BAB 67

817 20 0
                                    

Aku melihat Nureen dan Raphael yang ada diatas pelamin.... Teringat pulak aku pernah suka kat seorang lelaki nama Raphael nih sebab kehenseman dia yang nampak macam mamat mix...

Sha dengan Haz?? Ada je datang tadi Sha dengan seri pengantin baru yang aku rasa dari semalam tak pudar tetap cantik... Dan juga Harash yang berada disebelahnya.

"manjanya Dina dengan kau, Babe"kata Sha.

"eleh ngada ngada je nih"kataku lalu melihat Dina yang dari tadi memelukku.

"haish macam mana nak dapat adik nih kalau melekat macam tuh"kata Sha lalu meneguk air sirap yang dari tadi berada diatas meja.

"eh Auntie Sha nih...dah tak sabar nak bagi Harash adik ke?"kata Ammar selamba.

Tersedak Sha dibuatnya...tak pasal pasal terbatuk dia.

"awak nih apa lah"kataku lalu menyiku Ammar yang ada disebelah.

"Eh apa pulak tuh tengok Haz tuh tersenyum senyum..kira nak lah tuh kan."kata Ammar.

Membulat mata Haz memandang Ammar lalu memandang kearah Sha yang dari tadi sibuk menyuap Harash.

"kenapa pandang pandang.. Orang cungkil mata tuh"kata Sha lalu tersenyum nakal.

"awak...."kataku.

Makin dibiar makin mengarut dia nih... Mataku meliar mencari kelibat Anis. Pergi mana?dari tadi tak nampak padahal datang dengan Sha tadi.

"cari siapa?"tanpa ku sedar Anis dibelakangku dan berada disebelah Dr Ian.

"duduklah korang.. Buat apa berdiri"kata Haz.

"ha duduklah nih"kata Dr Ian lalu duduk disebelah Anis.

Belum apa lagi dah berkepit macam mana tuh.

"Harash meh sini duduk kat Uncle" kata Dr Ian.

Lantas Harash turun dari kerusinya lalu mendekati Dr Ian sesampai sahaja betul betul didepannya Harash diangkat oleh Dr Ian supaya Harash duduk di pehanya..

"ha ibu dah boleh makan"kata Haz lalu ingin bangun dari kerusinya tetapi bajunya ditarik oleh Sha

"nak pergi mana?"tanya Sha.

"amik makanan untuk awak"kata Haz.

"ehh biar saya amik..."kata Sha.

"takpe saya amik"kata Haz lalu berjalan menuju ke tempat yang menyediakan pelbagai jenis makanan.

Sha hanya mengeleng.

"Haz memang degil"kata Dr Ian selamba.

"degil untuk Sha takpa"kata Anis.

Aku hanya tersenyum lalu mengeleng.. Ada ada saja lah diorang nih.

"so lepasnih korang berdua lah pulak kan?"kata Sha selamba.

"hah?" Membulat mata Anis dengan pertanyaan Sha.

"so lepasni korang berdua lah pulak kan?"ulang Sha.

Muka Anis terus berubah merah lalu dipegang mukanya yang sudah merasa panas.

"Inshaallah kalau boleh esok"kata Dr Ian lalu tersenyum nakal.

Sha tergelak

"uisy tak sabar"kata Ammar.

Manakala aku dan Sha hanya tergelak.

"amboi happy nampak"tegur Nureen.

"so macam mana, okey?"tanya Sha.

"maksud kau?"tanya Nureen.

"selamat datang kealam perkhawinan"kata Sha.

Nureen tergelak.

"terima kasih, Sha"kata Nureen lalu memandang kearah Anis dan Dr Ian yang sibuk melayan Harash yang ada dipeha Dr Ian.

"lepasnih aku pula yang datang weeding Anis" kata Nureen.

"huh"mereka berdua berkata serentak.

"lepasnih kita pulak yang datang weeding Anis kan Sha"kata Nureen lalu menepuk bahu Sha yang sedang melahap dari tadi.

"apa kena mengena dengan aku pula"kata Sha.

"eleh takkan kau taknak datang wedding Anis"kataku.

"kalau Dr Ian dengan Anis punya wedding mesti Sha datang punya"kata Haz.

Kami semua tergelak melihat anis yang dari tadi tak bersuara kerana malu...

Selepas siap semuanya kami pulang ke rumah... Hurm ngantuk weyh!!. Sesampai sahaja kami betul betul didepan rumah kami melihat kereta yang aku kenali...bukan kereta aku tapi kereta orang lain.

"Ammar!!" kata Datin Zahrah lalu memeluk Ammar yang baru sahaja keluar dari kereta.

"ibu...lama ibu gi overseas,ada apa?"tanya Ammar.

"ada hal kerja sedikit"kata bapa mertuaku.

"so Alya macammana? Baby sihat? Alya sihat? "tanya Datin Zahrah.

"sihat, Alhamdullillah"kata Alya lalu tersenyum.

"korang berdua dari mana?"tanya bapa mertuaku.

"dari wedding bekas pelajar Ammar dan dia juga kawan Alya"kata Ammar.

"ouh"bapa mertuaku menganguk faham.

[c] CINTA DIA √Where stories live. Discover now