"Aku tak nak."
Jawapan Tashima membuatkan Crystalia memengang erat dengan Yukino. Crystalia tidak mahu Tashima. Dia hanya mahu kan jodohnya iaitu tidak lain tidak bukan ialah Yukino.
Dia yakin Yukino akan melindungi dirinya.
"Aku tak tahu la apa yang aku nak buat dengan kau! Kau memang keras kepala. Terus terang Rys tak suka kau, tapi tetap saja berkeras. Raja apa kau ni?!" Marah Yukino dengan geram.
Tashima baru sahaja ingin membalas tetapi suara Tazuko menghalangnya.
"Cukup Tashima."
Semua memandang Tazuko yang telah bersama dengan para putera dari Kerajaan Dandelion dan Kerajaan Daisy.
"Ada apa lagi,Tazuko? Kau pun nak halang aku? Untuk pengetahuan kau, aku tetap dengan keputusan aku! Raja sendiri tak boleh halang aku, ni pula kau!" Ujar Tashima dengan sinis.
Tazuko menggeleng kepalanya dengan sikap Tashima.
"Sombong sekali kau,Tashima. Sebab kesombongan kau tu la aku tak suka bila kau nak kahwin dengan Lia. Dia cukup baik daripada dapat orang macam kau yang bongkak!" Marah Tazuko.
"Kau adik aku! Dan aku adalah abang kau! Kau sepatutnya sokong aku,Tazuko!" Marah Tashima dengan kuat.
Tazuko mendengus geram.
"Macam mana aku nak sokong kau kalau perangai kau macam tu! Untuk pengetahuan kau, selama ini hanyalah lakonan semata-mata. Dan akulah yang tolong Lia larikan diri supaya dia bebas." Ujar Tazuko dengan lega.
Sudah lama Tazuko ingin berkata sebegitu, akhirnya dapat juga dia luahkan.
Manakala Tashima terkejut mendengar kata2 dari adiknya sendiri.
"Oh, jadi selama ini kau la dalang di sebalik semua ni terjadi! Kau gagalkan semuanya, Tazuko! Kau memang tak guna! Kau memang tak takut mati ke apa?!" Jerit Tashima.
"Ya! Aku memang tak takut dengan segala hukuman remeh kau tu! Aku bebaskan Lia sebab kasihan. Kau terlalu pentingkan diri sampai sanggup lukakan hati orang lain." Ujar Tazuko dengan sedih.
Yang lain terdiam melihat pergaduhan antara adik beradik tersebut.
"Kau-"
"Apa?! Aku tak tahu la macam mana riaksi arwah ayahanda dan bonda melihat perangai kau macam ni. Mesti mereka sangat malu." Ujar Tazuko dengan gelengan dengan sikap Tashima.
Terus terdiam membisu Tashima dibuatnya apabila Tazuko berkata tentang keluarga.
Selama ini, apapun yang Tashima lakukan, Tazuko tidak pernah menyebut sebutan itu. Entah kenapa hari ini dan detik ini Tazuko berkata sebegitu.
Seteruk itukah perbuatannya pada Crystalia?
"Tazuko..."
"Cakap la apa yang kau nak cakap. Tapi kalau keputusan kau tetap begitu, aku juga tetap dengan keputusan aku. Lia perlu mencari kebahagiaan dia sendiri. Masih ramai lagi yang luar sana sukakan kau. Jangan nak ego banyak sangat." Tegur Tazuko lantas meninggalkan Tashima yang terdiam di tempatnya.
Yang lain turut meninggalkan Tashima di situ.
Sebaik sahaja semua telah tiada, Tashima terduduk di tempatnya sambil terisak.
Sejak Tazuko menyebut nama keluarga, sejak itulah air matanya bertakung. Dan saat ini dia sudah tidak sanggup untuk menahannya lagi.
Dia terlalu pentingkan diri sampai terlupa bahawa keluarganya sedang memerhatikannya.
YOU ARE READING
'Bogyguard' for Princes
FantasySambungan dari Account lama. Sesiapa yang belum lihat bolehlah check di @Jsr_maira sebelum membaca sambungannya. Mengisahkan seorang puteri Yang menjadi bodyguard kepada tujuh putera. ATTENTION!!! DONT COPY MY STORY WITHOUT PERMISSION!!! (*Buku ini...