BAB 28

953 21 0
                                    

Aku pulang ke rumah selepas menemani Sha di Mall tadi kalau ikutkan hati..nak je tinggal kat rumah sewa tu dengan Sha taknak bertentang mata dengan Ammar.

Selepas selesai mandi dan solat asar aku keluar dari bilik nak masak makan malam.

Nanti ammar balik lapar macam mana? Masak nasi goreng je lah... Malas nak masak sedap sedap untuk dia baru sahaja kaki ku ingin menuju ke dapur tiba tiba ada orang mengetuk pintu. Siapa pulak ni? Lantas aku mendekati pintu.

Wait!

Ammar kata kalau orang datang tengok tengok dulu dari tingkap. Aku menyelak langsir tingkap.
Ammar?! Cepatnya dia balik?!
Aku membuka pintu.

"kenapa lama sangat mama ni nak bukak pintu untuk kita"kata ammar kepada dina.

"awal balik.. Ingat nak datsyng lama"kataku.

Datsyng tu dating tau cuma taknak dia dengar.

"apa dia??"tanya Ammar lalu meletakkan dina diatas sofa.

"takda apa apa"kataku bersahaja lalu masuk kedalam dapur. Ammar mengikut langkah ku.

"awak belum masak lagi"kata ammar

"belum..."kataku sepatah

Aku merajuk ni.

"makan luar jom"kata ammar.

"hurm"kataku.

Aku tengah merajuk ni!! Takkan la tak nampak!! Dia ni apasal!! Macam mana kau boleh tak nampak!! tanpa menunggu lagi aku naik keatas untuk bersiap.

Selepas beberapa minit aku turun kebawah. Aku memakai tudung sarung baju T-shirt dan track suit.

"jom"kataku.

"takkan pakai macam ni je?"tanya Ammar.

"malas"kataku lalu mengangkat dina.

"okey lah jom"Ammar mengambil kunci kereta yang dia sangkut tadi.

Aku masuk kedalam kereta tapi tidak pun memandang Ammar yang duduk di tempat pemandu hanya mata memandang kearah Dina.

"rindu mama tak?rindu tak?"lalu mencium pipi dan dahi dina berkali kali.

"abah tak tanya pulak rindu ke tak?"tanya Ammar.

"takyah mengada ngada boleh?"kataku muka benci tambahan dengan muka menyampah ditunjukkan kepada orang yang ada disebelahku.

Pergi la mengada ngada dengan beras Faizah tuh.. 

"alah nak ngada sikit pun tak boleh"kata Ammar lalu meneruskan perjalanan.

Senyap sunyi je kecuali bunyi dina yang dah mula nak bercakap.

"ni bebel apa ni?"tanyaku.

Hanya bunyi pelat dina yang nak bercakap itu membalas pertanyaan aku.

"bebel kenapa mama taknak borak dengan abah"perli Ammar.

Aku memandang tajam kearah Ammar. Hey!! Kau ni kan ahli sihir yang boleh baca fikiran orang.

Asal harini kau tak leh baca fikiran aku pulak?Ke kau??? Fikir pasal beras Faizah tuh

Dah.. Malas ahh aku nak jelous jelous ni!buat sakit hati je.

Wait a minute!Aku jelous ke??
Buang Alya buang!! Kau tak patut jelous.

"yeay! Kita dah sampai"kata Ammar.

Aku membuka pintu kereta dengan memegang dina yang ada di dalam dukungan ku. Aku menonong masuk kedalam kedai lalu duduk dimeja yang kosong.

"awak nak makan apa?"tanya Ammar lalu membelek menu yang baru diberi oleh pelayan.

[c] CINTA DIA √Where stories live. Discover now