Yukino tersenyum melihat Adam yang sedang berlatih kuasa dengan Crystalia. Sebenarnya seketika tadi, dia memang kagum dengan kuasa yang dimiliki oleh Crystalia.
Kecantikan,keberanian dan kelembutan dari Crystalia membuatkan Yukino semakin jatuh cinta kepadanya.
Yukino sempat berfikir, apa riaksi Crystalia jika fia melamar Crystalia? Adakah Crystalia akan menolak dan menjauhinya nanti? Memikirkannya membuatkan Yukino menjadi takut. Dia tidak mahu kehilangan Crystalia.
Yukino mula memandang ke belakang apabila bahunya ditepuk.
"Ryouta?" Soal Yukino dengan pelik.
Bukan apa, setahunya, Ryouta tiada sejak dari pagi tadi kerana pergi ke Kerajaan Daisy.
"Cepatnya kau balik? Bukan ke kau balik esok?" Soal Yukino.
Ryouta hanya menggeleng kepalanya dan tersenyum.
"Aku batalkan urusan tu. Sebab ada hal yang lagi penting dari tu." Jawabnya.
Kening kiri Yukino menaik.
"Hal penting? Apa?"
"Kau."
Jawapan Ryouta terus membuatkan Yukino ketawa terbahak bahak.
"Aku? Kau rindu aku ke sampai batalkan urusan kau?"
"Bukan. Tapi aku nak bercakap dengan kau benda yang melibatkan masa depan."
Ucapan Ryouta yang serius membuatkan Yukino terdiam dari tergelak. Yukino berasa tidak sedap hati sekarang ini.
---
Dan di sinilah mereka berdua sekarang, Ryouta mengajak Yukino pergi ke balkoni perpustakaan. Di situ adalah tempat peribadi Ryouta ketika ingin mengatakan hal yang serius.
Dan bukan semua orang boleh memasuki balkoni ini. Yukino tidak tahu ingin beriaksi seperti apa. Perlukah dia pelik ataupun gembira dengan ajakan Ryouta sekarang ini.
"Okay...kenapa kau bawa aku ke sini?"
Ryouta diam beberapa minit tanpa menjawab soalan dari Yukino. Yukino dapat merasa Ryouta seperti menahan marah.
"Kau kenapa? Aku ada buat salah ke?" Soal Yukino lantas meletakkan tangannya di atas bahu Ryouta.
Tapi sesaat Yukino meletakkan tangannya di bahu Ryouta, Yukino terkejut besar apabila Ryouta menepis tangannya dengan kasar.
'Ke manakah hilangnya ada aku yang pemalu?!!' Bisik hatinya dengan terkejut.
"Aku nak kau jauhkan diri kau dari Rys."
Perkataan dari Ryouta membuatkan Yukino lebih terkejut dari tadi.
"Apa? Kau gila ke?"
"Aku tak gila! Kalau kau nak tahu, aku lebih tahu yang Rys adalah seorang puteri! Dan kau rosakkan rancangan aku untuk mendekati Rys setelah aku nampak kau berpelukan semalam! Kau selalu ada dengan dia sampai aku tak ada peluang langsung!" Marah Ryouta dengan panjang lebar.
Yukino terdiam beberapa detik. Dia tidak menyangka adiknya yang pemalu akan bersikap semarah ini apabila berkait dengan wanita.
"Maaf Ryouta. Tapi aku tak boleh. Kita semua jatuh cinta dengan Rys secara serentak. Jadi, kita bersaing secara adil. Siapa yang dipilih oleh Rys, dialah yang berhak." Tegas Yukino.
"Tapi masalahnya kau rosakkan rancangan aku,Yukino! Macam mana Rys nak pandang aku kalau kau selalu ada? Cubalah kau jauhi dia!"
Yukino mengangkat keningnya.
YOU ARE READING
'Bogyguard' for Princes
FantasySambungan dari Account lama. Sesiapa yang belum lihat bolehlah check di @Jsr_maira sebelum membaca sambungannya. Mengisahkan seorang puteri Yang menjadi bodyguard kepada tujuh putera. ATTENTION!!! DONT COPY MY STORY WITHOUT PERMISSION!!! (*Buku ini...