Majlis dan Kemaafan

1K 77 12
                                    

Semua kerabat diraja berada di  dewan Kerajaan Sunflower. Walaupun ini adalah kedua kali mereka datang tetapi mereka masih memuji kecantikan bunga yang ada.

Untuk pengetahuan readers, bukan senang kerabat diraja untuk datang ke Kerajaan Sunflower, itu disebabkan gerbang istana Kerajaan Sunflower dikawal ketat.

Untuk datang ke sini memerlukan persetujuan dan cop diraja yang membenarkan mereka untuk masuk. Jika tidak, para pengawal istana akan menolak mereka mentah2 untuk masuk.

Raja mahupun Permaisuri tersenyum manis apabila semua memberi tumpuan penuh kepada mereka berdua, eh silap! Bukan hanya mereka tetapi juga untuk Tashima dan Tazuko.

Lagipun, mereka juga anak angkat dari Raja dan Permaisuri, jadi tidak salah jika Tashima dan Tazuko berada di sebelah mereka.

"Terima kasih kerana hadir ke majlis beta dan isteri beta. Beta sangat hargainya. Dan untuk satu-satunya puteri beta, beliau akan sampai sebentar lagi bersama dengan kerabat diraja Kerajaan Dandelion. Jadi, silalah menjamu selera dahulu." Titah Raja dengan senyuman.

Semua kerabat diraja mengangguk. Mereka menyambung berbual, menjamu selera dan ada juga yang menari.

Raja dan Permaisuri memandang Tashima dan Tazuko. Lebih tepatnya Tazuko.

"Kenapa Tazuko senyum sebegitu?" Soal Permaisuri dengan pelik.

Tashima menepuk dahinya kerana Tazuko masih tersenyum malu.

"Bonda. Tazuko sedang jatuh cinta." Jujur Tazuko dengan malu.

Permaisuri tersenyum gembira manakala Raja dan Tashima memandang pelik kepada Tazuko. Rasanya, Raja dahulu, dia tidak seperti Tazuko yang terlebih sangat riaksinya.

Oh, dan Tashima dan Tazuko memanggil Raja serta Permaisuri dengan sebutan bonda, ayahanda sama seperti panggilan arwah ibu bapa mereka dahulu.

"Siapa perempuan bertuah tu?" Soal Raja dengan ingin tahu.

"Namanya (your name) ayahanda,bonda. Tashima tidak tahu macam mana rupa dia tapi nampaknya Tazuko masih sedang berusaha untuk dapat hati (your name)."

Itu bukan Tazuko yang bercakap tetapi Tashima. Tazuko tersenyum canggung. Ya, tempoh seminggu belum habis lagi, jadi Tazuko masih ada masa untuk mengambil hati (your name).

"Semoga kamu berjaya ya. Nanti tunjukkan dekat kami."

"Baiklah bonda, ayahanda." Ujar Tazuko dengan anggukan.

Tanpa membuang masa, Tazuko terus meninggalkan mereka bertiga untuk makan. Sebenarnya, Tazuko sudah lapar sejak dari tadi lagi. Sudah sampai masanya untuk dia makan.

"Tengok la Tazuko tu, makan pun gelojoh. Ni kalau (your name), memang dimarahnya." Gumam Tashima dengan gelengan.

Permaisuri ketawa kecil dan mengangguk.

"Dia lapar sangat tu." Balas Raja dengan senyuman.

Tak lama setelah itu, suara pengawal istana bergema di dalam dewan.

"DIPERSILAKAN KERABAT DIRAJA DANDELION DAN TUAN PUTERI CRYSTALIA MEMASUKI DEWAN."

Semua memandang ke arah mereka. Semuanya memuji kerabat diraja Dandelion berserta dengan Crystalia yang sangat menawan itu.

Raja dan Permisuri terus meluru ke arah Crystalia dan memeluk erat anak tunggalnya itu. Crystalia tersenyum manis dan membalas pelukan dari keluarganya.

Semua yang ada di situ tidak melepaskan peluang untuk melihat kejadian bahagia sebuah keluarga itu.

"Lia rindu mama dan papa." Luah Crystalia dengan gembira.

'Bogyguard' for PrincesWhere stories live. Discover now