Crystalia tersenyum melihat baju pengantinnya. Sangat cantik dan sepadan dengan dirinya. Memikirkan majlisnya malam ini membuatkannya berasa gementar hebat.
Sungguh dirinya tidak rancang untuk menjadi seorang permaisuri Kerajaan Dandelion. Tetapi itulah namanya takdir.
Kalau readers tanya siapa yang akan menggantikan tahkta Kerajaan Sunflower, jawapannya adalah Crystalia. Walaupun Crystalia menjadi Permaisuri di Kerajaan Dandelion tetapi dia juga adalah Ratu di Kerajaan Sunflower.
Kalau ada yang bertanya kenapa tidak memberikan takhta kepada Tazuko, jawapannya adalah Tazuko hanya anak angkat Raja dan Permaisuri. Bukan anak kandung.
Jadi, mahu tidak mahu Crystalia yang akan menaiki takhta nanti. Bagi Crystalia pula, dia akan memberikan takhtanya di Kerajaan Sunflower kepada anaknya nanti.
Lamunan Crystalia terhenti apabila terdengar jeritan dari luar bilik gantinya. Dahi Crystalia berkerut apabila terdengar suara Liam dan Yukino berlawan cakap.
"Biarkan aku masuk, Liam! Aku nak jumpa dengan bakal isteri aku!"
"Tak bolehlah! Kau tak dibenarkan untuk tengok isteri kau. Kau hanya boleh tengok apabila majlis nanti! Keluarlah!!"
Crystalia menggeleng kepalanya mendengar kata2 dari Liam mahupun Yukino. Memnag benar, mengikut adab Kerajaan Sunflower, pasangan mereka tidak boleh melihat pasangan yang lain sehari sebelum majlis bermula.
Itu kerana mereka ingin membuat pasangan perempuan cantik dan berseri semasa majlis nanti. Dan ya, sejujurnya Crystalia juga berasa rindu dengan Yukino.
"Sayang.."
Crystalia memandang Yukino dengan terkejut.
"Yukino? Macam mana awak boleh masuk?"
Soalan Crystalia hanya dibalas muka bangga oleh Yukino. Entah kenapa Crystalia berasa menyesal bertanya.
"Ini bakal suami awak la. Berani betul mereka halang saya untuk tengok awak." Sungut Yukino dengan kesal.
Crystalia menepuk dahinya dan tersenyum lucu dengan tingkah Yukino.
"Awak kan tahu adab kami bukan seperti orang lain. Memang la tak boleh jumpa." Balas Crystalia dengan senyuman.
Yukino menghembus nafasnya dengan berat.
"Tapi saya nak jadi yang pertama untuk lihat awak memakai gaun cantik itu." Luah Yukino dengan manja.
Crystalia ketawa kecil dan mengangguk faham. Dia mula berdiri dan pergi ke sebuah bilik untuk menukar pakaiannya kepada gaun.
Yukino menunggu Crytalia dengan sabar. Jantungnya berdegup kencang semasa menunggu Crystalia. Ini bukan lagi majlis tetapi dia sudah berdebar sedemikian dah.
Entah macam mana majlis nanti. Terkencing agaknya.
"Yukino."
Panggilan lembut dari Crystalia membuatkan Yukino memandangnya. Dan Yukino menahan nafasnya melihat Crystalia.
YOU ARE READING
'Bogyguard' for Princes
FantasySambungan dari Account lama. Sesiapa yang belum lihat bolehlah check di @Jsr_maira sebelum membaca sambungannya. Mengisahkan seorang puteri Yang menjadi bodyguard kepada tujuh putera. ATTENTION!!! DONT COPY MY STORY WITHOUT PERMISSION!!! (*Buku ini...