|| DONUTLAND ||
"Thanks, Soyeon unnie..." Ujar Hyunji saat Soyeon menghantar dua cawan jus oren dan sepinggan Cream-O Strawberry Tart. Sedap weyhh!
Soyeon tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. Dia terus keluar dari mini library ini. Tidak mahu menganggu Hyunji dan Taehyung menyiapkan assignment.
Hyunji meneguk sedikit jus orennya. Sebelah tangan mencapai satu Cream-O. Sebelah tangan lagi menulis sesuatu di atas kertas kajang.
Maklumlah. Kidal. Bolehlah buat gitu. Tapi, diorang kisah apa kalau bukan kidal pun an?
"Hyunji, ceritalah. Diorang tu siapa?" Soal Taehyung.
Hyunji mendongak memandang Taehyung. Nafas panjang diambil lalu dilepaskan. Duduknya dibetulkan.
"Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Sebab yang aku tahu, diorang memang bukan dari sini. Bukam jugak dari negara ni. And maybe bukan dari planet ni jugak."
"Habis, kau nak kata diorang tu alien la?" Ujar Taehyung dengan melulu.
"Ishh! Aku tak cakaplah diorang tu alien. Kalau kau alien, aku percayalah..." ujar Hyunji. Ayat terakhir itu Hyunji menyebutnya dengan perlahan.
Taehyung mensepetkan matanya. "Jahat kau kata aku alien. Huh!"
Hyunji tersengih kalah kambing. "Hehehe... Cer kau cakap bahasa alien sikit. Hari tu boleh kot. "
"Auk rica salpa ngande kua ek paa?"
(Kau cari pasal dengan aku ke apa?")
Hyunji ketawa besar. Berdekah-dekah dia ketawakan bahasa alien si Taehyung ni. Memang kelakar habis. Sah la dia ni alien? 😂
Taehyung memeluk tubuhnya. Wajahnya masam mencuka. Kurang asam punya kawan! Aku lempang masuk jamban, haa padanlah muka kau.
"Hahahahaha! Sorry... Aku tak tahan gelak... Hadoiii kelakarlah." Ujar Hyunji yang cuba menarik nafas.
Kurang oksigen gamaknya sebab gelak banyak sangat.
"Hmm... Dahlah. Jom sambung buat ni. Takde mood aku nak tahu pasal diorang tu. "
_____________
[Someone pov]
Aku bergumam seketika. Kepala kugelengkan beberapa kali. Degil! Itulah yang aku mahu katakan kepada anak si Jengket dan Joget.
"Wahai Tuan Jin Matakaji... Di manakah anak kami? Sudah dua hari mereka tidak pulang ke rumah." Soal Jengket, appa kepada Jenguk.
"Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Tapi, diorang dah takde dekat Donutland." Ujarku perlahan.
Joget membuntangkan matanya. "Maksud Tuan, diorang masuk dekat dalam pintu yang bawa ke dunia lain tu ke!?"
Aku menganggukkan kepala. Mereka berdua saling berpandangan.
"Tapi, macam mana diorang boleh masuk ke situ?" Soal Jengket.
"Ada CCTV kan? Saya tengok dekat situlah... Diorang memang masuk dalam pintu tu." Balasku bersahaja.
Haihh. Aku dah letak papan tanda 'Dilarang Masuk' tu. Amaran pun aku dah bagitau awal-awal dekat semua penduduk Donutland ni.
Tapi, Jenguk dengan Jimeng tu degil. Jimeng takpe lagi. Jenguk tu. Memang degil tahap dewa. Si Jimeng tu pulak penakut. Dia ikut je Jenguk tu.
Sebab apa ada pintu tu? Sebab, aku kekadang masuk jugak ke dalam pintu tu. Aku nak tengok, dunia lain ada ke yang setanding donut dekat sini.
Tapi, memang takde yang setandang. And aku pernah pasarkan donut-donut kat sini ke dunia lain. Limited edition punya.
Ada je aku duk pasarkan lagi. Tapi untuk satu pasaraya je. Tu pun dekat kotak donut tu aku tak letak bahan-bahan nak buat donut tu. Ehh gila kau nak letak? Habislah resepi donut ni terbongkar. Musnahlah Donutland ni.
Jenama donut tu? Jinny's Licious. Sedap an? Mueheheheh jangan tiru ehh jenama donut aku tuh. Bagi kaki kot. Jenuh perah otak aku fikir jenama donut aku tu.
Satu lagi, donut yang warna pink kat Donutland ni, semua aku punya. Kalau ada orang lain yang guna atau makan donut warna pink tu, hah masuk lokap.
Kejam? Bukan kejam. Peraturan Donutland memang macam tu. Siapa yang buat peraturan tu? Akulah.
Kenapa aku? Aku kan ketua dekat sini. Ala-ala raja gitu. HAAHAHAHAH!!
"Tuan, macam mana ni? Mereka boleh balik le Donutland ke kalau diorang pergi ke sana?" Soal Jengket.
Aku sekadar menganggukkan kepala. Diorang semua tak tahu. Sesiapa saja yang masuk ke pintu tu, boleh je balik dekat Donutland semula.
Tapi, kena laksanakan misi mereka. Dan misi itu ialah kena tinggal dan belajar hidup di dunia sana. Dan dalam masa 60 hari tu, diorang kena cari pintu untuk balik ke Donutland.
Susah? Memang susah sikit. Sebab pintu tu tak menentu kedudukannya.
Dan penduduk-penduduk yang berani masuk ke situ ialah Jenguk dan Jimeng. Aku tak tahulah macam mana diorang boleh berani masuk situ.
Sedangkan, aku dah bagitahu. Sesiapa yang masuk kawasan tu akan dikenakan hukuman berat. Tapi diorang? Selamba badak je masuk. Omma dengan appa diorang pun tak berani inikan si anak berani bukan main.
Haihh. Biarlah diorang. Siapa suruh masuk situ? Tak jumpa pintu tu, nasib koranglah...
TBC🍩
Maaf lambat. Hehehe. Vote la sekali uhuii. Penat aku perah idea korang tk support pun huhu😥😭😭
YOU ARE READING
☆ミ Donutland ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗
De TodoWelcome to Donutland sayangku! Dapatkan pelbagai jenis donut, hati ehh ehh bukan hati XD " Kita dekat mana ni? Aku takut la... " " Kita dekat dalam perut kau. " . . ©2018