Balas Budi 2

990 86 8
                                    

Pakcik Kyo mula menutup gerainya apabila senja sudah tiba. Sudah tiba masanya untuk pulang ke rumah usangnya.

Dia bersabar apabila gerainya sudah turut usang. Hampir nak runtuh dibuatnya. Maklumlah gerai kayu. Anai2 suka tempat berkayu.

Lagipun kayu dari gerainya bukannya mahal. Murah sahaja.

Pakcik Kyo bernafas lega apabila semuanya sudah selesai. Dia mula melangkah pergi dari gerainya untuk pulang. Sebelum pulang, Pakcik Kyo mahu mencari lauk untuk dimakan malam ini bersama dengan anak perempuannya iaitu Arako.

Kalau readers bertanya tentanb isteri pakcik Kyo. Isterinya sudah meninggal sewaktu Arako masih kecil.

Tanpa Pakcik Kyo sedar, Crystalia ada di gerai tersebut sejak dari tadi. Sebenarnya, setelah Crystalia nampak Pakcik Kyo pagi tadi, dia memutuskan untuk pulang dan datang kembali petang untuk melihay Pakcik Kyo.

Dia sangat menrindui Pakcik Kyo dan Arako yang sudah membantunya dahulu. Lagipun, niat di hati Crystalia adalah untuk membalas seluruh jasa Pakcik Kyo.

"Puteri Crystalia, kenapa ajak kami datang sini?" Soal salah satu pengawal istana yang ada.

Crystalia memandang mereka dengan senyuman.

"Nampak gerai usang ni?"

Semua pengawal istana mengangguk.

"Tolong baikinya menjadi baru dan kukuh untuk meniaga. Kalau boleh siapkan malam ini juga." Arah Crystalia dengan sedikit tegas.

Para pengawal itu sempat pelik tetapi tetap dibuat apa yang diarahkan. Barulah mereka faham kenapa Crystalia menyuruh mereka mengangkat kayu yang cantik dan mahal ke sini.

Crystalia tersenyum melihat para pengawal itu melakukan kerja mereka tanpa bantahan.
Baru sahaja Crystalia ingin pergi, salah satu pengawal menahannya.

"Tuan puteri nak pergi mana? Sekarang sudah malam. Mari saya hantar tuan puteri pulang ke istana." Ajaknya.

Crystalia menggeleng kepalanya tanda 'tidak mahu'.

"Awak jangan risau pasal saya. Saya tak pergi jauh pun dan saya takkan lama. Percayalah. Saya akan balik nanti." Ujar Crystalia dan terus meninggalkan mereka.

Para pengawal itu hanya mengangguk kaku. Mereka harap Crystalia tidak akan lama. Nanti tak pasal2 Yukino mengamuk dan memarahi mereka.

---

Pakcik Kyo membuka kasut kerjanya dan membuka pintu rumahnya.

"Ayah dah balik."

Arako tersenyum dan menyambut Pakcik Kyo dan mengambil buahan dan lauk.

"Ayah mandi la dulu, Arako nak siapkan nasi sekejap." Ujar Arako dengan baik.

Pakcik Kyo mengangguk faham dan meninggalkan Arako di ruang tamu.

Beberapa minit kemudian..

Mereka makan dengan suasana yang sunyi. Pakcik Kyo memandang Arako yang nampak berfikir.

"Kenapa Arako? Fikir pasal Khara lagi?" Soal Pakcik Kyo dengan sedih.

Pakcik Kyo memang sangat sedih melihat keadaan puterinya yang dulunya ceria dan sekarang diam semenjak mendapat tahu berita tentang kewujudan asli puteri tunggal dari Kerajaan Sunflower.

"Bukan Khara ayah tapi Tuan Puteri Crystalia." Jawab Arako dengan keluhan.

Sebenarnya, Arako masih tidak percaya yang datang ke rumahnya dahulu adalah seorang puteri yang disegani. Tak hairanlah kalau wajahnya sangat bersih seperti dirawat dan sangat cantik.

'Bogyguard' for PrincesWhere stories live. Discover now