05 - Tinggal Serumah

360 57 5
                                    

|| DONUTLAND ||


Hanya kedengaran sudu dan garfu berlaga dengan pinggan. Wajahku hanya ditundukkan memandang makanan yang berada di hadapanku.

Mahu saja aku lambung diorang ni jauh-jauh. Biar sampai ke planet Marikh. Geram pulak aku dibuatnya.

"Hyunji, lepas makan tunjukkan bilik diorang ye?" Ujar omma sambil tersenyum.

"Okay." Balasku sambil tersenyum paksa.

Terkejut aku bila omma dengan appa balik awal. Macam mana diorang kenal dua ekor makhluk halus ni?

Haa macam ni...

Flashback

Aku memulas tombol pintu sebaik saja aku menyuruh Jimin dan Jungkook menyorok di sebalik langsir. Harap sangatlah tak kantoi.

Wajah Soyeon yang berada di hadapan pintu bilikku dipandang.

"Err... H-hyunji telefon kawan tadi." Balasku.

Ehh tipu sunat takpe an?

"Tapi, tadi unnie macam ada dengar suara kawan cik muda tu." Ujar Soyeon unnie.

"Err... Hyunji bukak... loud speaker. Ha! Bukak loud speaker. Tu yang dengar suara dia tu." Balasku acuh tak acuh.

Aduhaiii... Mengapakah aku jadi gagap ni? Lagilah Soyeon unnie syak.

"Hyunji! Lama lagi ke? Panas la sini..!"

Aku tersentak. Ehh bongok ahh Jungkook. Dia pergi cakap tu apasal? Haish!

"Suara siapa tu?" Soal Soyeon unnie.

"Err... sua-"

"Soyeon! Sediakan makanan. Kami dah balik ni. Ajak Hyunji turun sekali!" Laung appa kepada Soyeon unnie.

What!? Appa dengan omma balik awal? Oh shit! Omma dengan appa mesti bunuh aku kalau diorang tahu yang Jimin dengan Jungkook ada kat dalam rumah ni.

"Nae! Saya turun sekarang. Cik muda, jom turun makan." Pelawa Soyeon unnie.

Aku hanya mengangguk sambil tersenyum kelat. Soyeon unnie turun ke bawah untuk menyediakan makan malam.

"Jimin. Jung-... Yahhh! Korang nak pergi mana!?" Soal Hyunji saat Jungkook dan Jimin tiba-tiba sahaja keluar dari biliknya.

"Turun makanlah! Laparrrrr." Balas Jungkook selamba sambil menuruni anak tangga.

Aku yang sudah kalut terus saja mengejar langkah Jungkook dan Jimin. Belum sempat ingin menyuruh mereka naik semula ke tingkat atas, omma dan appa yang kebetulan lalu di hadapan tangga memandang mereka berdua dan aku silih berganti.

Haa sudah! Matilah aku nakkk.

"Nuguya?" Soal appa.

Jungkook dan Jimin menunduk hormat. "Anyeong haseyo. Jungkook imnida."

"Anyeong haseyo. Jimin imnida."

"Hyunji, siapa diorang ni? Kenapa diorang ada dalam rumah?" Soal omma pula.

"Err..." aku mati kata.

Aduhh! Nak jawab apa ni? Takkan nak kata sepupu kot? Merepek! Sepupu aku semua ada dekat Jepun. And, omma dengan appa kenal kot semua sepupu aku.

"Kami ni kawan Hyunjin. Tapi, kami sambung belajar di London. Balik korea pun 2 bulan je. Erm, boleh kami tumpang tinggal kat sini untuk 2 bulan?"

Kata-kata Jungkook itu membuatkan aku rasa nak cekik mamat tu. Dia cakap macam tu apasal buduhhh!?

Omma dan appa saling berpandangan. Appa tersenyum ke arah mereka.

"Ouhh... Hyunji tak bagitau pun diorang datang sini?"

"Err... H-Hyunji lupa! Hehehe..." balasku acuh tak acuh.

"By the way, nak tumpang tinggal sini? Boleh je. Lagipun rumah ni besar. Tapi tu la. Macam takde orang gamaknya." Balas omma pula.

Aku sudah melopong. Mulutku ternganga luas. Mataku membulat. Omma dengan appa bagi diorang tidur sini!?

Oh God! Aku nak mati sekarang boleh?

Eh ehh biar betul omma dengan appa ni? Macam tu je diorang bagi makhluk halus ni tinggal sini selama 2 bulan?

Jantungku tak kuat... Huhuhu.

"Haa, Jimin. Jungkook. Jomlah dinner sekali. Jom jom." Ajak appa sambil memeluk bahu Jimin.

Mereka berdua hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Hah, Hyunji. Tercegat apa lagi kat situ? Jom, dinner." Ujar omma lalu dia melangkah ke arah dapur.

Aku meraup wajahku kasar.

End Flashback —

_________________

"Hah, ni bilik korang."

Jungkook dan Jimin masuk ke dalam bilik yang aku tunjukkan ini. Ni memang bilik kosong. Dalam rumah ni duk ada 10 bilik.

Yang guna pun dua je. Hek hek.

Jimin terasa kagum dengan bilik ini manakala Jungkook reaksi dia macam biasa-biasa je.

"Fuyoo! Katil kinggg!" Ujar Jimin teruja. Terus saja dia menghempaskan tubuhnya di atas katil.

"Erm, korang bawak baju ke?" Soalku.

Mereka berdua menggeleng. Aku menghela nafas berat. Aku sebenarnya tak fahamlah diorang ni datang dari mana.

Korea Selatan pun tak tahu. Tapi, tadi si Jungkook ni ada cakap London kan? Hah, pelik pulak aku.

Jimin bangun dari baringnya. Kaki diatur ke arah almari baju. Dia membuka almari baju itu. Jimin tayang muka terkejut.

Hal itu membuatkan aku mengerutkan dahiku. "Kau asal, Jimin?"

"Weyhh ada baju la kat dalam ni. Saiz kitalah, Jungkook!" Ujar Jimin sambil mengeluarkan sehelai baju dari almari pakaian itu.

Heh? Ada baju? Saiz diorang? Tak silap aku, dalam bilik ni memang takde baju siapa-siapa.

Aku menggarukan kepalaku. Apa kena pelik sangat diorang ni? Tadi ada Gold Credit Card. Padahal diorang datang pun dengan tangan kosong.

Sekarang, baju pulak. Takkan diorang ni hantu? Tapi, cam mustahil je.

Lepas tu, diorang ada cakap pasal donut masa aku tengah cuci muka. And, diorang makan malam tadi pun donut tau. Diorang tak makan stik yang Soyeon unnie dah masak tu.

"Jungkook, Jimin. Korang datang dari mana?"

"Donutland"



Tbc🍩

Bosan? Entah la. Memang merapu weyhh. Apa2 pun, vote and comment.☺

☆ミ Donutland ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Where stories live. Discover now