Haz bangun dari tidurnya selepas mendengar tangisan Hana dari bilik sebelah. Dia melihat Sha yang masih lena tidur.
Terus dia berlalu ke bilik Hana lalu mengangkat Hana dari baby cot.
Tiba tiba tubuh Haz kaku sebentar merasa tubuh badan Hana yang sudah panas. Kalau diikutkan bayi seumur Hana ini susah untuk demam tapi kenapa tubuh badannya panas dari suhu normal.
Tanpa menunggu lagi terus dia membawa Hana kebilik Sha.
"sayang... Badan Hana ni panas lah"kata Haz.
Walaupun dalam keadaan masih mamai Sha terus bangun dari katil apabila mendengar suara Haz mengejutnya bersertakan Tangisan Hana yang tidak berhenti dari tadi.
"kenapa Hana merengek macamtu..meh dekat ibu"kata Sha.
"badan dia panas..."kata Haz.
Sha juga merasa kehangatan tubuh badan Hana ketika itu.
"Haz....Hana demam ke?panasnya badan dia"kata Sha wajahnya bertukar risau terus dia cuba mendodoi Hana dari terus menangis.
"saya pergi buat susu dekat bawah"kata Haz.
Sha hanya menganguk. Dia masih merasa tubuh badan Hana yang masih panas itu walaupun bilik Sha sudah sejuk.
"janganlah demam.. Ibu risau ni"kata Sha lalu cuba untuk menenangkan Hana dari terus menangis.
"nah susu"kata Haz lalu menghulur botol susu bayi kearah Sha.
"kita minum susu ya sayang"kata Sha lalu cuba untuk memberikan susu yang baru sahaja dibuat oleh Haz tadi.
"saya pergi tengok cool fever kat bawah,kejap"kata Haz.
Sha hanya menganguk.
"morning, sayang"kata Ian lalu mendekati Anis yang sedang menyiapkan breakfast.
"morning...pergilah breakfast kat meja tu. Saya nak buat air kejap."kata Anis.
"siapkan lah dulu air tu.. Saya teman"kata Ian.
"ada apa apa ke?"tanya Anis.
"nothing"kata Ian dia masih pegun bersandar di kabinet dapur.
"awak nak pergi kerja kan...pergilah makan dulu"kata Anis.
"Urm... Saya ada benda nak cakap sikit"kata Ian.
"apa dia?"tanya Anis.
"Mummy call saya tadi"kata Ian.
"ha.. How's mummy? Sihat? Dah lama jugak kita tak jumpa dia"kata Anis.
"dia sihat.. Urm.. Mummy ada tanya"kata Ian.
"tanya apa?"kata Anis.. Dia menoleh kearah Ian.
"dia tanya...pasal kita"kata Ian.
"pasal kita? Maksud awak?"tanya Anis.
"anak?"kata Ian.
YOU ARE READING
[c] CINTA DIA √
Teen Fictionkau buta ke?-Ammar Affendi. Amboi sedap kepala badak kau je kata aku buta.. Dah nak langgar orang lepastu senang senang hati kau je kata orang buta. Kalau dia minta maaf takdanya aku nak benci dekat dia... Ni tak, siap kata aku buta lagi! maaf ma...