Jatuh Cinta

1K 75 8
                                    

Yukino terus memengang tangan Crystalia dengan gelengan lambat. Dia menunduk untuk menyembunyikan tangisannya walaupun tangisannya masih terdengar oleh Crystalia.

Dia betul2 tidak sanggup dengan tolakan Crystalia. Dia sempat berfikir, kenapa Crystalia menolak dirinya yang terus terang jodohnya sendiri.

Adakah Crystalia sudah tawar hati kepadanya? Adakah Crystalia sudah mencintai seseorang yang lebih baik? Dan siapa dia?

"Tolong..tolong jangan Rys.."

Lirihan dari Yukino membuatkan Crystalia menggaru kepalanya dengan pelik.

"Kenapa Putera Yukino?"

"Jangan..jangan lepaskannya.." lirihnya lagi sambil menggenggam tangan Crystalia dengan lebih erat.

Dahi Crystalia berkerut.

'Kenapa dia sedih? Aku kan hanya- tunggu..jangan cakap yang dia--'

"Awak ingat saya tolak awak ke?" Soalan dari Crystalia membuatkan Yukino bingung tetapi tetap diangguknya.

Kan terus terang Crystalia ingin mencabut cincin yang dipakaikannya di jari Crystalia. Siapapun akan fikir begitu jika nampak.

Mendengar kata2 dari Yukino terus membuatkan Crystalia ketawa terbahak bahak. Yukino menjadi lebih bingung apabila Crystalia ketawa.

Adakah kata2nya lawak? Rasanya tidak.

Bukan sahaja Yukino yang bingung, malahan keluarganya juga begitu. Mereka pelik apabila Crystalia ketawa.

Adakah Crystalia sedang main2 dengan Yukino? Itulah yang difikirkan oleh mereka.

"Saya rasa awak salah faham, tuan putera Yukino yang terhormat. Saya takkan menolak jodoh saya sendiri." Balas Crsystalia dengan senyuman.

"Habis tu, tadi awak--"

"Saya hanya nak betulkan permata di cincin ini. Tengok ni, awak letak cincin terbalik tahu tak?" Tegur Crystalia dengan ketawa kecil.

Yukino memandang cincin dan barulah dia perasan bahawa permata yang berbentuk love terbalik. Dengan pantas, Yukino mencabut semula cincin itu dan memakaikannya dengan betul.

Setelah itu, Yukino menutup mukanya dengan sebelah tangannya kerana malu. Nampaknya dia terlalu takut akan kehilangan Crystalia.

Mana mahu ditaruh wajahnya ini? Langsunh tidak bergaya di depan jodohnya sendiri. Bila diingatkan semula, Yukino berasa ingin tenggelamkan dirinya ke dalam kolam di belakang istana milik keluarganya itu.

"Ja-jadi awak terima saya?"

Crystalia ketawa kecil seketika dan terus mengangguk sambil tersenyum malu. Dan detik itu juga Yukino melompat kerana gembira.

"RYS DAH TERIMA AKU!!" Jeritnya kepada adik beradiknya.

Adik beradiknya tersenyum gembira melihat Yukino berbahagia. Raja dan Permaisuri ketawa melihat Yukino yang begitu bersemangat.

Adam pula berlari ke arah Yukino dan Crystalia. Adam memeluk mereka berdua dengan erat. Apabila dilihat dari jauh, mereka sudah terlihat seperti keluarga kecil.

Dan dari kejauhan, terlihat dua susutubuh yang sangat dikenali memerhatikan mereka semua.

"Baguslah mereka sudah bahagia, kan Kosuke?"

"Ya."

"Kau menangis ke?!"

"Ma-mana ada la."

---

*Chapter di bawah adalah dibuat khas untuk readers sis yang disayangi. Enjoy!*

Tazuko memandang pasar Kerajaan Sunflower di sekelilingnya. Memang dia sudah agak lama tinggal di Kerajaan Sunflower, tetapi dia tiada masa untuk bersiar-siar di sini.

'Bogyguard' for PrincesWhere stories live. Discover now