BAB 50

907 25 2
                                    

Aku turun kebawah.. Belum sempat aku turun kebawah, aku melihat Ammar yang ada dibawah sedang menungguku didepan meja makan yang penuh dengan makanan yang baru sahaja dimasak olehnya tadi.

Aku bangun lambat ke??

Aku melangkah beberapa tapak kebelakang lalu melihat jam di dinding.

"baru pukul 7.00 pagi"kataku.

Aku cuti.. So aku tak bangun subuh tadi. Ammar? Aku tahu dia bangun tadi cuma aku malas nak layan,aku merajuk nih.

"selamat pagi "kata Ammar apabila melihat aku turun mendekati meja makan.

"selamat pagi"balasku.

"harini saya cuti"kata ammar.

"so?"kataku.

"so... Saya masakkan untuk awak"kata ammar.

Aku melihat makanan yang dimasak oleh Ammar..nasi goreng, toast bread dengan air milo panas, benda simple macamni boleh lah kau masak..aku tak gaduh tau, cuma aku merajuk dengan Ammar sekarang ni.

Bukan nak mengada or what cuma semalam lepas Sha dan yang lain balik.. Dia pun sampai rumah...

Bila dia sampai je.. Dia marah aku sebab katanya rumah bersepah. Padahal pinggan tadi aku dah basuh semua!

Cuma aku tak kemas gelas kat depan tadi tu je. Dia pulak...Balik je membebel gi amik gelas sume tu pastu basuh..

Pastu membebel je kat aku.. Aku jugak yang kena tadah telinga.

Pastu.. Bila dah tengok ammar basuhkan.. Aku pun apa lagi.. Aku tengok lah tv sebab semua dah kemas.. Bila dia nampak aku duduk buat tak tahu je, dia pun datang kat aku.. Pastu kata..

"amboi senang lenang je duduk tengok tv.. Saya kemas awak tengok tv dah lah saya baru balik kerja"kata Ammar

Aku senyap lalu remote tv tadi aku campak ke sofa dan terus berlalu ke bilik.

Padahal dalam hati nih....nak je ketuk kepala dia, siapa suruh dia basuh cawan tuh kalau tahu diri tuh baru balik kerja!.

Geram pun ada.. Siapa yang suh kau basuh...Pastu bila aku duduk tengok tv kau marah.

"awak..."panggilan Ammar membuatkan kejadian semalam yang aku ingat tadi hilang.

"hmm"kataku endah tak endah.

"kita pergi theme park nak?"tanya ammar.

Aku hanya menganguk. Suka hati kau lah...Asal semua kau bayar..

"alah awak nih cuba lah cakap sikit ..risau saya dibuatnya"kata ammar lalu matanya masih memandang kearahku.

"k"kataku lalu memakan roti yang disediakan oleh ammar,mataku langsung tak menoleh kearahnya.

Nak pujuk lah tuh...tuh buat baik kat aku.

"dina mana?"tanyaku.

"dia kat rumah ibu...ibu rindu kat dia so saya hanta dina ke rumah ibu for 2 days"kata ammar.

Aku menganguk.

Suka hati kau lah nak buat apa..

Harini aku grounded buat kerja rumah.

Nanti kalau aku buat ada je lah yang kau nak bising..

"sayang..."panggil ammar.

"hmm"jawabku.

"awak okey tak?"tanya ammar.

"okey"kataku.

"demam?"

[c] CINTA DIA √Where stories live. Discover now