Perjanjian?

1K 97 27
                                    

Tashima memandang ke arah tingkap biliknya. Kalau readers nak tahu, Tashima dan Tazuko masih ada di Kerajaan Sunflower. Mereka tidak pulang selagi majlis perkahwinan Raja dan Permaisuri Kerajaan Sunflower tidak selesai.

Itu kerana mereka menganggap Raja dan Permaisuri sebagai keluarga mereka kerana Raja dan Permaisuri sangat baik dan menjaga mereka sejak kecil.

Tanpa Tashima sedar, Raja datang melawatnya.

"Tashima."

Panggilan dari Raja membuatkan Tashima tersedar dan terus mengadap Raja. Tashima tersenyum kecil.

"Ya tuanku? Ada apa?" Soal Tashima dengan kaku.

Mana tak kakunya, Tashima sudah kehilangan Crystalia. Dan tidak mungkin Crystalia menjadi miliknya lagi.

"Maafkan beta,Tashima. Beta hanya ingin membahagiakan Lia. Dia satu-satunya anak beta. Beta tahu beta telah melanggar perjanjian kita dahulu tetapi semuanya bergantung kepada Lia juga." Luah Raja.

Ya,memang betul yang dikatakan oleh Raja. Sebenarnya, raja telah membuat perjanjian terhadap Tashima dengan mengahwinkan Crystalia dengan Tashima.

Itupun kerana dia berasa kasihan dengan Tashima kerana Tashima nampak seperti perlukan kasih sayang.

Dan dia tahu yang Tashima sangat cintakan Crystalia. Tapi Raja tidak menyangka Tashima sangat terobsesi dengan puterinya.

Tashima sekarang nampak seperti psycho.

Tashima terdiam kerana mengingati perjanjian mereka dahulu. Tashima kurang ingat tentang perjanjian tersebut tetapi dia tidak akan pernah lupa tentang peraturan yang ada di dalam Surat tersebut.

"Memang. Tapi adakah tuanku lupa tentang syarat yang telah ditetapkan? Ianya ada di bahagian bawah sekali." Soal Tashima dengan sedikit sinis.

Raja terkaku. Apabila Tashima berkata sebegitu, barulah dia mengingatnya. Raja memarahi dirinya sendiri kerana kebodohannya.

"Tuanku. Dalam syarat tersebut, saya boleh jatuhkan kedudukan tuanku dalam sekelip mata jika tuanku melanggar perjanjian kita." Luah Tashima dengan datar.

Raja terdiam. Dia betul2 tidak tahu apa yang ingin dikatakan.

"Tapi saya takkan buat begitu sebab saya tahu tuanku tidak salah. Jadi..."

Raja menunggu kata2 dari Tashima dengan sabar.

"...saya akan hancurkan orang yang ambil Lia dari saya." Ujar Tashima dengan suara yang sulit diertikan.

"Kau memang tak serik lagi ke,Tashima?"

---

Adam mengeluh berat kerana orang yang ditunggunya sampai sekarang belum muncul.

Adam tunggu dari pagi sampai malam semata-mata nak sambut kakak iparnya. Ralat! Masih bakal. Siapa lagi kalau bukan Crystalia.

"Mana Kak Rys umi? Umi tipi Adam ke?" Soal Adam dengan sedih.

Permaisuri tersenyum kecil memeluk anak bongsunya. Tetapi baru sahaja Permaisuri ingin bercakap sesuatu kepada Adam, dia terkejut kerana Adam berlari ke arah pintu istana.

"Umi! Adam dengan kereta kuda. Itu mesti Kak Rys." Ujar Adam dengan teruja.

Permaisuri tersenyum manis melihat telatah anak bongsunya. Dan memang betul kata Adam, anak-anaknya sudah pulang.

"Abang! Abang! Mana Kak Rys?! Adam nak jumpa!" Jerit Adam dengan gembira tidak terkata.

Shou tersenyum melihat Adam dan meletakkan jari telunjuk ke arah bibirnya tanda 'diam'.

Terus Adam menutup mulutnya. Permaisuri memandang Shou dengan pelik.

"Kenapa Shou?" Soalnya dengan lembut.

Shou dan yang lain tersenyum kepada Permaisuri dan memeluk Permaisuri.

