BAB 30

967 24 0
                                    

Sha pulang ke rumah dengan perasaan yang bercampur baur. Dia melihat tanganya lagi sekali mungkin tak cukup tenung waktu drive kereta tadi. Teruknya!.

Dia cuba memegang lukanya tapi sakit yang dirasainya sangat pedih. Padan muka kau! Kau yang acah ganas sangat tadi kan... Ha itu makan dia.

Dia keluar dari kereta dan terus jalan menonong masuk kedalam rumah

"Sha.... Kau okey tak?"tanya Nureen apabila melihat Sha yang masuk kedalam rumah.

"weyh asal dengan tangan kau?"tanya Anis lalu ingin mencapai tangan Sha.

"takda apa apa.. Aku okey"kata Sha lalu menarik tangannya..jangan disentuh sakit korang tahu.

"meh sini aku letakkan ubat"Nureen menarik Sha supaya duduk diatas sofa. Doctor in the house yo!

Manakala Anis mengambil ubat luka didalam Emergency Kit.

"macam mana boleh jadi macam ni?"tanya Nureen.

"aku jumpa orang yang langgar aku"kata Sha.

Nureen dan Anis berpandangan antara satu sama lain..tak sangka Sha nih otak cetek sangat sampai teruskan benda nih.

"pastu kau pukul dia?"tanya Anis.

Sha menganguk.

"kau ni asal degil sangat hah! "kata Anis lalu menampar lengan Sha. Setepek kena.

"aduyh sakit lah"kata Sha.

"dah lepasni aku nak kau stop buat benda ni... Aku taknak apa apa jadi kat kau"kata Anis.

"ye lah.."kata sha.

Tiba tiba seseorang mengetuk pintu rumah, Anis terus mendekati pintu rumah manalah tahu jiran sebelah nak bagi makanan kepada tiga anak dara yang malas ini ataupun pakcik foodpanda yang diorang order tadi. Tapi fikirannya meleset apabila melihat wajah ala alah Prince Charming didepan pintu.. Siapa lagi kalau bukan Prince Charming orang yang otak cetek iaitu Sha.

"ouh Doctor...Doctor nak jumpa Sha ke?"tanya Anis . Bongok kau nih,Nis..dah nama pun Dr Haz datang rumah mestila dia nak jumpa Sha takkan nak jumpa skandal dia lak.. Mahunya dia nih pulak yang makan penumbuk Sha nih.

"saya nak bagi dia ni je.. Jangan lupa sapu kat luka dia. "Haz menghulur ubat luka,kapas dan pembalut luka kepada Anis.

"siapa tu?haz ke anis?"tanya Sha dari dalam.

"ha ah.. Haz"kata Anis.

Sha terus bangun lalu menuju ke pintu.

"Haz... Saya minta maaf"kata Sha.

"takpa saya okey... Macam mana tangan, okey?"tanya haz.

Anis melihat Haz dan Sha dari belakang. Sayangnya mamat nih kat Sha...okey jenis lelaki yang aku nak... Number one: mesti copy paste macam Doctor Haz.

"okey.. Bila tengok awak saya jadi okey"kata sha lalu mengulum senyumannya

Terhambur gelak tawa Haz ketika mendengar ayat yang baru sahaja keluar dari mulut Sha... Dia nih kalau tak bermulut manis bukan Sha lah namanya.

"so apa awak nak buat lepasni?"tanya Haz

"saya nak berhenti buat benda ni dan lepaskan semua ni kepada yang lebih mahir.. Biar diorang buat lagipun saya tak kuat"kata Sha luka ditangannya dilihat sekali lagi.

"sapa kata awak tak kuat... Saya tengok cara awak belasah laki tu,saya sendiri terkejut"kata Haz.

Sha senyum. Ha dah boleh jadi sebagai peringatan kau curang itu makan dia! Try lah curang takut je esok jadi penyakit bukan Doctor.

[c] CINTA DIA √Where stories live. Discover now