Malu-malu kucing

1K 84 14
                                    

Crystalia tersenyum malu apabila semua terkaku. Kebetulan pula Raja dan Permaisuri turut melintas berdekatan dengannya juga terkaku.

Meja,kerusi,angin dan readers juga terkaku #plakk.

Disebabkan semua masih terkejut, lebih2 lagi Yukino, Crystalia terus berlalu menuju ke arah biliknya untuk berehat. Lagipun tak ada gunanya dia tunggu, mereka tidak bercakap sebab terkejut sangat nampaknya.

Setelah Crystalia tiada, Raja dan Permaisuri serta adik beradiknya memandang Yukino.

"Ka-kau--"

"A-aku..?"

---

Kazuto menggeleng kepalanya sambil menggosok kepala GG apabila memandang Yukino yang masih tersenyum manis.

Sebenarnya, setelah mereka terkejut, mereka telah mengambil keputusan bahawa Yukino yang paling berhak di atas Crystalia.

Jadi, mereka hanya pasrah sahaja sebab Yukino adalah jodohnya.

"Sudah2 la senyum tu. Kau tak gila lagi kan?" Soal Kazuto dengan pelik.

Dengan wajah yang tersenyum, Yukino menggeleng kepalanya. Kazuto menepuk dahinya melihat perangai Yukino yang terlebih gembira.

"Kazuto."

"Hm?"

"Macam mana aku nak cakap dengan Rys esok? Apa aku perlu melamar dia esok?" Soal Yukino dengan gelisah.

Kazuto tersenyum kecil.

"Apa kata kau terus je lamar Rys. Lagipun kau jodohnya, buat apa nak tunggu lagi." Balas Kazuto dan diangguk oleh Yukino.

Kazuto mula memikirkan sesuatu.

"Eh, tapi kau belum ada cincin kan?" Soal Kazuto.

Yukino memandang Kazuto sambil tersenyum sinis.

"Siapa kata?" Soal Yukino sambil membukakan laci di sebelahnya. Yukino mengambil satu bekas yang berbentuk love dan membukanya.

Kazuto terpesona melihat cincin tersebut.

"Woah..sejak bila kau tempah cincin ni?" Soal Kazuto dengan teruja.

"Sejak seminggu aku kenal Rys."

Perkataan Yukino membuatkan Kazuto kagum. Dia tidak menyangka bahawa Yukino sudah berfikir serius tentang ini sejak dari dulu lagi.

Yukino memang layak untuk Crystalia.

"Kau rasa apa riaksi dia nanti?"

"Aku yakin dia akan gembira."

---

Crystalia memandang surat di tangannya. Dia menggosok kepala burung helang yang diutuskan olehnya dari Kerajaan Sunflower.

Dia mula membuka surat tersebut dan membacanya.

Anakanda Lia sihat di sana? Ayahanda dan bonda sangat merindui Lia. Macam mana keadaan di sana? Ayahanda harap Lia baik2 sahaja di kerajaan orang.

Ayahanda tulis surat buat kamu bersebab. Kamu tahu kan yang tak lama lagi ada majlis meraikam perkahwinan kami, jadi ayahanda dan bonda berharap kamu datang di majlis kami.

Jangan risau pasal Tashima. Dia sudah berubah dan dia mahu berjumpa dengan Lia di majlis nanti.

Ingat Lia. Ayahanda dan bonda sangat sayangkan kamu. Kamu satu-satunya anak perempuan manja kami.

Sayang dari :
Ayahanda tercinta.

Crystalia tersenyum dan mula membalas surat tersebut. Sebenarnya dia tidak menyangka bahawa Raja yang menulis surat untuknya. Biasanya Permaisuri yang selalu menulis surat untuknya.

'Bogyguard' for PrincesWhere stories live. Discover now