Sedar

2.5K 113 11
                                    

Crystalia memandang Taruka yang tidak sedarkan diri. Dia tersenyum manis kepada Taruka dan membisikkan sesuatu di telinga Taruka.

"Terima kasih sebab sembuhkan saya. Dan cepatlah sedar." Bisik Crystalia dengan lembut.

Crystalia tahu walaupun Taruka tidak sedarkan diri, Taruka masih mampu mendengar kata2 yang dilontarkan.

Crystalia memandang Liam yang berada di sisi kiri Taruka. Liam memandang Crystalia yang datang ke arahnya.

"Liam. Awak bisikkanlah sesuatu yang bersemangat kepada Taruka. Saya yakin Taruka pasti cepat sedar." Ujar Crystalia dengan baik.

Liam mengangguk dan tersenyum manis.

"Terima kasih Lia. Saya gembira awak sudah sihat sepenuhnya walaupun awak sudah berubah. Dan awak tetap cantik seperti selalu." Ujar Liam dengan senyuman.

Crystalia ketawa kecil dan mengangguk. Kalau readers nak tahu, memang betul apa yang dikatakan oleh Liam.

Crystalia sudah berubah. Walaupun sudah sembuh, diri Crystalia belum berubah. Rambutnya tetap warns putih dan matanya berwarna Oren.

Walaupun begitu, ianya masih sangat cantik. Malahan semakin cantik.

 Malahan semakin cantik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

    (Crystalia a.k.a @qizza_chan)

"Saya akan anggap itu satu pujian." Ujar Crystalia dengan baik.

"Itu memang pujian Lia." Balas Liam dengan ikhlas.

Crystalia mengangguk faham dan mula meminta diri untuk keluar. Setelah diizinkan, barulah Crystalia keluar.

Sepanjang Crystalia berjalan menuju ke arah biliknya, seseorang telah memanggilnya.

"Rys."

"Yukino?"

---

Dan di sinilah Crystalia dan Yukino berada.

Taman belakang istana.

Mereka berdua masih diam kerana belum tahu apa yang hendak dibualkan.

Mereka berdua segan. Mana tak segannya, Cuba bayangkan kalau readers yang kena macam ni.

Apa yang nak dibualkan?

Tanya khabar?

Memang tidak la. Macam mana nak tanya kalau mereka berdua sangat malu. Kali terakhir mereka jumpa sewaktu majlis hari lahir Crystalia.

Lama kan mereka tidak berdua muka.

"Hey--"

Crystalia mahupun Yukino terdiam sekali lagi apabila mereka memanggil secara serentak.

"Awak--"

Dan sekali lagi mereka bercakap serentak. Mereka berdua saling berpandangan dan mula ketawa kecil.

"Awak cakap dulu." Ujar Crystalia dengan senyuman.

Yukino mengangguk dan tersenyum. Sebelum dia bercakap, dia meminum air yang telah disediakan oleh para dayang untuk mereka.

"Saya nak minta maaf sebab tidak dengan penjelasan awak dulu. Saya terus larikan diri selepas tahu awak adalah seorang puteri. Dan saya nak minta maaf juga sebab jadikan awak sebagai bodyguard." Jelas Yukino dengan ikhas.

Crystalia tersenyum dan menggeleng kepalanya.

"Awak tidak perli minta maaf. Ianya salah saya juga. Saya buat macam tu ada sebabnya." Ujar Crystalia dengan senyuman manis Yang membuatkan Yukino lebih cintakan dirinya.

'Jangan buat saya jatuh cinta dekat awak lebih dalam lagi Rys. Nanti saya tidak sanggup lepaskan awak dengan jodoh awak.' Bisik hati Yukino dengan sedih.

Crystalia yang perasan raut wajah Yukino berubah terus bertanya.

"Kenapa Yukino? Ada masalah apa?"

Yukino memandang Crystalia dengan gelengan sambil tersenyum.

"Tak adalah. Saya hanya memikirkan pasal Adam. Pasti dia rindukan awak." Ujar Yukino.

Yukino cuba alihkan perhatian Crystalia dan nampaknya berjaya.

"Adam? Saya sudah lama tidak jumpa dengannya. Agaknya bagaimana keadaan Adam?" Soal Crystalia dengan penuh keiginan.

Yukino tersenyum.

"Saya yakin yang Adam sihat. Sebelum saya datang di sini untuk cari awak, dia sempat mengamuk." Jelas Yukino dengan bersungguh-sungguh untuk meyakinkan Crystalia.

Crystalia tersenyum mendengarnya.

"Adam tak marahkan saya ke?" Soal Crystalia lagi.

"Macam mana dia nak marah. Awak adalah bakal kakak ipar dia."

Setelah Yukino menyebut perkataan 'kakak ipar', terus sahaja membuatkan Crystalia berasa malu. Well, mana tak malunya kalau jodoh depan mata.

"Oh ya, bercakap mengenai kakak ipar kan, Adam ada cakap baru2 ni yang awak sudah ada jodoh. Betul ke?" Soal Yukino sambil memandang Crystalia yang sangat cantik di hadapannya walaupun Crystalia sudah berubah.

Berubah terus wajah Crystalia apabila Yukino berkata seperti itu.

'Adam ada bagitau Yukino yang sebenarnya ke?' Bisik hatinya.

"Jadi boleh awak bagitau siapa jodoh awak tak? Mana tahu saya boleh kenal?" Sambung Yukino dengan nada yang sulit diertikan.

Crystalia tersenyum manis.

'Agaknya apa riaksi Yukino kalau aku bagitau dia adalah jodoh aku?' Soal hatinya dengan gementar.

Tetapi malangnya Crystalia tidak sempat menjawab kerana Tazuko memanggil mereka.

"Lia! Yukino!"

Panggilan Tazuko membuatkan mereka berpaling.

"Ada masalah ke Tazuko?" Soal Yukino.

Crystalia mengeryit apabila mendengar suara Yukino agak lain dari biasanya.

Macam marah pun ada. Mungkin menganggu percakapan mereka.

"Tak ada masalah pun tapi aku cuma nak cakap yang Taruka sudah sedarkan diri." Jawabnya dengan gembira.

Crystalia tersenyum mendengar kata2 yang dikeluarkan oleh Tazuko.

"Kalau begitu, mari kita melawatnya."

---

Apabila sampai di hadapannya bilik yang diduduki oleh Taruka, mata Crystalia ditutup oleh Yukino.

"Yukino? Kenapa awak tutup mata saya?" Soal Crystalia dengan pelik.

Yukino hanya bergumam 'tidak apa2'. Dia tidak akan beritahu hal yang sebenarnya kepada Crystalia. Kalau para readers nak tahu, Yukino dan Tazuko ternampak Liam dan Taruka tengah berciuman.

Sebab itulah Yukino menutup mata suci milik Crystalia.

"Kalau ya pun, tengok la sekeliling." Tegur Tazuko dengan malas.

Terus ciuman Liam dan Taruka terputus. Mereka memandang Tazuko dengan malu kerana terlepas. Maklumlah mereka saling merindui.

"Sorry."

Setelah Liam meminta maaf barulah Yukino melepaskan tangannya pada mata Crystalia.

"Taruka! Baguslah awak sudah sedar!"

Dan setelah itu Crystalia dan Taruka saling berbual tentang hal perempuan dan meninggalkan ketiga-tiga jejaka itu memandang mereka dengan malas.

'Bogyguard' for PrincesWhere stories live. Discover now