02 - Jantan Sesat

614 62 10
                                    

|| DONUTLAND ||

[Hyunji pov]

Nama aku Choi Hyunji. Aku sudahpun berumur 23 tahun dan kini aku sambung belajar di Bangtan University. Menarik bukan nama university ni?


Hidupku tidaklah seperti hidup seperti orang lain. Omma dan appaku sibuk menguruskan syarikat mereka yang sudahpun maju dan terkenal di pelosok Seoul ini.


Jadi, aku hanya duduk berseorangan di rumah. Bosan? Sudah tentu. Sunyi? Itu sudah pasti.


Namun, apa boleh dibuat?


Hidupku bagaikan sebatang kara sejak-sejak aku lahir lagi. Kasih sayang? Tidaklah sebanyak orang lain mendapat kasih sayang omma dan appa mereka.


Adik-beradik? Aku anak tunggal. Itu menambahkan lagi kebosananku ketika pulang ke rumah.


Tidak mengapa. Aku masih lagi mempunyai rakan baik sejak sekolah rendah lagi.


Kim Taehyung.


Song Minha.


Itulah rakan baikku. Rakan dunia akhirat. Hanya mereka yang memahamiku.


"Choi Hyunji!"


Panggilan seseorang itu membuatkan aku terus tersedar dari lamunanku. Taehyung yang berada di sebelah dipandang.


"Apa?" Soalku kepada Taehyung.


"Kau ni... Berangan pulak. Fokuslah. Kang kena marah baru tahu." Tegur Taehyung dengan nada yang perlahan.


Aku hanya memutarkan bebola mataku. "Fine!"


Terus saja aku memfokuskan pandangan ke arah Prof. Sehun yang sedang menerangkan tentang tindak balas sesuatu bahan kimia apa kejadah tak tahu.


Tapi, bestnya je kelas dia. Sebab kalau dia tengah mengajar pun, ada jugak dia selitkan lawak bodoh dia tu. Memang terhibur.


Tapi, tu la. Aku berangan pasal Wanna One. Group kpop yang famous tu. Diorang nak disband dah bulan Disember ni huhuhu T^T. Tu yang aku berangan apalah yang akan jadi lepas diorang disband tu.



Hatiku tak kuat gaisss.😭


Sedang aku ralit menyalin nota yang diberikan oleh Prof. Sehun, giliran Minha pula yang memanggilku.



Haish! Time aku sibuk menyalin notalah dia nak panggil. Lepas tu Taehyung jugak yang tegur aku. Boleh bernanah telinga aku sebab asyik kena tegur dengan alien ni.


Ops! Taehyung.


Bukan alien. Hehehe. Tersyasyul la gaisss >.<


Aku pandang Minha malas. "Mu nak gapo?"


"Lepas habis kelas ni, lepak McD nak?" Ajak Minha.


Aku pandang Taehyung. "Oit! Nak tak pergi McD lepas habis kelas ni?" Soalku.


Taehyung menggeleng. "Sorry. Aku tak boleh. Sebab ada hal family."


Aku pandang Minha kembali. Aku turut sama menggelengkan kepala. "Sorry, aku tak pergi. Lain kali la eh?"


Minha mencebik. "Ye laa..."

_________________



Sampai saja di hadapan pintu rumah, seorang maid membukakan pintu rumah untukku. Dalam rumah ni ada seorang maid je.


Kalau tak, penuh maid. Pergi dapur ada maid. Pergi balkoni rumah ada maid. Boleh dikatakan pergi mana-mana je mesti ada maid.


So, aku bagitau omma dengan appa supaya upah seorang maid je. Aman sikit hidup. Hehuhew.


"Cik muda nak makan dulu ke?" Soal Soyeon unnie sebaik sahaja aku masuk ke dalam rumah.


Soyeon unnie tu adalah maid aku. Bukan kakak aku ye. Aku takde kakak.✌


Aku menggeleng perlahan. "Erm... Nantilah Hyunji turun makan. Nak naik atas dulu."


Soyeon unnie hanya menganggukkan kepalanya. Terus saja aku menaiki anak tangga menuju ke bilikku.


Tombol pintu kupulas. Aku melemparkan beg sandangku di penjuru bilik. Tubuh kubaringkan di atas katil.


"Arghhh! Penatnya hari ni!"


Aku melepaskan nafas berat. Kalau ikutkan, mahu saja dia membongkang ketika ini. Tetapi, dia mahu keluar bersiar-siar di luar. Bosan duduk di rumah saja.


Hyunji bangun dari pembaringannya. Almari pakaian ditujuinya. Dia membuka almari tersebut.


Sebaik saja membuka almari pakaian itu, ada dua ekor makhluk halus keluar dari dalam almarinya.


Mata Hyunji membulat. "Arghhhhh!! Ada jantan ceroboh bilik aku!"


Serentak itu, pandangannya mulai menjadi kabur dan akhirnya menjadi gelap gelita.

[End Hyunji pov]


TBC🍩

Kita buat pendek-pendek je. Sebab fanfic ni aku buat saja-saja je. Takda jalan cerita yg ditetapkan pun😂 Haa vote and comment la ye.

☆ミ Donutland ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Where stories live. Discover now