Marah

1.2K 95 16
                                    

Yukino terlampau senang kerana Crystalia sudah bersamanya sepanjang masa tanpa sedar tentang Tashima sampailah Tazuko sendiri yang datang kepadanya.

"Jangan senang dulu, Yukino." Tegur Tazuko dengan risau.

Yukino memandang pelik ke arah Tazuko.

"Jangan senang? Macam mana aku tak senang kalau Rys sudah ada di sisi aku." Ujar Yukino dengan gembira.

Tazuko menggeleng kepalanya.

"Kau dah lupa tentang Tashima ke? Aku tengok kau tak sedar tentang bahaya mendatang nanti kalau kau tak bawa Lia lari secepatnya." Balas Tazuko.

Terus membuatkan Yukino terasa kaku. Dia marahkan dirinya sendiri kerana terlupa tentang Tashima.

Lagipun dia tidak tahu bila Tashima akan pulang.

"Habis tu, bila Tashima akan pulang?" Soal Yukino.

Tazuko terus senyap dan itu langsung membuatkan jantung Yukino terdegup kencang.

Bukan kerana cinta tetapi takut jika mereka dalam bahaya.

"Sama ada hari ini atau esok pagi." Jawab Tazuko dengan perlahan tetapi masih mampu Yukino mendengarnya.

"Apa?"

---

Kazuto tersenyum melihat Crystalia bermain dengan GG, burung hantunya itu.

"GG makin sihat. Baguslah kalau begini." Ujar Crystalia dengan gembira.

Kazuto tersenyum dan mengangguk setuju dengan kata2 dari Crystalia.

"Dia sihat macam ni setelah kau sembuhkan dia dulu. Aku rasa GG ingin berterima kasih dekat kau."

Ujar Kazuto setelah nampak GG seperti ingin bermanja dengan Crystalia.

Crystalia ketawa kecil dan mula bermain dengan GG dan dijaga oleh Kazuto. Bukan apa, bimbang Crystalia terluka nanti disebabkan kuku GG yang sangat tajam itu.

Tapi dia percayakan GG yang tidak akan membuat Crystalia terluka.

Kalau readers nak tahu, GG adalah burung yang sangat cerdik. Dia tahu menghargai dan melindungi orang yang menyembuhkan dia.

---

Tashima tersenyum apabila semua urusannya sudah selesai. Nampaknya dia sudah boleh melihat keadaan Crystalia.

Tashima sudah mendengar bahawa Crystalia sudah sedar sepenuhnya. Sebab itulah Tashima membuat urusannya cepat selesai.

Kalau diikutkan urusannya lambat selesai. Dan sebenarnya dia balik minggu depan. Tetapi disebabkan urusannya selesai, dia sudah boleh balik.

"Pasti Lia rindukan aku." Gumam Tashima dengan gembira.

Perasan.

Padahal Crystalia langsung tidak memikirkannya.

"Tunggu aku Lia. Aku akan bawa kau ke sini dan jadi kan kau isteri aku."

Tanpa membuang masa lagi, Tashima terus keluar dari ruang peribadinya untuk ke Kerajaan Sunflower.

---

Crystalia termenung memikirkan perkataan Yukino. Dia memandang Yukino yang ada di hadapannya.

"Mama dan papa bagi ke saya ikut awak ke Kerajaan Dandelion?" Soal Crystalia dengan penuh ingin tahu.

Yukino tersenyum dan mengangguk. Crystalia memikirkannya semula.

Akhirnya Crystalia mengangguk setuju. Lagipun dia sudah rindukan Adam. Sudah lama dia tidak melihat Adam.

'Bogyguard' for PrincesWhere stories live. Discover now