BAB 75

804 18 0
                                    

Haz dan Sha yang berada diatas katil sedang membelek belek gamba Harash sewaktu kecil. Semuanya comel belaka tak puas bila dilihat.

"yang nih! Comelnya"kata Sha lalu menunjukkan Haz gamba Harash yang tersenyum walaupun bagi Sha dia baru didalam lingkungan 2 bulan tapi pandai memberikan senyuman yang sangat comel dan telah membuatkan Sha cair melihatnya.

"nih tak comel?" kata Haz lalu memberi Sha gambanya yang hensem dengan pakaian jubah graduation yang dipakainya semasa hari graduasinya sewaktu tingkatan lima.

"nih awak ke?! Asal lain sangat?"kata Sha

"nih waktu tingkatan lima lah time nih muka masih baby face lagi"kata Haz lalu tersenyum melihat Sha.

"tak baby face langsung saya rasa awak nampak hensem"kata Sha.

"hensem? So sekarang hensem lagi tak?"tanya Haz.

"tak... Sebab Haz dah tua"kata Sha spontan lalu tersenyum nakal.

"ouh... So kalau dah tua awak taknak kat saya lah nih?"kata Haz lalu dicucuknya pinggang Sha yang ada disebelahnya.

"awak buat apa?"tanya Sha apabila dia tidak merasa apa apa dari apa yang Haz lakukan tadi

"tak geli ke?"tanya Haz lalu mencucuk pinggang Sha yang sedang menatap Gamba gamba Harash.

"tak rasa geli tapi sakit... Awak nak saya buat ke?"tanya Sha lalu mencucuk pinggang Haz yang ada disebelahnya. Terbahak bahak Haz gelak dengan perilaku Sha yang mencucuk pinggangnya tanpa henti.

"okey okey...saya kalah, okey!"kata Haz masih tersisa gelak tawanya.

"ha tuh lah cucuk pinggang orang lagi"kata Sha.

Pintu mereka diketuk dan telah membuat Haz dan Sha memandang antara satu sama lain lantas Sha membuka pintu biliknya

"ibu..."kata Harash lemah 

Lantas Sha duduk supaya dia dapat melihat muka Harash yang sudah mula pucat itu.

"Rash... Rash okey tak nih? Rash demam ke?"tanya Sha lalu meletakkan telapak tangannya diatas dahi Harash. Ya Allah panasnya.

"abang... Harash demam lah"kata Sha lantas Haz turun dari katil lalu mendekati Harash.

"saya pergi amik ubat kejap"Kata Sha lalu berlalu ke dapur.

Selepas sahaja memberi ubat demam Harash berbaring di peha Sha tidak lama kemudian dia tertidur.

Kepala Harash diusap lembut.

"Sha..."kata Haz.

"yes"kata Sha.

"saya tak ingat pulak bila saya letak gamba nih kat dalam gamba Harash"kata Haz lalu memberi Sha gambarnya bersama sama dengan Sha ketika mereka pergi ke mall setelah Haz dengan rela hatinya ingin mengambilnya pulang dari poli.

"Ya Allah... Mana awak jumpa nih?"tanya Sha gamba yang dipegangnya dipandang dengan penuh perasaan malu.

Waktu tu Sha baru je balik dari rumah selepas dekat sebulan tak balik rumah kerana aktiviti yang melibatkan dia di poli... Dengan tudung yang sudah kedepan dengan baju yang masih dengan baju sebagai Volunteer kat sana memang nampak selekeh bila ditengok, manakala Haz yang hensem dengan baju kemeja polo berwarna putih dengan rambutnya yang disikat kemas memang takda cacat cela dalam gamba yang ada cuma Sha yang sememangnya selekeh didalam gamba.

"buruk lah gamba nih... Dengan muka blackout time nih sebab buat kerja kat padang lepastu dengan tudung kedepan. Dah takde gamba lain ke?"marah Sha tapi diperlahankan nada suaranya takut Anak yang sedang tidur terjaga.

[c] CINTA DIA √Where stories live. Discover now