Masih ingat tentang perangai dan gelagat Crystalia dahulu?
Dahulu, Crystalia melarikan diri ke Kerajaan Daisy sekadar tidak mahu berkahwin dengan Tashima. Setelah itu, dia memasuki alam pekerjaan untuk melindungi para putera Kerajaan Dandelion.
Sampai akhirnya, dia ternampak jodohnya sendiri di Kerajaan Daisy. Sungguh, Crystalia langsung tidak merancang menjadi seperti itu.
Lain yang dirancang, lain yang terjadi. Walau apapun, Crystalia sangat bahagia sekarang. Dia telah berjumpa dengan jodohnya sendiri a.k.a Yukino.
Bagi Crystalia, Yukino sangat tegas dalam pemerintahan, tetapi sangat lembut dengannya dan ahli keluarga. Kalau readers nak tahu, Yukino telah menjadi Raja sejak seminggu yang lalu.
Dan pemerintahan Yukino atau sekarang dipanggil Raja Yukino sangat baik dan jujur. Semua rakyat Kerajaan Dandelion mahupun kerajaan2 yang lain turut berbangga dengan Yukino.
Yang paling bangga semestinya orang di sisi Yukino sekarang iaitu tidak lain dan tidak bukan adalah Crystalia. Sejujurnya, Crystalia tidak mahu mengikuti Yukino sepanjang hari, tetapi Yukino memerintah dirinya.
Crystalia tahu bahawa Yukino cemburu melihatnya dengan adik beradiknya yang lain. Sebelum ini perangai Yukino tidak seperti ini, tetapi semenjak adik beradiknya selalu menyakat Crystalia sampai Crystalia sentiasa ketawa dan malu, itulah yang langsung membuatkan Yukino geram.
Bagi Yukino, hanya dia yang boleh menyakat Crystalia sebegitu. Sungguh posesif terhadap Crystalia. Mujurlah jodoh sendiri, kalau tak memang tak dilayan oleh Crystalia.
"Perkahwinan kita akan berlangsung tiga hari lagi."
Mendengar kata2 yang dikeluarkan oleh Yukino terus membuatkan Crystalia tersedak air yang tengah diminumnya.
"Apa? Kenapa tiba2 ni? Bukankah satu bulan lagi?" Soal Crystalia dengan pelik.
Yukino memandang Crystalia lantas memeluknya.
"Saya kena 'ikat' awak secepatnya supaya semua orang tahu yang awak hanya 'milik' saya." Ujarnya dengan serius.
Crystalia tersenyum kecil dan membalas pelukan Yukino dengan erat. Crystalia tidak kisah tentang bila perkahwinan mereka, dia hanya terkejut kerana perkahwinan tiba2 sahaja dipercepatkan.
Itu sahaja.
"Saya tak suka bila semua pandang awak macam awak adalah milik mereka. Pandangan gatal mereka membuatkan saya rasa nak bunuh mereka je. Sakit hati saya." Gumam Yukino dengan perlahan tetapi tetap didengari oleh Crystalia.
Crystalia melepaskan pelukannya dan memengang kedua dua pipi Yukino. Mereka mula saling bertentang mata.
"Awak adalah jodoh saya. Ingat Yukino, kalaupun mereka ingin memisahkan kita, semua itu tidak akan terjadi. Takdir tidak akan berubah. Pada akhirnya, saya akan jadi milik awak juga." Balas Crsystalia dengan senyuman manis.
Yukino turut tersenyum dan kembali memeluk Crystalia dengan erat.
"Terima kasih Rys. Saya betul2 cintakan awak."
---
"Hai."
Teguran dari Tazuko membuatkan (your name) memandang ke belakang. (your name) tersenyum kepada Tazuko dan menyambung menyiram sayurannya yang tergendala.
Tazuko yang perasan kesibukan (your name) terus mengeluh berat. Nampaknya dia datang pada waktu yang salah.
Dengan pantas, Tazuko memandang sekelilingnya. Mata Tazuko terpandang sayuran berdekatan dengannya. Terus sahaja Tazuko mendapat idea untuk membuatkan (your name) memberi perhatian kepadanya.
YOU ARE READING
'Bogyguard' for Princes
FantasySambungan dari Account lama. Sesiapa yang belum lihat bolehlah check di @Jsr_maira sebelum membaca sambungannya. Mengisahkan seorang puteri Yang menjadi bodyguard kepada tujuh putera. ATTENTION!!! DONT COPY MY STORY WITHOUT PERMISSION!!! (*Buku ini...