BAB 64

764 23 0
                                    

Beg Ammar aku kemas lalu memasukkan semua yang dibawa oleh Ibu sepanjang Ammar berada di Hospital. Ibu tidak akan mengambil Ammar harini kerana ingin aku berterus terang siapa aku sebenarnya dan menamatkan lakonanku sebagai sahabat Diana kerana Ammar ialah suami aku bukanlah suami Diana lagi dan Ammar perlu tahu itu.

"Biar saya angkat tu"kata Ammar lalu tangannya mengambil beg yang dibawa oleh ibu semasa Ammar mula mula masuk kedalam Hospital.

Aku tak menyangka yang Ammar akan discharged dua hari selepas aku keluar dari Hospital. Doctor nasihatkan aku untuk bantu Ammar dalam mengembalikan ingatannya jadi akan aku guna masa ini untuk membantunya.. Walaupun aku tahu satu hari bukanlah masa yang cukup untuk Ammar pulih seperti biasa.

"kereta saya kat sana.. Jom"kata Alya lalu menunjuk kearah kereta milik Ammar yang Alya bawa tadi.

"saya rasa macam saya kenal kereta ni.. Cuma saya tak ingat kat mana, ni kereta awak?"tanya Ammar..

"ha ah.. Meh saya letak beg tu kat belakang"kata Alya.

Selepas meletakkan beg Ammar diseat belakang. Alya mendekati Ammar yang masih pegun berdiri.. Entah apa yang ditengoknya dari tadi.

"awak nak pergi mana mana? Saya bawakkan?"tanya Alya.

"awak nak bawak saya jalan jalan? Seriously?"tanya Ammar.

"Serious-lah.. Nampak saya main main ke?"tanya Alya.

"tak... Wow, baiknya awak"kata Ammar.

"saya memang baik.. Ha saya tahu nak bawak awak kat mana. masuk cepat"kata Alya lalu masuk kedalam kereta.

Ammar masuk kedalam kereta lalu seatbelt dipakainya. Apabila selesai semuanya Alya terus meneruskan perjalanannya.

Selepas beberapa minit mereka sampai di tempat dimana kali pertama mereka berjumpa antara satu sama lain. Dimana lagi? Tempat parkir kereta... Tempat dimana Ammar hampir melanggarnya ketika menjadi pelajar disini.

Alya memakir keretanya yang dimana menjadi tempat parkir kereta Sha ketika dirinya hampir dilanggar lelaki yang menjadi miliknya sekarang ni.

"kenapa awak bawa saya kesini?"tanya Ammar.

"kat sini lah kali pertama kita berjumpa"kata Alya lalu berjalan ditengah tengah jalan itu.. Terus berdesup memorinya ketika hampir dilanggar Ammar ketika itu. Lama kelamaan Alya tersenyum sendiri.

Dia melihat Ammar yang masih berdiri tegak di hadapan keretanya. Lantas tangan Ammar ditariknya.

"awak ingat tempat ni?"tanya Alya.

Ammar mengeleng.

"boleh saya tanya awak?"tanya Ammar..

"Anything"kata Alya.

"siapa awak dalam hidup saya? Kenapa awak sentiasa ada dengan saya ?dan kenapa saya langsung tak ingat pada awak?"tanya Ammar.

"cuba awak tengok cincin ni"kata Alya lalu mengangkat tangannya.

Ammar meneliti cincin silver yang ada dijari Alya lantas cincin yang ada dijarinya dilihat. Berwarna silver tapi tidaklah sama seperti cincin Alya.

"awak tengok dekat cincin ni ada apa"kata Alya lalu cincinnya diberikan kepada Ammar.

Ammar lantas meneliti cincin tersebut... A&A? Terus cincin yang ada dijarinya dilihat. Perkataan inilah yang menjadi tanda tanya pada dirinya setelah dia melihat cincin ini dua hari lepas.

"apa maksud ni?"tanya Ammar.

"kita beli cincin ni dekat Maldives masa kita honeymoon dekat sana.. A yang ada kat depan ni, maksud dia Ammar dan A yang ada kat sini maksudnya Alya"kata Alya lalu tangan Ammar digengamnya erat.

[c] CINTA DIA √Where stories live. Discover now