Special #1

287 48 2
                                    

|| SPECIAL DONUTLAND ||

We're back! Miss us? HAHAHAHA!! Teruskan membaca ye! ❤❤

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

We're back! Miss us? HAHAHAHA!! Teruskan membaca ye! ❤❤

.
.

"Yahhhh! Jebonnn! Bagilah balik selipar aku tu!!" Laung Jimeng sambil mengejar langkah Jenguk itu.

Jenguk berpaling buat seketika. Dia menjelirkan lidahnya ke arah Jimeng. "Werkkk! Kejarlah ambik selipar kau ni, pendek!!"

Jenguk sengaja mengambil sebelah selipar Jimeng. Sebab? Sebab saja-saja. Perangai Jenguk kan memang macam ni. Tabahlah Jimeng. Jenguk ni memang mintak makan penyepak. So, mohon bersabar selagi boleh ye.

Jimeng menghentikan langkahnya. Di tangan kanannya terdapat sebelah lagi selipar. Dia berlari dengan kaki ayam? Takdelah! Dia pakai kasut sport.

Selipar itu kemudiannya dibaling kuat ke arah Jenguk yang baru saja ingin memandang ke arahnya. Tepat pada sasaran! Terhuyung-hayang Jenguk dibuatnya.

"Hahahahahah!! Padan muka kau!" Jimeng mentertawakan Jenguk sepuas-puasnya.

Jenguk menjeling Jimeng tajam. Dia mengambil selipar itu. Kakinya melangkah ke arah Jimeng yang masih galak ketawakan Jenguk. Hamboiii seronok dia eh gelakkan Jenguk. Kena tibai dengan Jenguk tu baru tahu!

Tidak sempat Jenguk ingin membaling selipar itu ke arah Jimeng, Jimeng berhenti ketawa. Matanya diahalakan ke satu tempat.

Jenguk pelik dengan Jimeng. Dah kenapa dia ni? Tadi bukan main ketawakan dia. Berangan ke apa si pendek ni??

"Oii Jimeng! Kau tengok apa?" Soal Jenguk sambil menyenggol lengan Jimeng.

"Aku rasa kan, Tuan Jin tu nak pergi ke dunia tu la..." ujar Jimeng sambil menunding jari ke arah Jin dan beberapa orang yang sedang mengangkat berkotak-kotak Jinny's Licious.

Jenguk tayang muka selamba. "Jom ikut diorang!" Terus saja tangan Jimeng ditariknya.

Jimeng pula mengeraskan tubuhnya. "Hishh! Mana boleh! Kang kita tak boleh balik kot." Ujar Jimeng.

Jenguk memutarkan bebola matanya. "Alaaa. Mesti boleh punya. Jom, jom!"

"Yahhh Jenguk!!"

Jimeng tidak dapat berbuat apa kerana Jenguk menarik tangannya dengan begitu kuat sehinggakan dia tidak mampu untuk mengeraskan tubuhnya. Kalau dia lawan pun, tak guna jugak.

Degil! Orang dah larang nak jugak pergi. Kang ada jugak peluh alien masuk dalam mulut kau, Jenguk!

Sampai saja di rumah kayu itu, Jenguk tidak menghiraukan mata-mata yang sedang memerhatikan mereka dengan riak pelik. Jimeng sudah mengatakan bahawa dia tidak mahu masuk. Tapi, faham-faham jelah. Jenguk heret je si Jimeng tu masuk sekali.

Nasib kaulah, Jimeng. Dapat kawan yang memang degil. Naik demam Pak Jengket dengan perangai si Jenguk ni.

Sebaik saja Jin terpandang ke arah Jenguk dan Jimeng yang ingin masuk ke satu pintu, matanya membulat. "Jenguk! Jimeng! Korang buat apa kat sini?!"

"Je-Jenguk yang tarik Jimeng..." ujar Jimeng perlahan.

Jenguk pandang Jin dengan wajah selamba. "Bye Tuan Jin Matakaji! Kami pergi dulu! Jumpa kat sana tau!"

