Special #2

269 49 11
                                    

|| SPECIAL DONUTLAND ||

"Hyun... Hyunji...?"

Gadis yang dirinduinya selama ini. Sudah 5 bulan sejak dia berjumpa dengan gadis itu selepas menghantar surat dan juga sekotak Jinny's Licious kepada keluarga Hyunji.

Hyunji turut tergamam saat dia memandang ke arah Jimeng. Di sebelahnya terdapat seorang jejaka. Mukanya seiras dengan Jimeng.

Sama tapi tak serupa.

"Aikk? Mana satu papa, mama?" Soal kanak-kanak itu kepada Hyunji.

"Eo? Mu siapa huh? Culik anak aku eh?" Soal jejaka itu kepada Jimeng.

Tangan anak kecil itu diraihnya.

"Jimeng kan?" Soal Hyunji perlahan.

"Haah. Ni Jimeng. Aku Jenguk. Takkan lupa dah kat kitorang?" Balas Jenguk bersahaja sebaik saja dia kembali dengan Cool Blog yang dipesan bersama Jimeng sebentar tadi.

Ewahhh suka hati dia je. Hyunji tanya orang lain, orang lain yang jawab. Poyo ah kau, Jenguk!

Hyunji memutarkan bebola matanya. "Diamlah kau, Jenguk!"

"Erghh!"

"Yahhh siapa diorang ni, sayang? And apasal mamat tu muka sama dengan oppa?" Soal jejaka yang berada di sebelah Hyunji itu.

"Ni la Jimeng. Yang sebelah dia tu Jungkook... Ehh! Jenguk. Ahh panggil Jungkook je la." Balas Hyunji sambil tersenyum.

"Eh, tak payah tukar nama aku eh. Panggil Jenguk."

Hyunji memutarkan bebola matanya. Kalau boleh jahit mulut si Jenguk ni, dah lama dia jahit. Biar dia jadi bisu. Tak boleh cakap. Bila cakap je ada je tak kena. Sumbat donut kang.

"Heh? Tak kenal la sayang oi..."

"Alaaa. Ada la yang Hyunji cerita tu. Kawan lama Hyunji tu laa yang muka sama dengan oppa." Terang Hyunji lagi.

Seketika kemudian, jejaka itu membuat mulut berbentuk O.

"Ouhhh... Dia tu. Erm, hai? Park Jimin imnida." Jejaka yang bernama Jimin itu menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

Jimeng tersenyum tipis. "Hai. Jimeng imnida." Jimeng menyambut huluran Jimin itu.

"Eh? Nama kau Jimin? Tu bukan nama gelaran Jimeng ke, Hyunji?" Soal Jenguk sambil menghirup air Cool Blognya.

Weyhh sedap! Aku nak jugak huhu T^T.

"Haah. Takpe la. Panggil Jimeng je la. Kang panggil Jimin dua-dua keliru pulak nanti." Balas Hyunji.

"Ouhh... Jihyun salah orang tadi. Baru perasan rambut uncle ni warna oren. Pipi dia tembam macam papalah!" Ujar Jihyun.

Hyunji tertawa kecil. Jihyun silap orang rupanya. Patutlah tadi bila Jimin dah keluar dari tandas, dia tak datang-datang. Nasib baik dia nampak Jihyun dekat-dekat dengan kedai Cool Blog tu. Tak sangka pulak ada Jimeng dengan Jenguk.

"Ler... Kau mengandung ke? Hahaha aku baru perasan kau gemuk." Ujar Jenguk bersahaja.

Kuang ajo anda, Jenguk!

"Kepala hotak kau, gemuk! Orang mengandung memanglah macam ni. Lagipun, dah 8 bulan lebih. Memanglah besar. Erghhh!" Balas Hyunji sambil menjeling ke arah Jenguk.

"By the way, korang buat apa kat sini?"

"Erm... Macam ni..."

Jimeng pun memulakan sesi bercerita kepada Hyunji. Jenguk? Duk gaduh dengan Jihyun pasal game Mobile Legend. Jimin? Dia pun layan je dengar Jimeng cerita.

"Ouhh, macam tu... Hah, Jenguk ni memang degil. Bagi penyepak macam Jimin kena kang!" Ujar Hyunji geram.

"Eo? Jimin pernah kena makan penyepak Hyunji ke?" Soal Jimeng pelik. Kasarnya si Hyunji ni. Sampaikan suami sendiri kena makan penyepak. Kesian anda Park Jimin.

"Haah."

"So, kau suka Hyunji ke? Sebab Hyunji pernah suka kau ka..?" Soal Jimin tiba-tiba.

Jimeng mengerutkan dahinya. Uishhh. Mana mamat ni tahu? And, Hyunji pernah suka aku? Wahhh nak bangga jap. Hahhahahah.

"Suka Hyunji? Apa kau merepek ni?" Soal Jimeng.

"Elehh macamlah aku tak tahu. Dulu, Hyunji ni asyik sebut pasal kau je. Aku tahulah muka kita sama..." ujar Jimin lagi.

"Apa salahnya aku suka dia?"

"Salah. Sebab aku suami dia."

"Hok alohh. Lantak ah. Aku suka dia dulu."

"Ahh takde-takde. Dia aku punya."

"Aku punya!"

"Akulah!"

"Apa pulak kau punya?! Aku kenal dia dulu. So dia aku punyalah!"

"Tak kisahlah. Aku suami dia sekarang so dia aku punya!"

"Yahhhh janganlah gaduhhh!" Marah Hyunji.

"Diam!!" Serentak Jimin dan Jimeng berkata kepada Hyunji.

Jenguk dan Jihyun yang dari tadi asyik bergaduh pasal Mobile Legend terus memandang ke arah dua orang beruk yang tengah bertekak tu sambil menggelengkan kepala.

"Tak patut..." ujar Jenguk dan Jihyun serentak.

Hyunji memicit dahinya perlahan. Gaduh pulak dah dua orang ni. Memanglah Hyunji pernah sukakan Jimeng dulu. Tapi tu cerita lama. Sekarang anggap kawan je. Waduhh waduhh.

"Janganlah gaduh! Kalau korang still ga-... Aduhhh!" Hyunji memegang perutnya.

"Sa-sakit... Arghhh..."

Wajahnya berkerut-kerut seperti menahan kesakitan. Dia terduduk di situ. Jimeng dan Jimin memandang antara satu sama lain apabila ada air jernih keluar di sebalik skirt labuh yang dipakai Hyunji.

"Dia mengandung berapa bulan?" Soal Jimeng.

"8 bulan lebih." Balas Jimin.

"Yahhh! Bawaklah dia pergi hospital bangang! Dia nak beranak dah tu!!" Ujar Jenguk kepada Jimeng dan Jimin.

Kalut Jimin mencepung tubuh Hyunji keluar dari pasaraya tersebut. Jimeng membaling kunci kereta yang diberi oleh Jimin kepada Jenguk. Menyuruh lelaki itu yang memandu kereta.

Gaduh sampai nak beranak dah si Hyunji ni. Haih.




TBC🍩

😂😂 Aduhhh gaduh lagi. Haa kan nk beranak dh Hyunji tu. Ni idea Jaynzzz. Macehnh bagi idea ni ❤ Apa2 pun, vote and comment!^^

☆ミ Donutland ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Where stories live. Discover now