"Rys tengah tidur,umi. Yukino nak bawa Rys ke biliknya sekejap."

Kalau readers ingat itu adalah Shou yang bercakap, anda silap besar.

Yang berkata seperti itu adalah Yukino. Permaisuri terus memberi ruang kepada Yukino yang mendukung Crystalia yang sedang tidur.

Mereka memandang Yukino yang menaiki tangga untuk meletakkan Crystalia ke bilik.

Adam sangat gembira kerana Crystalia sudah pulang. Sekaligus sangat gembira kerana dia akan memiliki kakak ipar yang paling cantik di seluruh dunia fantasi ini.

Bolehlah dia menunjukkan kepada semua orang bahawa Crystalia telah menjadi kakak iparnya.

Ryouta memeluk bahu Adam dan berkata-

"Adam jangan risau, esok Adam boleh bermain dengan Rys." Ujar Ryouta dengan senyuman.

Adam membalas senyuman Ryouta dan mengangguk faham.

Permaisuri tersenyum melihat anak-anaknya.

"Baiklah. Umi tahu kalian pasti letih, jadi pergilah tidur. Adam pun sama." Ujar Permaisuri dengan pura-pura tegas.

Mereka mengangguk patuh dan terus memasuki bilik masing2.

---

Raja dan Tashima memandang Tazuko yang sangat serius di mula pintu bilik.

Raja terus meminta diri untuk memberi ruang kepada adik beradik yang tidak sehaluan itu.

"Kenapa kau tak serik2?" Soal Tazuko dengan geram.

"Kau tak faham lagi ke Tazuko? Aku cintakan Lia dan aku sendiri yang akan jaga dia." Jawab Tashima.

"Kau memang buta kan? Kau tahu  Lia tak suka kau, tapi kau masih kejar dia. Mana urat malu kau?" Balas Tazuko dengan penuh kemarahan.

Tashima terdiam dan memandang ke tingkap biliknya sekali lagi. Dia berasa ingin memukul Tazuko dengan kasar tetapi dia tak akan sanggup buat begitu sebab dia sayangkan Tazuko.

"Kau nak tahu satu rahsia tak!"

Soalan Tazuko membuatkan Tashima sedikit tertarik.

"Apa?"

"Ayahanda dan bonda langsung tak setuju kalau kau berkahwin dengan Lia." Luah Tazuko.

Terus berubah wajah Tashima dibuatnya. Dia tidak sangka keluarga turut tidak setuju dengannya.

"Kalau kau nak tahu, ayahanda dan bonda tahu yang kau sangat obses dengan Lia sejak kecil lagi. Mereka takut kau akan cederakan Lia. Dan aku tak menyangka betul apa yang mereka cakapkan." Ujar Tazuko dengan sedih.

Tashima terdiam. Agak lama dia mendiamkan diri. Sekitar lima minit.

Dan Tazuko menunggu riaksi Tashima dengan sabar.Tazuko ingatkan Tashima akan menangis dan meraung tetapi tekaannya salah kerana Tashima tersenyum mesra kepalanya.

"Tazuko,aku sudah tak kejar Lia lagi. Aku sudah kehilangan dia. Aku kalah dengan Yukino." Lirihnya.

Tashima menangis sedih memikirkan cintanya yang telah pergi. Tazuko terkejut mendengar kata2 dari Tashima.

"Tapi kau cakap--"

"Aku hanya berlakon. Aku mengaku kalah,Tazuko. Lemah betul abang kau ni." Potong Tashima dengan tangisan.

Tazuko yang tidak tahan dengan keadaan Tashima terus pergi memeluk abangnya.

Walaupun Tashima kejam dan tidak berperikemanusiaan tetapi dia sangat sayang terhadap Tashima.

Tashima satu-satunya keluarga yang dia ada. Dan dia langsung tidak membenci Tashima.

Tashima menangis teresak-esak di dalam pelukan Tazuko dan sentiasa bergumam 'aku kalah'. Sampai menangis Tazuko dibuatnya.

Dia tidak menyangka bahawa Tashima sangat rapuh kerana kehilangan. Ini adalah yang kedua kalinya dia menangis dalam kehidupannya.

End?

Nope.

Ada beberapa chapter lagi sebelum tamat.

Happy tak?

'Bogyguard' for PrincesWhere stories live. Discover now