Sebaik saja Jenguk melambaikan ke arah Jin, Jenguk terus menarik Jimeng masuk ke dalam pintu itu tanpa sempat Jin menghalang.

"Yahhh!! Jenguk! Jimeng!"

______________


"Weyh, ni pasaraya kan?"

Jenguk memutarkan bebola matanya apabila Jimeng menanyakan soalan sebegitu. Apa pula soalan mamat ni tanya.

"Kau nampak macam zoo ke?" Soal Jenguk malas.

"Hok alohhh. Aku tanya je pun. Erghh!" Jimeng memeluk tubuhnya.

Entah kenapalah kali ni diorang keluar dari pintu kecemasan dekat pasaraya ni. Maybe sebab Jin memang nak ke pasaraya ini. Nak pasarkan Jinny's Licious dia la tu. Macamlah orang tak tahu.

"Weyh, Jenguk. Jomlah blah. Aku takut ahh. Nanti tak boleh balik Donutland. Camne?" Soal Jimeng.

Jenguk menghela nafas berat. "Jimeng anak Joget...! Kau jangan risaulah. Aku tahulah macam mana nak handle semua ni. Dah jom jalan-jalan kat pasaraya ni."

Baru saja Jenguk ingin menarik tangan Jimeng beredar dari situ, dia dan Jimeng terpandang ke arah satu sudut. Orang yang dilihat mereka amat mereka kenali.

Jimeng sudah menggelabah. Jenguk pula kelihatan tenang saja.

"Weyh! Tu Tuan Jin! Aduhh macam mana ni??" Soal Jimeng panik.

"Ahh peduli apa. Jom ahh pergi beli Cool Blog tu. Aku dahaga dohh." Ajak Jenguk.

"Kau ada duit?"

Jenguk mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Gold Credit Card miliknya.

"Kau lupa ke yang kita datang sini credit card ni memang dah ada dalam poket seluar? Hmmm?" Jenguk menjongketkan sebelah keningnya.

"Ouhh..haah la. Okay la. Jom." Jimeng mengikuti langkah Jenguk menuju ke kedai yang menjual Cool Blog di satu sudut.

Sedang mereka menunggu pesanan mereka siap, seorang budak kecil menampar peha Jimeng dari tepi. Jimeng memandang ke bawah untuk melihat siapakah gerangan yang menamparnya itu.

"Papa buat apa kat sini? Penat tau mama tunggu papa dekat kerusi tu. Papa tukar baju?" Ujar kanak-kanak itu.

Jimeng mengerutkan dahinya. Begitu juga dengan Jenguk. Buat tebiat ke budak ni? Getus hati mereka berdua.

"Siapa papa kau huh, budak?" Soal Jenguk.

"Nilah papa kita! Papa, jomlah pergi dekat mama. Mama penat tau tunggu papa." Kanak-kanak itu mula menarik-narik tangan Jimeng agar mengikuti langkahnya.

Namun, Jimeng hanya mengeraskan tubuhnya. Budak ni salah orang ni. Aduhai...

"Saya bukan papa awaklah..." ujar Jimeng.

"Papa! Janganlah main-main! Jom, balik..." kanak-kanak itu masih menarik-narik tangan Jimeng.

Jimeng hanya mengeraskan dirinya. Mahu saja Jenguk membawa Jimeng ke tempat lain. Tapi, budak tu masih berada di situ. Takkan nak biar kan? Dahlah budak lagi. Haih. Manalah mama dengan papa dia.

"Jihyun! Buat apa kat situ?"

Suara seseorang itu membuatkan Jimeng dan Jenguk pantas menoleh. Jimeng bungkam. Manakala Jenguk hanya melambaikan tangannya ke arah seseorang itu.

"Hyun... Hyunji...?"




TBC🍩

Anyeong haseyo!! Hahahha Jimeng and Jenguk are back! Happy ke idakk??😂😂 Special chap ni tk byk pun. Maybe 4-5 chap je. Apa2 pun, vote and comment!😄

☆ミ Donutland ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Where stories live. Discover now