Tashima memandang Tazuko yang asyik berbual dengan (your name) sampai tidak melayan Tashima yang ada di hadapannya.
Tetapi Tashima tidak kisah kerana fikirannya mengalir ke arah yang lain. Oh ya, kalau pasal (your name), Tazuko telah mengenalkan pada Tashima dan keluarganya termasuk Crystalia sehari sebelum perkahwinan Crystalia dan Yukino.
Well, mereka sangat menyetujui pilihan Tazuko kerana (your name) adalah teman sepermainan Crystalia semasa kecil dahulu. Jadi, Crystalia kenal dengan baik (your name).
(your name) yang perasan Tashima melamun ke arah lain terus mencubit Tazuko dan memberi isyarat kepadanya.
Tazuko mengalihkan perhatian kepada abangnya yang sedang melamun entah ke mana.
"Kau fikir apa, Tashima? Ada tak kena ke?" Soal Tazuko dengan pelik.
Tashima hanya menggeleng. Sesekali dahinya berkerut. Sah sangat Tashima sedang berfikir sesuatu.
Tiba2 sahaja Tashima bangun dan berjaya membuat mereka berdua terkejut.
"Kau jaga istana sekejap. Aku perlu pergi ke Kerajaan Dandelion untuk berjumpa dengan Crystalia. Malam nanti aku balik."
Setelah Tashima bercakap seperti itu, dia terus berlalu pergi meninggalkan Tazuko dan (your name) di ruangan diraja.
"Hei! Kau nak buat apa pergi ke sana?!" Jerit Tazuko dengan kuat.
Tetapi malangnya Tashima hanya mengabaikan pertanyaan Tazuko dan terus menghilang di sebalik pintu.
Tazuko berdecik apabila pertanyaannya tidak dilayan. Manakala (your name) ketawa kecil melihat telatah Tazuko.
Tazuko memandang (your name) dengan pandangan yang sulit diertikan. (your name) pelik dengan pandangan Tazuko.
"Kenapa?"
"Saya nak minta maaf dulu pada awak, saya tahu yang awak tak suka para dayang ada berdekatan dengan awak, tapi saya..."
Tazuko menjadi ragu untuk bercakap dengan (your name), dia bimbang kalau2 (your name) akan memarahinya nanti.
"Awak apa Tazuko? Cakaplah. Jangan buat saya tertanya-tanya." Paksa (your name).
Tazuko mula menepuk tangannya dua kali dan terlihat seseorang datang ke arah mereka. (your name) memandang perempuan tersebut dan tunangannya bersilih ganti.
"Siapa dia?"
"Saya telah bayar dia untuk jadikan dayang peribadi awak, sayang. Maaf kalau saya tidak bincang dengan awak dulu. Tapi saya taknak awak bosan bila saya ada urusan dengan Tashima. Tolong la terima." Lirih Tazuko dengan membuat muka sedih.
(your name) memang tidak suka dengan cara Tazuko. Dia betul2 marah dengan Tazuko tetapi bila difikirkan semula, dia tahu yang Tazuko ingin yang terbaik untuknya.
(your name) menghela nafasnya dengan kesal.
"Hm..baiklah. Tapi kali ini sahaja." Jawab (your name) dengan sedikit tenang.
Tazuko mengangguk dan mula meminta diri kerana ada urusan yang ditinggalkan oleh Tashima kepadanya.
(your name) memandang dayang peribadinya.
"Siapa nama awak?"
"Saffya,tuan puteri."
(your name) mengangguk faham. Dan dia terus bertanya soalan ringkas sekadar mengenal pembantu peribadinya.
YOU ARE READING
'Bogyguard' for Princes
FantasySambungan dari Account lama. Sesiapa yang belum lihat bolehlah check di @Jsr_maira sebelum membaca sambungannya. Mengisahkan seorang puteri Yang menjadi bodyguard kepada tujuh putera. ATTENTION!!! DONT COPY MY STORY WITHOUT PERMISSION!!! (*Buku ini...