Keesokannya, Crystalia terbangun dari tidurnya. Crystalia mula melakukan runting hariannya seperti biasa.
Sewaktu Crystalia ingin membuka pintu untuk keluar, hampir menjerit dia dibuatnya. Bukan apa, Adam tengah berdiri di hadapannya seperti patung sambil tersenyum.
Kebetulan Kozuto melalui di bilik Crystalia, dia ketawa kecil melihat Adam yang bersemangat.
"Adam, kenapa berdiri dekat situ? Pergilah makan dulu." Ujar Kozuto dengan baik.
Adam menggeleng kepalanya dan mula memengang tangan Crystalia.
"Kak Rys, Jom kita makan roti dekat luar. Boleh kita jalan2 juga." Ajak Adam dengan manja.
Crystalia tersenyum sambil menggosok rambut Adam dengan lembut. Crystalia memandang Kozuto yang turut memandang ke arahnya.
"Putera, boleh tak saya keluar dengan Adam?" Soal Crystalia dengan teragak agak.
Yelakan, takut juga kalau Kazuto tak bagi. Lagipun ini masih pagi. Betul2 pagi.
Kazuto ketawa kecil melihat gelagak Crystalia. Mana tak gelaknya kalau Crystalia nampak kaku. Biasalah, dia bukan lagi bodyguard, melainkan seorang puteri bagi mereka.
"Kau ni pun, jangan la sampai minta izin dengan aku. Kau tu seorang puteri, tahu tak? Lain lah kalau salah satu dari kami adalah suami awak." Usik Kazuto dengan nakal.
Merah wajah Crystalia dibuatnya. Crystalia tidak menyangka bahawa Kazuto akan berkata sebegitu. Sekarang ini dia betul2 malu tahap maksimum.
Dilihat Crystalia sebegitu membuatkan Kazuto tersenyum nakal. Dia tidak sangka sangat mudah untuk mencuit hati Crystalia.
Berjayakah dia mencuri sedikit perhatian Crystalia nanti?
Kita semua tidak tahu.
Adam yang mendengar keizinan dari Kazuto terus bersorak gembira tanpa mempedulikan mereka berdua.
"Terima kasih abang! Jom Kak Rys!" Jeritnya sambil menarik tangan Crystalia untuk keluar dari istana.
Para putera yang ada di ruang makan tidak sempat menahan Adam dan Crystalia kerana Adam terlaku laju.
"Adam nak bawa Rys ke mana tu?" Soal Shou dengan pelik.
"Kau jangan la risau. Adam ajak Rys jalan-jalan sambil makan dekat luar." Ujar Kazuto yang baru datang ke ruang tersebut dan diangguk oleh adik beradiknya yang lain.
---
"Sudah selesai ke?" Soal Permaisuri kepada para dayang yang ditugaskan untuk menghias dewan.
Para dayang mengangguk tanda 'sudah siap' dan membiarkan Permaisuri melihat sekeliling dewan itu. Permaisuri tersenyum puas dengan hasil kerja para dayangnya. Tak salah dia memberi kepercayaan kepada mereka.
"Bagus. Kalian boleh berehat sekarang."
Setelah Permaisuri berkata sebegitu, terus sahaja para dayang itu menunduk hormat dan mula meninggalkan dewan untuk berehat.
Kalau readers nak tahu, Permaisuri telah mengarahkan semua dayang yang ada untuk meraikan majlis perkahwinannya dengan Raja.
Permaisuri ingin majlis itu berjalan lancar dan sempurna seperti yang dirancang. Kalau boleh, Permaisuri ingin lebih sempurna. Tinggal beberapa hari lagi untuk majlis mereka.
Raja tersenyum melihat isterinya yang sangat bersungguh sungguh. Sedang Raja dan Permaisuri berbual, Tashima datang ke arah mereka.
"Tuanku, Permaisuri."
YOU ARE READING
'Bogyguard' for Princes
FantasySambungan dari Account lama. Sesiapa yang belum lihat bolehlah check di @Jsr_maira sebelum membaca sambungannya. Mengisahkan seorang puteri Yang menjadi bodyguard kepada tujuh putera. ATTENTION!!! DONT COPY MY STORY WITHOUT PERMISSION!!! (*Buku ini...