudah semakin rapat dengan Jimin dan Jungkook. Tambah lagi Jimin. Jungkook tu asyik dengan perangai hanat dia je. Baik dilayan Jimin itu daripada layan Jungkook yang asyik ingin mencari pasal sahaja.
"Jimin! Tolong ambikkan tepung gandum tu." Hyunji menghalakan jari telunjuknya ke arah tepung gandum yang berada agak jauh darinya.
Hari ni sesi membuat biskut. Jimin paling excited nak buat. Ye la. Mana pernah buat ke makan biskut. Semua donut je dekat sana. Yang Jungkook pulak sedap je melantak dekat sofa tu. Haihh berbeza betul diorang ni.
Macam langit dengan bumi.
Mula-mula, Jimin blur la jugak dengan biskut tu. Lepas Hyunji tunjukkan gambar barulah dia tahu. Tu yang excited nak buat. Nak merasa jugak sementara tak balik ke Donutland lagi.
"Alright, boss!"
Tepung gandum dicapai Jimin. Lalu dia menyerahkan tepung gandum itu kepada Hyunji. Hyunji menyambut huluran Jimin itu.
Jimin menongkat dagu di atas meja makan itu. Matanya ralit memandang ke arah apa yang Hyunji sedang masukkan ke dalam adunan biskut yang dibuatnya.
Matanya dihalakan ke arah wajah Hyunji pula. Tenang. Terasa tenang sahaja dia memandang wajah polos gadis itu.
Dup dap dup dap
Laju saja degupan jantungnya ketika merapati atau bercakap bersama Hyunji. Bagaikan baru sahaja habis larian 200 meter jantungnya berdegup.
Apakah perasaan ini? Jimin menggeleng-gelengkan kepalanya. Oh tak Jimin. Kau tak boleh jatuh cinta dengan dia. Korang dunia lain-lain. Buang perasaan tu, Jimin.
"Jimin?"
Jimin tersedar dari lamunannya. Terpinga-pinga dia dibuatnya. "Eo? Err... Yaa... K-kenapa?"
Hyunji tersengih. "Berangan eh...?" Soal Hyunji meleret.
"Ehh takde la. Ji-Jimin tengok Hyunji buat tu la... Mana ada berangan. Heheh..." Jimin cuba berlagak selamba. Tak naklah kantoi dengan Hyunji.
Malu.
"Hah, Jimin. Meh buat bentuk biskut ni. Ikut la Jimin nak buat macam mana." Ujar Hyunji sambil mengelap tangannya yang basah selepas mencuci tangannya yang penuh dengan tepung.
Jimin mengambil tempat di sebelah Hyunji. Matanya fokus dengan apa yang ditunjukkam oleh Hyunji. Dia mengikut langkah Hyunji untuk membuat bentuk biskut dengan perlahan-lahan.
"Hyunji... Comel tak Jimin buat bentuk mochi ni?" Soal Jimin sambil menunjukkan bentuk biskut yang dibentuknya.
Hyunji tersenyum sambil mengangguk kecil. "Comel! Macam pipi Jimin!"
Hyunji menarik pipi Jimin tanpa sedar. Jimin pula sudah tergamam. Jantungnya kembali berdegup laju. Kali pertama. Seorang gadis menyentuh pipinya yang tembam itu.
Jam di dinding terus berdetak ahh~
Kakiku juga terus berjalan ahh~
Eh ehh apasal lagu Ayda Jebat sesat kat sini?😂
Hyunji yang baru perasan yang dia masih menarik pipi Jimin terus melepaskannya. "Err... S-sorry, Jimin... Hyunji tak sengaja..."
Jimin mengusap lehernya perlahan. "Erm... Takpe. Hehehe..." Jimin tersenyum kekok.
Omma! Appa! Jimeng dah jatuh hati dengan Hyunji!
Mahu sahaja ayat itu keluar dari mulutnya. Namun, hanya mampu diluahkan di dalam hati saja. Terasa kelakar pula. Jimin jatuh hati dengan Hyunji. Wow! Amazing genk!
Ni kalau Jungkook tahu, mahu dihebohnya dekat Hyunji. Ataupun masa diorang balik ke Donutland. Memang merah padam habis la muka Jimin masa tu. Malu satu. Geram satu. Haihhh. Nasib!
Selepas saja membentukkan semua biskut-biskut itu, Hyunji memasukkan dulang-dulang itu ke dalam oven.
"Korang buat apa weyh...?"
Hyunji dan Jimin terus saja memalingkan wajah ke arah suara tersebut. Jungkook. Dengan muka mamainya. Mata macam bukak tak bukak je diorang tengok. Baru bangun tidurlah tu.
"Buat biskut." Balas Jimin sambil menolong Hyunji mengemas meja yang dipenuhi dengan bahan-bahan untuk membuatkan biskut itu.
"Ouhh. K bye..." ujar Jungkook dengan suara seraknya.
Auch! Tergoda😍
"Erm, Jimin. Tolong tengokkan biskut ni boleh? Hyunji nak naik atas kejap mandi. Boleh eh?" Soal Hyunji.
Jimin menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. "Okay. Jimin jaga."
Hyunji terus saja berlalu pergi selepas di menepuk bahu Jimin perlahan.
Jimin sudah tersengih-sengih serupa kerang busuk. Hatinya berbunga-bunga. Hyunji, janganlah begitu. Hati Jimin tak kuat~❤
TBC🍩
Hohoho. Semakin merapu ahh cite ni. Erm tk panjang pun cerita ni. Pendek je. And nak habis dh pun. Hahaha vote and comment ye^^
YOU ARE READING
☆ミ Donutland ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗
De TodoWelcome to Donutland sayangku! Dapatkan pelbagai jenis donut, hati ehh ehh bukan hati XD " Kita dekat mana ni? Aku takut la... " " Kita dekat dalam perut kau. " . . ©2018